15/10/2023
Selesai sudah, Kejohanan Silat Olahraga PLKU 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia sebentar tadi. Alhamdulillah, Team Macan Keramat berjaya membawa pulang pingat sebanyak 3 , 2 dan 2
Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang menyertai kejohanan ini dan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Master Andy Macan Keramat bersama Cikgu Pejal dan Cikgu Fhami yang bertungkus-lumus mendidik dan melatih anak-anak Macan hingga berjaya. Tidak lupa juga kepada team pengurusan Abang Khalid, Zulkifli dan Abang Ajis bersama team ibu-ibu yang sentiasa mengambil berat, menjaga makan, minum dan kesihatan anak-anak Macan semua. Tahniah dan terima kasih semua.
Kejayaan bagi kami adalah satu perjalanan, dan dengan hanya menyertai kejohanan ini merupakan satu kejayaan yang manis dan ia membakar semangat kami untuk tingkatkan usaha untuk melangkah lebih tinggi.