Keluarga luqman al-haqim Pssgmm

Keluarga luqman al-haqim Pssgmm Jom Belajar Silat (PSSGMM)

06.03.2020... jumaatLatihan petang tadi bersama ayahanda shaiful dan murid2 gelanggang Luqman AlHakim Rantau Panjang Kel...
06/03/2020

06.03.2020... jumaat
Latihan petang tadi bersama ayahanda shaiful dan murid2 gelanggang Luqman AlHakim Rantau Panjang Kelantan...


wira TM (Telekom Malaysia)(penghargaan PDRM ) wira GM (Gayong Maarifat) Ayahanda PadukaLokman Nor Hakiemey Sekarang memb...
26/02/2020

wira TM (Telekom Malaysia)(penghargaan PDRM ) wira GM (Gayong Maarifat) Ayahanda Paduka
Lokman Nor Hakiemey Sekarang membuka gelangang silat gayong maarifat di area rantau panjang merupakan murid Gayong Maarifat .

Pada 15 /2 /2007 diKg Gua Tok Deh ,Rantau Panjang beliau telah menunjukan keberanian menentang penjenayah berseorangan dengan tangan kosong menentang 2 pencuri kabel yg menggunakan parang panjang ,,walaupun beliau mendapat sedikit kecederaaan dikepala beliau tetap stabil ,apabila beliau ke balai polis diarahkan ke hospital Pasir Mas,

PADA mulanya beliau tak mahu pergi ,,last last didesak juga belaiu pergi dan lucunya bila sampai di hospital doktor yg meriksanya mengeleng geleng kepala melihat lukanya dan bertanya berkali kali pada Lokman adakah beliau menuntut sebarang ilmu ,mungkin hairan walaupun kepalanya terluka tapi darah tiada pendarahan ,atas prosedur hospital maka dijahit juga 34 jahitan kecil. AP lokman hanya tersnyum pda doktor membuatkan doktor disitu kehairanan.

Apa yang diceritakan adalah kisah benar murid Gayong Maarifat mendapat pertolongan dan dengan kisah ini bukanlah untuk riak tapi untuk menzahirkan kebesaran Allah dalm peristiwa ini dimana walaupun beliau menentang pencuri kabel dengan parang panjang dalam gelap gelita dengan tawakkal sepenuhnya kepada Allah,

Saru lagi nak menunjukkan kepada puak puak golongan otak kiri yg menuduh mengatakan kami syirik sebab ilmu kebal padahal kami tak kebal pun apa yang berlaku keatas kami dalah kami berpegang pada firman NYA "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."

Bertaubatlah kita semua dari sangkaan yang bukan bukan .

Dalam peristiwa ini ALLAH tunjukan dengan berkat ilmu yg dipelajari dalam masa 2 jam sahaja berjaya digunakan dan dengan fidyah rm 300 sahaja ALLAH gantikan dengan rm 5000 dan saudara Lokman kita telah mendapat kerjaya tetap sebagai staff TM ,Syabas buat Ayahanda Paduka Lokman kita.

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

MILIKI ILMU HAQ WARISAN ULAMA DAN PENDEKAR TERBILANG ZAMAN SILAM

.tiada pantang larang ,mudah dipelajari hanya 1@3jam sahaja sekali seumur hidup anda mampu bersilat secara batin (adirasa),memiliki kemanisan dalam beramal ibadat,pandai bermain senjata ,mengusai ilmu dabus(perisai anti marabahaya dan senjata ).pengasihan ,penaklukan dan lain lain 1001 kegunaan mengikut niat kita
KENALI LAH DIA MELALUI DIA.

tempat tinggal disediakan bagi yg jauh

Terbaek Ayahanda Paduka Lokman@AP Lukman Al-Hakim....




09/12/2019
Macamana nak tahu yg datang tu Jin atau syaitan yg menyamar ????? 1 .Rujuklah guru utama atau yg pakar bukan semesti nya...
09/12/2019

Macamana nak tahu yg datang tu Jin atau syaitan yg menyamar ?????

1 .Rujuklah guru utama atau yg pakar bukan semesti nya org besar yg masih ada rokok dibibirnya .

2 .jangan TAKSUB dengan Alam ghaib .syaitan tidak dapat menyerupai wajah sebenar nabi Muhammad saw ..

3 .b*k pengalaman ambo dalam GM dulu ingat orang kelantan ( jadi tok imam di bukit tinggi) lepas wirid dia s**a menyendiri ,dia bukan bawa wirid Kita last last datang lah kononnya dia lebih utama dari guru utama ..Dan jangan beritahu guru utama nanti dia dengki sebb kamu imam guru utama just stpm ..

4 last last tuan imam tu jadi isim sbb TAKSUB yg melampau kpd perkara ghaib

5 panduan mudah je dlm beramal fokus pada gerak penyerahan diri pada Allah ,jangsnlah duk sibuk kalut dgn wali wali nu.

6 kalau yg dtg tu menghalalkan yg Haram dan mengharamkam yg Haram terang Dan jelas lah tu syaitan ..misalnya menyuruh menyendiri dari jemaah atau mufaraqah dari jemaah ..syaiitan lah tu mereka tahu kekuatan umat Islam dalam jemaah Dan ukhwah

7 ingat syaitan musoh yg nyata bukan yang ghaib

8 tersesat dalam Alam kerohanian lebih parah 70 kali gsnda dari tersesat dialam zahir

9 sentiasa rujuk Al Quran hadis ijma ulama Dan qias .

10 buat lah tafakur istiqamah dgm wirid dsn gerak syahadah

11.duduklah dengan Dia berbicaralah dgn Dia

12 dlm gm bukan beerakhir atau khatam dgn guru ghaib mestilah disahkan guru utama

13 jgn jawab soalan kalau biol




PENCERAHAN TENTANG ILMU & AMALAN GAYONG MA'ARIFAT..Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Untuk makluman semua, sistem pem...
16/11/2019

PENCERAHAN TENTANG ILMU & AMALAN GAYONG MA'ARIFAT..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Untuk makluman semua, sistem pembelajaran Ilmu dalam Gayong Ma'arifat tiada sebarang unsur-unsur bida'ah, tahyul atau khurafat. Gayong Ma'arifat terbahagi kepada dua mata-pelajaran iaitu Seni Silat Fizikal dan Seni Silat Rohaniah.

Seni Silat Fizikal adalah yang menitikberatkan kaedah permainan beladiri asli seni silat tua. Seni Silat Rohaniah p**a adalah menggunakan kaedah rohaniah dan bercampur dengan teknologi sains dimana permainan ini kebanyakannya mencarik adat tetapi tidak menggunakan jin, khadam atau menggunapakai benda luaran yang berunsurkan syirik, tahyul & khurafat. Pergerakan Seni Silat Rohaniah dalam Gayong Ma'arifat datang daripada tindakbalas Tenaga daripada Roh, Minda Bawah Sedar serta Tenaga Elektromagnetik yang boleh digunapakai sebagai Perisai atau Senjata yang boleh melemahkan musuh secara jarak jauh.

Segala ilmu dan amalan dalam Gayong Ma'arifat ada asal-usulnya dan bersanad dari para Ulama dan para Wali terdahulu serta berasal dari Istana.

Jika sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, silalah bertandang ke tempat kami secara berdepan. Jika anda jujur ingin mengetahui kebenarannya.

Sekian Wassalam..

Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM adalah suatu Badan Khas Dalaman PSSGMM yang berperanan sebagai Badan Kuasa Ekseku...
07/11/2019

Dewan Perguruan & Adat Istiadat PSSGMM adalah suatu Badan Khas Dalaman PSSGMM yang berperanan sebagai Badan Kuasa Eksekutif yang memiliki Organisasi tersendiri yang menjaga dan memelihara keutuhan dan kesinambungan Gayong Ma'arifat keseluruhannya dalam Malaysia dan Dunia.

ORGANISASI DEWAN PERGURUAN & ADAT ISTIADAT [DPAI] PSSGMM

KETUA TERTINGGI DPAI / GURU UTAMA / PRESIDEN PSSGMM
YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam II @ Tuanku Panji Alam II

ORANG BESAR BERGELAR BERADAT BEREMPAT DPAI
- Datuk Seri Paduka Bendahara Raja Nila Pahlawan
- Datuk Seri Paduka Temenggung Sakti Aria Tunggal
- Datuk Seri Paduka Laksamana Mangkubumi Indera Sakti
- Datuk Seri Paduka Syahbandar Lela Perkasa

ORANG BESAR BERADAT BERLAPAN DPAI (WILAYAH ZON)
- Datuk Paduka Panglima Orang Kaya Setia Nila Utama
- Datuk Paduka Orang Kaya Setia Tunggak Alam
- Datuk Paduka Setia Panglima Perang Gempita Alam
- Datuk Paduka Setia Panglima Perang Lela Terbilang
- Datuk Paduka Setia Panglima Perang Aria Negara
- Datuk Paduka Setia Panglima Harimau Putih Hulubalang Sakti
- Datuk Paduka Bentara Setia Lela Sari
- Datuk Paduka Setia Panglima Perang Dang Ratna Sri Dewi

ORANG BESAR BERADAT ENAM BELAS DPAI (JAJAHAN NEGERI)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Pangiran (Kuala Lumpur)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Luqman (Selangor)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Shah (N.Sembilan)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Rusydi (Johor)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Azman (Kedah)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Yusreezal (Perlis)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Nizam (Perak)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Amin (Kelantan)
- Datuk Paduka Setia Pahlawan Akmal (Pahang)

MAJLIS PENASIHAT DIRAJA DPAI
- Ayahanda Paduka Setia Nila Pendita

SETIAUSAHA KEHORMAT DPAI
- Datuk Bentara Setia Sri Gemilang







MAKAM RASAOrang yang Alim Billah itu ialah orang yang Mengenal Dzat Allah, SifatNya dan AsmaNya, serta Afa’alNya. Allah ...
26/10/2019

MAKAM RASA

Orang yang Alim Billah itu ialah orang yang Mengenal Dzat Allah, SifatNya dan AsmaNya, serta Afa’alNya. Allah menyertai Ilmunya dan mereka amalkan dengan tekun apa yang mereka ketahui tanpa cacat.

Mustahil orang yang memusuhi Ilmu Tasawwuf, Sufi dan Tarikat mampu berbicara tentang Sufi dengan Adil dan betul, tidak ubah seperti orang yang tidak pernah berkahwin mahu berbicara tentang kenikmatan hubungan suami isteri. Masakan ia mampu!

Kosongkan hati dalam berbagai keinginan, kosongkan fikiran dari khayalan dan lamunan, kerana dalam kekosongan itu terkumpul segala kenikmatan.

Laksana Burung, Roh terkurung dalam Sangkar. Kerana Sangkar itu kuat maka Burung terpaksa terkurung di dalam Sangkar yang sempit dan menyeksa. Sebaliknya kalau Burung lebih kuat dari Sangkar, Burung akan dapat memecahkan Sangkar dan dapat Terbang Bebas ke seluruh Alam. Demikianlah kalau Roh kita lebih kuat dari Nafsu dan Syaitan, Roh dapat menundukkan Nafsu dan Syaitan. Saat itu bukan Jasad lagi yang menguasai Roh tetapi Roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah Allah swt. Roh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara Ghaib.

Bagaimana perjalanan Insan berMakrifatullah? Allah memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Insan terpilih termasuk Rahsia Allah dalam tubuh badan Manusia itu sendiri. Bagaimana kita mahu melihat kekuasaan Allah dalam tubuh badan kita itu? Berbaliklah pada Usul,disitu kamu akan mendapati Asalnya Manusia itu dari Zat, Sifat, Asma' Afa'al Allah Semata. Disinilah Ahli Makrifat akan bersikap Melebur Diri. Maka bermulalah perjalanan Makrifatullah dimana segala Rahsia hijab ketuhanan akan terbuka Makam RASA. Setelah Mengenal Zat, Asma’, Sifat Afa'al Allah,maka berlakulah penyatuan Allah dalam Diri. AKU ADALAH KAU… KAU ADALAH AKU… Makanya bermula perjalanan kewalian sesaorang Insan itu.
BICARA PERINTAH YANG BERSERTA
BARANG BICARA BARANG JADI
KUN FAYAKUN
JADI MAKA JADILAH.

Suasana Majlis zikir fikir Dan amal bulanan jumaat minggu ke 3 mereka datang dari seluruh pelusuk tanahair dgn perbelanj...
19/10/2019

Suasana Majlis zikir fikir Dan amal bulanan jumaat minggu ke 3
mereka datang dari seluruh pelusuk tanahair dgn perbelanjaan mereka tersendiri
mereka datang dengan satu tujuan yg sama beserta dgn ukhwah untk mendapat redha Allah




18.10.2019... jumaatAlhamdulillah... selasai latihan pagi tadi bersama 14org murid gelanggang Ayahanda Luqman Al Hakim R...
18/10/2019

18.10.2019... jumaat
Alhamdulillah... selasai latihan pagi tadi bersama 14org murid gelanggang Ayahanda Luqman Al Hakim Rantau Panjang kelantan.

Setinggi-tinggi mana pun Ilmu yg dipelajari, mulia lagi bab Adab.. Itulah Akhlak atau Ilmu Tasawuf..Teringat pesanan Alm...
17/10/2019

Setinggi-tinggi mana pun Ilmu yg dipelajari, mulia lagi bab Adab.. Itulah Akhlak atau Ilmu Tasawuf..

Teringat pesanan Almarhum Guru Murobbi, "Adab dalam halaqoh zikir ini adalah dengan mengenakan pakaian/jubah hijau, serban putih dan kopiah hijau.."

Dan dalam Jalan Kerohanian ini tiadanya Rabitah, yg ada cuma Tawassul sebagai mahabbah pembimbing jalan..
Berbeza dgn jemaah2 kerohanian yg lain ada kedua2nya..





ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN WARISAN LAKSAMANA HANG TUAHKami sediakan majlis pengambilan ahli baru bagi Persatuan Seni ...
13/10/2019

ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN WARISAN LAKSAMANA HANG TUAH

Kami sediakan majlis pengambilan ahli baru bagi Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia. Bagi mereka yang berminat atau ingin mempelajari seni silat kami atau ingin mengetahui akan rahsianya IBU GAYONG sila tinggalkan nama, lokasi serta no telefon (whatsapp) di bawah bagi memudahkan urusan pengambilan.

Hari : Jumaat
Tarikh : 25/10/2019
Masa : 3-6petang
Lokasi :Villa 3 tingkat, Taman Bahagia,
Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota bharu, Kelantan.

Yuran serendah RM50 seumur hidup, dan *Percuma* bagi yang berumur 12 tahun ke bawah, akan dibukakan tenaga rohaniah anda dgn kalimah HAQ .

RAHSIA PERMAINAN LAKSAMANA HANG TUAH

Rahsia Permainan Laksamana Hang Tuah', dapatkan rahsia Ilmu Beladiri dan Kursus Perubatan Tenaga Rohaniah warisan para pendekar dan ulama' terbilang zaman silang. Hanya 1-3 jam sekali seumur hidup dapatkan rahsia Ibu Gayong , mudah dan cepat terbuka lelaki dan wanita tiada had umur, tiada pantang larang, tanpa seru@jin@tangkal, berdasarkan ATM (Ajian Tauhid Maarifatullah ) ilmu perang warisan sesepuh nusantara.

> Rahsia mendapat kebolehan luar biasa yang tidak pernah anda terfikir dalam seni beladiri Melayu Tua serta rahsia Ilmu Hulubalang Melayu Tua.
> Pendinding diri (Ajian Pagar Diri & Pelangkah Hulubalang)
> Kunci musuh dari jarak jauh (Pasak)
> Pukulan jarak jauh (Jurus)

Kursus Perubatan Tenaga Rohaniah (Perubatan Alternatif Kerohanian Islam)
> Kaedah rawatan Terapi Syahadah, Terapi Fatihah, Terapi Qursi, Gelombang Tenaga, Aura, Syifa, Kinesiology, Urutan dll.
> Rahsia dan Teknik merawat diri dan orang lain dengan menggunakan Tenaga Diri.
> Pembersihan Aura diri dari unsur-unsur negatif (Terapi Syahadah)
> Rahsia dan Teknik membangkitkan Tenaga Diri untuk menyelesaikan masalah kehidupan, rumahtangga dan pekerjaan.
> Rahsia dan Teknik menarik rezeki dan menyelesaikan hutang.
> Rahsia dan Teknik membangkitkan Tenaga Minda untuk prestasi dan kerjaya.

Pintu TENAGA DIRI (TENAGA ROHANIAH) akan dibuka oleh Pakar Seni Beladiri Melayu Tua dan Pewaris & Pakar Perubatan Alternatif Kerohanian Islam ;
Guru Utama PSSGMM
YTM Tuanku Panji Alam 2

Call/whatsapp;-

012-9877986
DATUK NAHZA

017-9256025
DATUK AMIN

017-9771242
AYAHANDA LUKMAN RP

013-6452084
AYAHANDA SHAIFUL

019-5510242
AYAHANDA HADI

Terima kasih atas kerjasama anda..😊

Address

KAMPUNG GUAL TOK DEH, RANTAU PANJANG
Kampong Rantau Panjang
17200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keluarga luqman al-haqim Pssgmm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share