Akademi Bakat Muda

Akademi Bakat Muda AKADEMI BAKAT MUDA DITUBUHKAN UNTUK MELAHIRKAN PEMAIN MUDA YANG BERUMUR 5-12 TAHUN SERTA MENYOKONG PEMBANGUNAN BOLA SEPAK AKAR UMBI NEGARA

Selepas berehat sepanjang bulan Ramadan dan Sempena  sambutan Hari Raya Aidilfitri, jendela Piala Johor Junior Cup 2026 ...
16/04/2026

Selepas berehat sepanjang bulan Ramadan dan Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, jendela Piala Johor Junior Cup 2026 telah kembali bersambung semula.

Alhamdulillah, meskipun Syawal masih diraikan, semangat juang pasukan U9 & U11 Akademi Bakat Muda tidak pernah luntur.๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ Mereka kekal fokus, kekal konsisten dan terus โ€œon trackโ€ sepanjang minggu ke-3 pertandingan.

Aksi demi aksi telah berlangsung dengan penuh disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi di atas padang.
Ayuh teruskan sokongan dan saksikan bagaimana perjalanan mereka dalam perlawanan yang seterusnya... Semoga mereka semua penuh tenaga, strategi dan semangat juang yang tidak pernah menyerah! ๐Ÿ’ช

Pemain -pemain Akademi Bakat Muda U9 & U11, mereka bukan sekadar bermain, tapi sedang membina masa depan di atas padang! โšฝ๐Ÿ”ฅ



20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILFITRI DARI KELAB BOLA SEPAK AKADEMI BAKAT MUDA (ABM) โœจ๐ŸŒ™

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada seluruh keluarga Akademi Bakat Muda , para pelatih, ibu bapa serta semua umat Islam yang meraikannya.

Di padang kita berjuang,
Di hati kita bersatu,
Raya ini kita menang,
Dengan maaf dan kasih yang padu ๐Ÿ’šโšฝ

Walau berbeza posisi di padang, kita tetap satu pasukan dalam ukhuwah. Semoga Aidilfitri ini membawa kegembiraan, keberkatan dan semangat baru untuk terus melakar kejayaan bersama.

Raya tetap raya, bola tetap jiwa! โšฝโœจ



๐Ÿฅณ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐†๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐‚๐Ž๐€๐‚๐‡ ๐…๐€๐‘๐ˆ๐ƒ๐ŸฅณHari ini kita merayakan ulangtahun kelahiran seseorang yang hebat! Terima kasi...
19/02/2026

๐Ÿฅณ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐†๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐‚๐Ž๐€๐‚๐‡ ๐…๐€๐‘๐ˆ๐ƒ๐Ÿฅณ

Hari ini kita merayakan ulangtahun kelahiran seseorang yang hebat! Terima kasih atas dedikasi, kepimpinan, dan semangat yang Coach curahkan kepada pelatih-pelatih Akademi Bakat Muda dari dulu hingga kini.

Semoga hari-hari Coach Farid penuh dengan kebahagiaan, berkat, dan segala yang Coach layak terima dan kecapi! ๐ŸŽ‚โœจ

Ikhlas dari Barisan Pengurusan dan Keluarga Besar ABM๐Ÿซฐ



๐Œ๐€๐‘๐‡๐€๐๐€๐ ๐˜๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐Selamat datang bulan Ramadhan! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untu...
18/02/2026

๐Œ๐€๐‘๐‡๐€๐๐€๐ ๐˜๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐

Selamat datang bulan Ramadhan! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Di kesempatan ini juga saya mewakili pihak pengurusan ABM serta keluarga saya ingin memohon maaf zahir & batin buat semua keluarga besar Akademi Bakat Muda

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ฎ๐š๐ฌ๐š!๐Ÿฅฐ


Terima kasih Semua Parents Untuk Minggu Kedua Perlawanan JJC Zon Timur ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒนLiga akan berehat panjang sehingga hujung bula...
17/02/2026

Terima kasih Semua Parents Untuk Minggu Kedua Perlawanan JJC Zon Timur ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Liga akan berehat panjang sehingga hujung bulan April 2026

4 perlawanan telah dilalui...secara keseluruhanya kita dah nampak kekuatan dan kelemahan pasukan kita..

Pasukan U11 Akademi Bakat Muda dengan majority 17 pemain berumur 10 tahun telah mengharungi 4 perlawanan..InsyaAllah dengan pendedahan minit perlawanan yang mereka telah lalui..mereka akan lebih matang selepas ini.. Latihan Intensif yang lebih tersusun akan diaturkan oleh barisan kejurulatihan untuk memberikan saingan selepas Liga berehat panjang.

Manakala Pasukan U9 ABM
Menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang setelah mengharungi 4 perlawanan.. Pasukan U9 telah mengutip 4 mata dan 7 jaringan. Ini meletakkan kedudukan pasukan di kedudukan pertengahan liga.

Kita akan bangkit๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช




Pihak Akademi Bakat Muda  ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah buat semua pelatih serta ibu bapa yang telah mengambil ba...
16/02/2026

Pihak Akademi Bakat Muda ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah buat semua pelatih serta ibu bapa yang telah mengambil bahagian di majlis kejohanan sukan sekolah baru2 ini.

Sesungguhnya pihak akademi sangat seronok melihat semangat kesukanan pelatih-pelatih serta kegigihan mereka yang aktif dalam penglibatan olahraga sebegini. Tidak lupa juga sokongan jitu dari ibu bapa juga merupakan pemangkin semangat mereka .

Syabas buat semua yang berjaya namun yang belum berkesempatan dapat medal tahun depan cuba lagi๐Ÿ‘..Semoga anak2 yang aktif ni akan terus sihat dan punya otak yang cerdas๐Ÿ’ช



Alhamdulillah, selesai minggu pertama Kejohanan JJC Zon Timur.โšฝ 2 Perlawanan U11โšฝ 2 Perlawanan U9Pendedahan, pengalaman ...
08/02/2026

Alhamdulillah, selesai minggu pertama Kejohanan JJC Zon Timur.

โšฝ 2 Perlawanan U11
โšฝ 2 Perlawanan U9

Pendedahan, pengalaman serta kepercayaan yang diberikan kepada semua pemain Akademi Bakat Muda dibalas dengan komitmen tinggi dan semangat kesukanan yang membanggakan.

Walaupun keputusan belum memihak kepada pasukan Akademi Bakat Muda pada minggu ini, proses pembangunan akar umbi akan terus diperkasakan.

Kejayaan tidak hadir dengan mudah tanpa kesabaran, usaha dan istiqamah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga atas sokongan padu serta kerjasama yang sangat baik sepanjang kejohanan berlangsung.

Kita jumpa minggu hadapan ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ
Teruskan melangkah, teruskan percaya.




Esok akan berlangsung sepak mula Piala Johor Junior Cup 2026 yang merupakan anjuran bersama Kelab Bolasepak Johor Darul ...
06/02/2026

Esok akan berlangsung sepak mula Piala Johor Junior Cup 2026 yang merupakan anjuran bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Kejohanan yang bermula dari Februari hingga November 2026 ini bakal menyaksikan penyertaan 61 pasukan Bawah-9 tahun dan 79 pasukan Bawah-11 tahun dari pelbagai daerah di seluruh Johor.

Oleh itu, pihak Akademi Bakat Muda ingin mengucapkan Selamat Berjuang dan Maju Jaya buat pemain-pemain yang akan beraksi esok. Semoga peluang untuk berada diplatform sebegini digunakansebaik-baiknya demi masa depan mereka di arena bola sepak Johor.

"๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐Œ๐€๐‰๐”๐Š๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘"



Semalam telah berlangsung Majlis Penyerahan jersi buat semua pemain yang mewakili Akademi Bakat Muda  untuk Piala Johor ...
05/02/2026

Semalam telah berlangsung Majlis Penyerahan jersi buat semua pemain yang mewakili Akademi Bakat Muda untuk Piala Johor Junior Cup 2026 bagi kategori U9 dan U11.

Sedikit latihan intensif serta penerangan buat ibu bapa juga diadakan sebagai persiapan akhir sebelum sepak mula JJC 2026 yang akan berlangsung Sabtu ini.

Di kesempatan ini,pihak akademi juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Syarikat-Syarikat ini di atas kesudian mereka menaja pakaian rasmi ini.Semoga kerjasama ini memberikan impak yang baik kepada perniagaan mereka.

โญ Jaluran Niaga Enterprise
โญ NSJ Enterprise
โญ Jom Cuti Anpectravel
โญ Synergy Prestige International Sdn.Bhd.





04/02/2026

KINI TIBA MASANYA...

Yang ditunggu akhirnya terjawab sudah..

Maka dengan rasminya Pihak Akademi Bakat Muda mempersembahkan jersi rasmi Johor Junior Cup 2026 ABM ๐ŸŽ‰..

Dengan ini pihak akademi juga berbesar hati untuk mengumumkan pemenang bagi Pertandingan teka warna jersi.. Tahniah diucapkan kepada para pemenang ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ…Bard Zainuddin
๐Ÿ…Syafika Tugiran
๐Ÿ… Ummi Harith's
๐Ÿ… Az
๐Ÿ… Cahaya Sinar
๐Ÿ… Afianty Samsi

Untuk hadiahnya...tuan puan boleh tebus di pejabat ABM ๐Ÿ‘

Pihak akademi juga merakamkan Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi turut serta meneka...Jangan serik ye insyaAllah next game mana tahu rezeki korang๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘Œ





Address

Kampong Sungai Tiram
81800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bakat Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category