Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang

Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang merupakan persatuan yang bernaung di bawah Persatuan Bola Jaring Malaysia

πŸ“’ Pendaftaran kini dibuka!⚑ Cepat daftar kerana tempat adalah TERHAD!🎁 Hadiah menarik menanti para peserta!Jangan lepask...
06/08/2026

πŸ“’ Pendaftaran kini dibuka!

⚑ Cepat daftar kerana tempat adalah TERHAD!

🎁 Hadiah menarik menanti para peserta!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan ini. Daftar sekarang sebelum penyertaan ditutup!

AKSI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026Tanjung Bungah, 4 Julai 2026 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti ...
30/07/2026

AKSI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026

Tanjung Bungah, 4 Julai 2026 – Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 bagi acara Bola Jaring telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan di Gelanggang Serbaguna, Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Tanjung Bungah.

Kejohanan ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik yang mewakili setiap daerah di Pulau Pinang bagi merebut gelaran juara negeri. Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan aksi yang bertenaga, disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang membanggakan.

Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti berikut:

πŸ† Johan: Freedom.Com
πŸ₯ˆ Naib Johan: Garuda Gasto B
πŸ₯‰ Ketiga Bersama: Mbd Spt C & MI (Cempaka)

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya meraih kemenangan serta penghargaan kepada semua peserta, pegawai teknikal, pengadil, urus setia dan penyokong yang telah bersama-sama menjayakan penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat baharu, menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam sukan serta memperkukuh semangat perpaduan melalui aktiviti kesukanan.

Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2026Persatuan Bola Jaring Pulau PinangAlhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2026 Pe...
22/07/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2026
Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 2/2026 Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang telah berjaya diadakan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan dan berlangsung dengan lancar.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden PBPJP, Puan Azah, bagi membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pembangunan sukan bola jaring di negeri Pulau Pinang. Antara agenda yang dibincangkan termasuk perkembangan aktiviti semasa persatuan, persiapan menghadapi SUKMA, serta perancangan dan hala tuju persatuan bagi memastikan pembangunan bola jaring terus diperkasakan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Presiden Puan Azah, Timbalan Presiden Puan Norazlina, serta barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang yang telah sudi meluangkan masa, memberikan komitmen serta buah fikiran demi memastikan pembangunan dan kecemerlangan sukan bola jaring di Pulau Pinang terus berkembang.

Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Goh Choon Aik atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak Persatuan Bol...
18/06/2026

Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Goh Choon Aik atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang dan pegawai MSNPP pada hari Rabu, 10 Jun 2026.

Semoga pertemuan ini memberikan manfaat yang baik serta membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam membantu PBJPP terus bergerak maju dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. 🀲🏻πŸ₯°

Jemputan Jamuan Hari Raya Aidilfitri MSN Pulau Pinang yang dihadiri oleh Presiden Pn Azah Aziz, Tim. Presiden Pn Norazli...
05/04/2026

Jemputan Jamuan Hari Raya Aidilfitri MSN Pulau Pinang yang dihadiri oleh Presiden Pn Azah Aziz, Tim. Presiden Pn Norazlina@nony Naib Yang DiPertua Pn. Noraiza dan
S/usaha Pn Norhanisah.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi,
PBJPP dpt mengekalkan pencapaian Gred B🀲🏻🩷
Terima kasih buat semua J/kuasa 2024-2026
Tanpa anda kita tidak akan dpt kekalkan pencapaian ini.
Insyaallah tahun 2026 kita target utk Gred A dgn nilai hadiah RM20,000.00🀲πŸ’ͺ❀️





Pada 28.3.2026-31.3.2026 Persatuan Bola Jaring Malaysia menganjurkan Bengkel Program Pembangunan Bola Jaring Negara dan ...
03/04/2026

Pada 28.3.2026-31.3.2026 Persatuan Bola Jaring Malaysia menganjurkan Bengkel Program Pembangunan Bola Jaring Negara dan Bengkel Pegawai Teknikal yang telah dihadiri oleh Jurulatih- Jurulatih dan Ajk- Ajk PBJPP yang dilantik. Semua negeri terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Majlis Sukan Negara kerana mengadakan bengkel tersebut dan semoga dapat dimanfaatkan bersama sama demi pembangunan bola jaring di Pulau Pinang🀲🏻🩷πŸ’ͺ??πŸ’ͺ🏻


Puan Nor Azah binti Aziz, Presiden Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang telah meluangkan masa bersama-sama Atlet Remaja Bo...
29/03/2026

Puan Nor Azah binti Aziz, Presiden Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang telah meluangkan masa bersama-sama Atlet Remaja Bola Jaring Pulau Pinang yang akan menyertai Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan . Semoga kata-kata semangat yang diberikan oleh beliau menjadi pendorong kepada semua pemain untuk memenangi setiap perlawanan.

Terima kasih jugak Presiden PBJNPP (Pn. Nor Azah Aziz) atas sumbangan duit raya kepada jurulatih Dan Atlet-atlet Remaja Kebangsaan.



Alhamdulillah selesai sudah AGM Kali Ke-7, 2026 pada 27.3.2026 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Pulau Pinang, Batu ...
29/03/2026

Alhamdulillah selesai sudah AGM Kali Ke-7, 2026 pada 27.3.2026 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ahli- ahli lama dan baru yang hadir tanda memberi sokongan terhadap PBJNPP🀲🏻πŸ₯°

Terima kasih Presiden PBJNPP (Pn. Azah Aziz) kerana memberi cenderahati kepada AJK-AJK (2024/2026) tanda penghargaan khidmat yang telah diberikan sebelum ini.

Terima kasih jugak diucapkan kepada En Hafizi Penang State Sports Council (Pegawai drp MSN PP) yang sudi hadir dan menjadi panel pada AGM kali ini.

Tahniah kepada barisan AJK -AJK PBJNPP 2026/2028 yang telah berjaya dipilih.

πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻🩷

*PENYERTAAN TELAH DITUTUP*
26/09/2025

*PENYERTAAN TELAH DITUTUP*

Address

Kampong Sungai Gelugor
11900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Bola Jaring Pulau Pinang:

Shortcuts

Share

Category