Sihat Sejahtera

Sihat Sejahtera Bersama-sama kita lakukan aktiviti berfaedah untuk kekalkan kecergasan

17/03/2021
Ambil tahu dari awal.  Maklumat lanjut di websiteherbadinara.comherbadinara.com
08/02/2021

Ambil tahu dari awal. Maklumat lanjut di website
herbadinara.com
herbadinara.com

Ikhtiar bantu ayah menapak. Biar lambat janji kena yakin dan konsistenmaklumat lanjut di websiteherbadinara.comherbadina...
03/02/2021

Ikhtiar bantu ayah menapak. Biar lambat janji kena yakin dan konsisten

maklumat lanjut di website
herbadinara.com
herbadinara.com

30/01/2021

Selamat berhujung minggu

Kaedah pemantauan bila berada di rumah
18/01/2021

Kaedah pemantauan bila berada di rumah

13/01/2021

๐Š๐๐Œ - ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐’๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐„๐‘๐“๐€๐Š๐‹๐”๐Š ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐๐Š๐, ๐๐Š๐๐ & ๐๐Š๐๐

Sesi persekolahan secara bersemuka bagi institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya melibatkan murid yang menduduki peperiksaan utama tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

๐๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š๐ง ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐๐Œ), ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐•๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐•๐Œ), ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐Š๐Œ), ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐“๐๐Œ), ๐’๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐€๐ ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐’๐“๐€๐Œ) ๐๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐š ๐•๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐ƒ๐•๐Œ).

Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) p**a, pengoperasian institusi pendidikan dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

KPM memaklumkan murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian di kawasan PKP yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan p**ang ke asrama mulai 16 Januari 2021 dan surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk p**ang ke asrama.

Selain itu, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah di kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021. Ketetapan ini juga terpakai kepada murid Semester 2 SVM dan Semester 2 DVM tahun 2020 di Kolej Vokasional.

Bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan 1, calon berdaftar yang masih belum menduduki pentaksiran itu akan mengikuti pentaksiran antara 20 hingga 29 Januari 2021.

Bagi kemasukan ke Tingkatan 4 p**a, pentaksiran akan diadakan pada 15 hingga 25 Februari 2021, selain surat kebenaran khas akan dikeluarkan KPM bagi membolehkan calon merentas negeri atau daerah untuk hadir ke pusat pentaksiran yang ditetapkan.

Dalam pada itu, bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021.

๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฌ๐š๐š ๐’๐๐Œ/๐’๐•๐Œ/๐’๐Š๐Œ/๐’๐“๐๐Œ/๐’๐“๐€๐Œ/๐ƒ๐•๐Œ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐ข ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐Š๐ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ก๐š๐๐ข๐ซ ๐ค๐ž ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ๐š๐ง (๐๐๐) ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ค๐š. ๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ญ ๐ค๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐š๐ง ๐ค๐ก๐š๐ฌ ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐ค๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฉ๐ข๐ก๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐ค๐š๐ง ๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ก๐š๐๐ข๐ซ ๐ค๐ž ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก.

Selain itu, pelajar Kolej Matrikulasi di kawasan PKP yang berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk mengikuti pembelajaran secara hibrid, manakala pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.

KPM menyatakan semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber : Bernama

07/01/2021

Address

No 21 Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana
Kampong Bukit Katil
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sihat Sejahtera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category