Petua Sihat Bersama

Petua Sihat Bersama Hai. Jom ikuti tips kesihatan ini

21/07/2022

Krupp krapp! Rangupnya bunyi kulit ayam goreng apabila dikunyah. Sedap betul sup daging yang cukup rasa berlemaknya, bukan?
Tetapi tahukah anda bahawa kulit ayam dan lemak pada daging tinggi dengan lemak dan kolesterol. Mungkin ramai sudah sedia maklum tentang bahaya lemak dan kolesterol secara berlebihan dalam badan manusia di mana pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung mahupun strok dan juga meningkatkan risiko obesiti.
Sememangnya pengambilan lemak dan kolesterol daripada makanan harian tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan lemak dan kolesterol supaya tidak berlebihan dan mengambilnya dalam kadar sederhana.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu




20/07/2022

Telur merupakan salah satu sumber protein yang senang didapati dengan harga "mampu milik". 1 Sajian telur adalah 2 biji. Pilihlah kaedah masakan telur yang lebih sihat iaitu secara rebus berbanding goreng untuk kurangkan kalori yang berlebihan.

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang





12/07/2022

SALAM AIDIL ADHA..
Selamat Menjalani Ibadah Qurban..๐Ÿ๐Ÿ‚๐Ÿ„๐Ÿƒ๐Ÿ‘๐Ÿช

Ikut saranan pengambilan daging..banyak khasiatnya yang tersendiri kerana kaya dengan vitamin dan mineral..namun jika berlebihan ada mudaratnya kepada kesihatan kita.

Jom ambil secara sederhana..dan tidak berlebihan.





03/06/2022

๐Ÿšจ HFMD mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.

๐Ÿšฎ Buang lampin pakai buang dalam tong sampah tertutup.

๐ŸซงPastikan juga anda membasuh tangan dengan sempurna dengan sabun dan air bersih selepas menukar lampin dan mencuci najis.

26/05/2022

Jika tiada keperluan, tidak perlu bawa anak ke tempat tumpuan awam yang sesak termasuk
- Pasaraya (bersihkan troli jika mahu guna)
- Taman permainan awam

Address

Ayer Keroh, Melaka
Kampong Bukit Katil
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petua Sihat Bersama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category