29/10/2021
ANDA BERISIKO DAPAT KECEDERAAN SEKIRANYA ABAIKAN PERKARA INI SEWAKTU BERBASIKAL
Akhir-akhir ini s**an berbasikal semakin mendapat tempat dalam aktiviti s**an di kalangan masyarakat di negara kita. Ramai memilih s**an berbasikal kerana ianya bukan sahaja dapat menyihatkan badan namun sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan bekerja.
Baru-baru ini kami di Q-fits sempat menemubual seorang mekanik basikal profesional iaitu Amir Fazly. Beliau sempat berkongsikan beberapa pesanan yang sangat penting untuk panduan kita jika ingin berbasikal.
Antara pesanan beliau adalah ramai yang bermain basikal namun tidak memulakan aktiviti basikal dengan sesi warming up, (pemanasan badan) ambil je basikal terus kayuh. Sebenarnya pemanasan badan sangat penting untuk menjaga kesihatan jantung serta memastikan badan bersedia dengan sebarang intensiti yang bakal kita gunakan nanti. Sekiranya anda tidak melakukan warming up dengan betul, anda berisiko untuk mendapat kekejangan otot (cramp) ketika sedang berkayuh.
Selain itu juga, kepada yang baru ingin menceburi s**an berbasikal anda perlu tahu, setiap basikal mempunyai saiz dan ukuran tersendiri ia bergantung pada ketinggian anda. Sebagai contoh sekiranya tinggi anda 168 ke bawah saiz basikal yang sesuai dengan anda adalah bersaiz S. Namun harus diingat setiap jenis basikal mungkin berlainan ukuran. Cara terbaik adalah anda bertanya kepada jurujual jenis yang anda minat. Sekiranya anda tersalah pilih ukuran, anda berisiko mendapat kecederaan serius pada postur badan dan pinggang.
Pesanan terakhir daripada beliau, untuk mendapat kesihatan yang baik serta bentuk badan yang ideal dengan berbasikal adalah anda perlu betulkan mindset anda terlebih dahulu, bila berbasikal bukan boleh makan apa saja. Ramai yang tersalah anggapan bila berbasikal ikut s**a nak makan apa saja kerana dah keluarkan peluh. Ada yang lebih parah hanya berkayuh untuk pergi ke kedai makan. Peluh tak keluar sangat tapi nasi dah dua pinggan. Perkara sebegini boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan.
kredit : @ Mohd Amir Fazly