04/05/2026
π Tahniah & Syabas! π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Azeem Rayyan Cheah atas kejayaan cemerlang merangkul kejuaraan perseorangan dan beregu bawah 14 tahun dalam kejohanan anjuran Melaka Badminton Association.
Tidak dilupakan, tahniah juga kepada Carson Sit yang berjaya meraih tempat ketiga bagi acara beregu lelaki bawah 16 tahun dalam kejohanan yang sama.
Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan, malah menjadi bukti jelas bahawa usaha yang konsisten, disiplin tinggi dan komitmen yang padu mampu menghasilkan kejayaan yang gemilang.
Teruskan berlatih dengan penuh semangat, kekalkan fokus dan semoga lebih banyak kejayaan akan dilakar pada masa hadapan! πΈπͺ