28/08/2026
KECEWA.
Sampai bila TFC mahu terus mengecewakan penyokong?
Sokongan kewangan sudah diberi. Keperluan pasukan sudah cuba dipenuhi. Ruang untuk membina pasukan juga sudah tersedia.
Namun, hasilnya masih belum kelihatan.
Malam ini, kita diaibkan Selangor tanpa belas ehsan.
Perbezaannya terlalu jauh. Ibarat TFC turun sebagai wakil Liga Komuniti, manakala Selangor bermain seperti wakil Liga Kebangsaan.
Sedangkan sebelum sepak mula, TFC sebenarnya memiliki banyak kelebihan.
Pertama, kita bermain di halaman sendiri.
Kedua, TFC menikmati dua perlawanan berturut-turut di halaman sendiri, kurang perjalanan, lebih masa untuk pemulihan dan persediaan.
Ketiga, Selangor p**a terpaksa mengharungi dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan. Secara logiknya, situasi itu sepatutnya memberi kelebihan dari sudut fizikal dan mental kepada TFC.
Keempat, barisan kejurulatihan sudah mendapat beberapa pemain yang sememangnya dihajati untuk memperkuatkan pasukan.
Kelima, TFC mempunyai Nafuzi Zain, bekas jurulatih skuad kebangsaan, serta Joe Rozi, yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan bola sepak di peringkat kebangsaan.
Jadi, apa lagi yang kurang?
Penyokong sudah memberi sokongan.
Pemain sudah dibawa masuk.
Barisan kejurulatihan juga diberikan ruang.
Tetapi di atas padang, kita masih tercari-cari identiti, karakter dan keputusan.
Penyokong bukan meminta TFC menang setiap perlawanan.
Tetapi penyokong berhak melihat sebuah pasukan yang tahu apa yang mereka perjuangkan apabila memakai jersi Terengganu.
Kalau segala keperluan sudah diberikan tetapi hasilnya masih begini, persoalannya,
Apa lagi TFC mahu?