Persatuan Lawn Bowls Melaka

Persatuan Lawn Bowls Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Lawn Bowls Melaka, Sports, GelangGang Lawn Bowls Melaka, Kampong Krubong.

Pasukan Lawn Bowls Bawah 15 tahun Melaka lelaki & wanita telah berjaya mendapat ranking di kedudukan ke 13 dan 14 secara...
15/12/2025

Pasukan Lawn Bowls Bawah 15 tahun Melaka lelaki & wanita telah berjaya mendapat ranking di kedudukan ke 13 dan 14 secara keseluruhan. Syabas & tahniah serta tingkatkan usaha di masa akan datang..

13.12.2025 ( Sabtu ) Persatuan Lawn Bowls Melaka bersama2 dengan komuniti masyarakat KRT PEKAN ALOR GAJAH telah menjayak...
14/12/2025

13.12.2025 ( Sabtu ) Persatuan Lawn Bowls Melaka bersama2 dengan komuniti masyarakat KRT PEKAN ALOR GAJAH telah menjayakan aktiviti mempromosikan Sukan Lawn Bowls terutamanya Short Mat Lawn Bowls.
Tahniah di ucapkan pada Pengerusi KRT Pekan Alor Gajah iaitu Tuan Haji Yusof bin Ahmad bersama2 jawatankuasa KRT yang terlibat.
Inilah julung kali promosi sukan ini di perkenalkan di kalangan masyarakat @ komuniti di Negeri Melaka.
Syabas dan terima kasih kepada pimpinan KRT Pekan Alor Gajah atas peluang yang diberikan pada Persatuan Lawn Bowls Melaka.
Semoga usaha murni akan jadi permulaan yang baik antara Persatuan dan KRT Pekan Alor Gajah bagi merancakkan hubungan kedua2 pihak dan memurnikan lagi platform yang dibina bagi memartabatkan sukan ini khususnya di Alor Gajah dan di negeri Melaka Amnya.

semua hebat

Pekan Alor Gajah mantap.

bowls

RABU, 10.12.2025ππ„π‘π†π„π‘π€πŠπ€π ππ€π’π”πŠπ€π 𝐋𝐀𝐖𝐍 ππŽπ–π‹π’ MELAKA πŠπ„ πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π 𝐋𝐀𝐖𝐍 ππŽπ–π‹π’ TRIPLES π‹π„πŒππ€π‡ πŠπ‹π€ππ† (ππ‹πŠ) 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐...
11/12/2025

RABU, 10.12.2025
ππ„π‘π†π„π‘π€πŠπ€π ππ€π’π”πŠπ€π 𝐋𝐀𝐖𝐍 ππŽπ–π‹π’ MELAKA πŠπ„ πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π 𝐋𝐀𝐖𝐍
ππŽπ–π‹π’ TRIPLES π‹π„πŒππ€π‡ πŠπ‹π€ππ† (ππ‹πŠ) 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

Tarikh: 10 - 14 Disember 2025 (Rabu - Ahad)
Tempat: Arena Lawn Bowls Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Turut hadir bersama Tuan Presiden, Naib Presiden 2, Setiausaha serta ibu bapa atlet..

Selamat Maju Jaya Semua semoga memperoleh kejayaan πŸ†

Persatuan Lawn Bowls Melaka melalui Majlis Sukan Negeri Melaka telah menghantar sebanyak 3 pasukan untuk bertanding di K...
08/12/2025

Persatuan Lawn Bowls Melaka melalui Majlis Sukan Negeri Melaka telah menghantar sebanyak 3 pasukan untuk bertanding di Kejohanan Lawn Bowls Open Fours Piala Datuk Bandar MBDK yang telah berlangsung pada 2 hingga 6 Disember 2025 bertempat di Kompleks Sukan Boling Padang Bukit Kiara Kuala Lumpur. Terdiri daripada 1 pasukan lelaki, 1 pasukan wanita dan juga 1 pasukan campuran bertujuan memberi pendedahan kepada atlet pembangunan negeri Melaka. Pencapaian terbaik pasukan lelaki berjaya mara ke peringkat top 16.

Mesyuarat AJK Persatuan Lawn Bowls Melaka bil 4/2025 dan merupakan mesyuarat AJK yang terakhir pada tahun ini telah diad...
07/12/2025

Mesyuarat AJK Persatuan Lawn Bowls Melaka bil 4/2025 dan merupakan mesyuarat AJK yang terakhir pada tahun ini telah diadakan pada 7 Disember 2025 pada jam 11.00 pagi bertempat di Restoran Desa Batu MITC Melaka. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah post mortem Program 1000 Liga Shortmat Challenge 2025, Perancangan Kejohanan Piala Hang Tuah 2026, Persediaan Program Pengenalan Lawn Bowls bersama KRT Alor Gajah dan Persediaan Atlet SUKMA 2026. Antara yang hadir ialah Tuan Presiden, Naib Presiden 1 dan 2, Setiausaha Kehorrmat, Bendahari Kehormat serta barisan AJK yang dilantik..

Pada 13.11.2025, Pihak Persatuan Lawn Bowls Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Krubon...
17/11/2025

Pada 13.11.2025, Pihak Persatuan Lawn Bowls Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Krubong. Pihak persatuan diwakili oleh Presiden, Naib Presiden serta Setiausaha yang disambut oleh Pengetua sekolah tersebut. Turut sama hadir dalam perjumpaan tersebut ialah atlet2 BAKAT Lawn Bowls yang terdiri daripada murid2 sekolah SMK Krubong. Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan berkenaan perancangan dan halatuju pembangunan atlet2 tersebut. Pihak persatuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengetua SMK Krubong kerana sudi meluangkan masa menerima kunjung hormat dari pihak persatuan.

Persatuan Lawn Bowls Melaka telah berjaya menganjurkan Program 1000 Liga Lawn Bowls Short Mat yang telah diadakan pada 1...
16/11/2025

Persatuan Lawn Bowls Melaka telah berjaya menganjurkan Program 1000 Liga Lawn Bowls Short Mat yang telah diadakan pada 15 & 16 November 2025 bertempat di Dewan Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut. Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah kerana bersama menyokong kejohanan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan kepimpinan persatuan yang bertindak sebagai urusetia kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Johan. : FBC F
N. Johan : JN2

Persatuan Lawn Bowls Melaka dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah akan menganjurkan Program 1000 Liga Lawn Bo...
12/11/2025

Persatuan Lawn Bowls Melaka dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah akan menganjurkan Program 1000 Liga Lawn Bowls Short Mat 2025 pada 15-16 Nov 2025 bertempat di Dewan Kompleks Belia & Sukan Ayer Keroh Melaka. Ayuh kita smua warga komuniti lawn bowls bersama- sama memeriahkan program ini..

08/10/2025

One month to go! πŸ”₯

The world’s elite are coming to Kuala Lumpur for the inaugural World Cup 2025!

πŸ† The top 12 countries
🎯 The world’s greatest players
πŸ—“ 4 – 8 November 2025
πŸ“ Arena Lawn Bowls Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Mesyuarat AJK Persatuan Lawn Bowls Melaka telah diadakan pada 8 Oktober 2025 pada jam 5.45 petang. Antara perkara-perkar...
08/10/2025

Mesyuarat AJK Persatuan Lawn Bowls Melaka telah diadakan pada 8 Oktober 2025 pada jam 5.45 petang. Antara perkara-perkara yang sempat dibincangkan adalah post mortem Kejohanan Champion of Champions, Kejohanan Kebangsaan dan rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan. Presiden juga turut melantik SU dan Bendahari persatuan yang baru iaitu En. Zuhaimie dan Puan Syamimi, tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada mereka.Sejurus mesyuarat, kesemua AJK telah dihidangkan dengan menu lazat yang telah disediakan oleh pihak restoran. Ini bagi menghargai jasa, sumbangan dan penat lelah AJK yang telah banyak menjayakan aktiviti-aktiviti Persatuan.

All the best to our National Team
18/09/2025

All the best to our National Team

Selamat berjuang Amirul Danial & Syafiqa Haidar! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Wakil negara ke 2025 World Bowls Champion of Champions

πŸ“ cluBarham, Australia
πŸ“… 21 – 25 September 2025

Bawa semangat juang, keberanian, dan maruah Malaysia ke pentas dunia!

Langkah kalian, harapan kami.
Demi Jalur Gemilang, Malaysia Boleh! πŸ’ͺπŸ”₯

16/09/2025

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Mari kita terus perkukuh perpaduan dan semangat cintakan tanah air demi Malaysia yang maju dan harmoni.

Ikhlas daripada:
Majlis Sukan Negeri Melaka






Address

GelangGang Lawn Bowls Melaka
Kampong Krubong
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Lawn Bowls Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category