MSC STORE

MSC STORE MSC Store memberikan tips dan panduan kesihatan serta menjual makanan tambahan dan peralatan gym.

10/09/2017

Ini yang berlaku bila anda berhenti dr senaman aktif...Risiko terhadap bermacam penyakit..
Jom jaga kesihatan dan aktif bersenam

PERHATIAN: UNTUK BRO YANG NAK SADO SAHAJA💪💪💪Anda nak sado tapi tiada bajet untuk mendaftar di gym? Nak sado tapi bajet c...
28/08/2017

PERHATIAN: UNTUK BRO YANG NAK SADO SAHAJA

💪💪💪


Anda nak sado tapi tiada bajet untuk mendaftar di gym? Nak sado tapi bajet ciput?


⚡Memperkenalkan Fitness Rope for Home Gym


Antara kelebihan Fitness Rope adalah:-

✔ Sesuai untuk pelbagai jenis latihann spt biceps, triceps, back, shoulder, chest, abs dan pelbagai jenis latihann lagi.

✔ Fitness Rope diperbuat dari getah latex yang mempunyai ketahanan yang kuat dan tahan lasak.

✔ Ia juga amat mudah digunakan dan dibawa kemana2 sahaja. Nk buat latihann kat taman petang2 pon boleh.


⚡Setiap set Fitness Rope itu anda akan dapat:

I. Yellow Band - Extra Light (6 LBS - 8 LBS)

II. Green Band - Light (9 LBS - 11 LBS)

III. Red Band - Medium (12 LBS - 14 LBS)

IV. Blue Band - Heavy (15 LBS - 18 LBS)

V. Black Band - Extra Heavy (22 LBS)

VI. 2 x Foam covered handles with metal D rings

VII. 2 x Ankle straps with metal D

VIII. 1 x Door jamb anchor

Total Max beban 73lbs = 33kg

Padu tu bro.


👉 Berminat?

📲Segera whatsapp 013-2184748

Fitness Rope for Home GymFitness rope sesuai utk smua jenis workoutnk target abs,biceps,triceps, back muscle, chest, low...
11/09/2016

Fitness Rope for Home Gym
Fitness rope sesuai utk smua jenis workout
nk target abs,biceps,triceps, back muscle, chest, lower body pon boleh.
Ade 5 rope smuanya.
total weight smpai 30kg+.
klu dumbell pon rm120 bru 15kg... 😂
Whatsapp 013-2184748 utk tempahan

Tips & Panduan Makanan Untuk Bina Badan & Membina OtotJika anda sedang berusaha untuk membina otot, sebenarnya ia adalah...
05/07/2016

Tips & Panduan Makanan Untuk Bina Badan & Membina Otot

Jika anda sedang berusaha untuk membina otot, sebenarnya ia adalah lebih daripada sekadar memulakan rutin latihan mengangkat berat. Anda perlu menukar diet pemakanan anda juga. Memilih makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot anda dan juga mengisi zat badan anda selepas senaman.

Berikut adalah 5 tips memilih makanan bina badan ;-

1. Tingkatkan bahagian hidangan & kadar pengambilan makanan anda.
Jika anda mengangkat berat, maka anda perlu makan lebih kerap. Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bers**an.

2. Atur jadual & waktu makan anda.
Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang anda. Ini memberi masa badan anda cukup untuk menghadamkan makanan, supaya anda mempunyai tenaga untuk bersenam. Anda juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan.

3. Tambah jumlah karbohidrat dalam diet anda.
Anda mungkin pernah mendengar orang yang ambil makanan berkarbohidrat tinggi sebelum dan selepas senaman. Karbohidrat memberi badan anda lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman anda.

4 Lebihkan sumber protein dalam makanan anda.
Sebaik-baiknya, anda mahu makan sumber protein tanpa lemak apabila anda cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot.

5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah & sayuran menyediakan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang mencukupi semasa anda membuat latihan bina badan yang berat untuk menambahkan pembesaran otot.

Tips Tambahan Yang Penting!

1. Jangan lupa untuk minum air yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi @ kekurangan air dalam badan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.

2. Anda juga boleh mencari & menggunakan sumber vegetarian untuk keperluan protein pada tubuh anda. Anda boleh menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan untuk protein dan juga telur.

⚡ 6 TEKNIK HARDCORE SIXPACK ABS DI RUMAH⚡Bro xpayah dah susah2 pergi gym untuk workout. Dengan home gym equipment ni, br...
24/06/2016

⚡ 6 TEKNIK HARDCORE SIXPACK ABS DI RUMAH⚡

Bro xpayah dah susah2 pergi gym untuk workout. Dengan home gym equipment ni, bro jugak tak perlu lg bayar yuran gym yang mahal untuk dapatkan six pack idaman bro. Teknik rahsia home gym ni membantu bro dapatkan sixpack idaman dengan pantas!!!

Rutin senaman sixpack abs:
15x KNEE RAISES
10x WINDSHIELD WIPER EACH SIDE
15x LEG RAISES
10x HANGING OBLIQUE RAISES EACH SIDE
30SECONDS L-SIT HOLD
30SECONDS PLANK
Rest 15sec setiap exercise. 60sec setiap cycle.
Lakukan 4 - 6 cycle.

Bukan setakat upper body (back, shoulder, bicep dan tricep) je bro yg mantap, Sixpack pon boleh naik skali!
================
STRAIGHT PULLUP BAR
================
1) MUDAH LARAS: Straight pullup bar sgt mudah dilaras. Putarkan kedua2 hujung bar utk memanjang atau memendekkan. 62-100CM
2) TAHAN LASAK: Mampu menahan beban sehingga 100kg dan sgt tahan lasak.
3) PELBAGAI FUNGSI: Boleh digunakan utk pelbagai jenis senaman seperti pull-up, push-up, sit-up dan bermacam lg.
4) MUDAH DIPASANG: Anda hanya perlukan pintu/dinding dan pull-bar. Pasang dan trus mulakan latihan anda.
5) SENANG DIBAWA: Pull-up bar ini bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana2. Masuk dalam beg jer...
===============
IRONGYM PULLUP BAR
===============
MUDAH ALIH: Sgt mudah alih dan boleh dibawa kemana2 dgn mudah. Pemasangan tidak memerlukan skru.
TAHAN LASAK: Mampu menampung beban sehinggan 120kg dgn besi y tahan lasak.
PELBAGAI FUNGSI: Boleh digunakan utk pelbagai jenis senaman seperti pull-up, push-up, sit-up dan bermacam lg.
==============
EXTREME IRONGYM PULLUP BAR
==============
MUDAH ALIH: Sgt mudah alih dan boleh dibawa kemana2 dgn mudah. Pemasangan tidak memerlukan skru.
TAHAN LASAK: Mampu menampung beban sehinggan 120kg dgn besi y tahan lasak.
PELBAGAI FUNGSI: Boleh digunakan utk pelbagai jenis senaman seperti pull-up, push-up, sit-up dan bermacam lg.
EXTREME: Mempunyai lebih b*k pemegang brbanding irongym biasa dan berfungsi utk mmberikan kesan yg lebih kpd otot.
---------------------------------------------
CARA PEMASANGAN??
[STRAIGHT PULLUP BAR]
>Putarkan kedua hujung bar utk memanjang dan memendekkan sehingga sesuai dgn kelebaran pintu.
>Putarkan sehingga ketat dan putarkan kearah berlawanan jika ingin dipindahkan.
>Mggunakan skru dan getah penahan utk lebih kukuh.
*set skru dan penahan disediakn.
[IRONGYM PULLUP BAR]
>Sangkutkan shja di pintu seperti dlm gmbar.
>Frame pintu anda WAJIB mempunyai ruang sekurang2nya 1cm sprti dlm gmbar supaya mudah disgkutkan.
>Jika tiada ruang sperti dlm gmbar berikut, boleh lah beralih ke straight pullup bar.
[EXTREME IRONGYM PULLUP BAR]
>Cara pemasangan adalah sama dgn irongym biasa.
>Sangkutkan shja di pintu seperti dlm gmbar.
>Tiada masalah jika frame pintu anda tidak mempunyai gap lebih 1cm kerana set ini disediakan dgn penyangkut besi dan set skru serta wall plug utk dipsg trus ke dinding.

Kenapa tunggu lagi?
--> pm atau whatsapp "hardcore sixpack" ke 013-2184748
Atau
--> tinggalkan no telefon anda di ruangan komen

p/s: follow kami di Instagram MSC STORE

KHASIAT EPAL MERAH DAN HIJAUEpal merah dan epal hijau, masing-masing memiliki kelebihan yang tersendiri dalam kesihatan....
23/06/2016

KHASIAT EPAL MERAH DAN HIJAU

Epal merah dan epal hijau, masing-masing memiliki kelebihan yang tersendiri dalam kesihatan. Perbezaaan dari segi warna kulit buah ini, mempunyai zat vitamin yang tersendiri, yang mampu untuk mencegah kita daripada penyakit.

1- Epal Merah

Kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain antioksidan yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser bagi melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.
Ini adalah antara khasiat epal merah :
• Baik untuk Kesihatan
• Baik untuk Melawaskan Perut dan Sembelit
• Risiko Kanser Rendah
• Mengandungi Serat yang Tinggi
• Melambatkan Proses Penuaan dan untuk Kecantikan
• Baik untuk Menghalang Penyakit Jantung Dan Kanser
• Membantu Proses Mengawal Berat Badan.
• Bebas Kolesterol dan Lemak
• Membantu Mengekalkan Berat Badan (Epal Hijau)
• Kaya dengan Pelbagai Khasiat Vitamin

Kajian juga mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.
Para saintis juga mengesahkan epal merupakan antara penyumbang kepada kesihatan jantung.
Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan.
Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksidan yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan rasa kenyang dan mencegah anda daripada makan secara berlebihan.

2- Epal Hijau

Antara kebanyakan zat yang terdapat di dalam epal hijau ialah zat besi, magnesium, potassium, kalsium, sodium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda juga digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya, ini kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak pada kulitnya.

Antara khasiat epal hijau yang boleh membantu anda untuk mencegah :
• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

p/s: share kepada kawan2 anda jika bermanfaat :)

6 TIPS MENGURUSKAN BADANRamai yang menginginkan badan yang kurus dan sihat tetapi mengambil jalan pintas seperti pengamb...
13/06/2016

6 TIPS MENGURUSKAN BADAN

Ramai yang menginginkan badan yang kurus dan sihat tetapi mengambil jalan pintas seperti pengambilan pil kurus yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan individu tersebut.

1. Jogging
Untuk membakar kalori di dalam tubuh anda, sebaiknya ubah tabiat anda untuk menjadi lebih sihat. Antara salah satu rutin ialah jogging. Mulakan dengan jarak yang anda mampu yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20-30 minit. Anda juga boleh melakukan sit up, push up, yoga, atau kegiatan olahraga yang lain.

2. Senaman Kardio
Senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang berkali-kali dalam tempoh tertentu, pada intensiti tertentu. Apa sahaja senaman yang akan membuatkan jantung kita berdegup laju daripada biasa dan berpeluh lebih banyak berbanding biasa, dipanggil SENAMAN KARDIO. Contohnya, berbasikal, bermain futsal, berenang, berlari dan bermain tali skipping.

3. Kurangkan makan yang berminyak
Anda hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Makanan yang berminyak mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Anda boleh tukarkan cara memasak makanan yang lebih sihat seperti merebus dan membakar.

4. Diet Seimbang
Pengambilan nutrien yang betul amat penting dalam diet yang seimbang. Anda perlu prihatin terhadap jumlah kalori setiap makanan yang anda ambil. Kurangkan pengambilan nasi. Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit. Anda juga hendaklah melakukan diet mengikut saranan doktor.

5. Minuman Detox
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Dengan berpuasa, badan akan melakukan proses detox semula jadi. Minuman detox menggunakan buah-buahan seperti lemon, kiwi, strawberi dan sebagainya. Pengambilan air detox ini merupakan salah satu cara selamat untuk menguruskan badan.

6. Pengambilan Protein Whey
Protein whey merupakan makanan tambahan yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam s**an bina badan. Ia juga membantu individu untuk kurus dan mendapatkan bentuk badan yang mereka inginkan. Antara kebaikan protein whey ialah membantu menurunkan berat badan, membantu meningkatkan peratusan otot dan sebagainya.

p/s: whatsapp 013-2184748 utk tempahan mesotropin hydro-whey :)

BAGAIMANA MESOTROPIN HYDRO-WHEY BANTU ANDA BINA O.T.O.TTahukah anda , Mesotropin HydroWhey  melalui proses pemecahan pro...
12/06/2016

BAGAIMANA MESOTROPIN HYDRO-WHEY BANTU ANDA BINA O.T.O.T

Tahukah anda , Mesotropin HydroWhey melalui proses pemecahan protein kepada saiz partikel yang lebih halus dimana ianya dikenali sebagai peptida. Keadaan ini memudahkan ianya diserap kedalam badaann serta mempercepatkan proses pemulihan 0t0t dengan pantas.
Bagi memastikan anda dapat membina 0t0t dengan baik,anda perlukan 1.5 – 2 gram protein dari sumber protein yang ‘lean’ dan mempunyai ‘biological value’ yang tinggi.
Nilai ‘Biological Value’ bagi suatu sumber protein itu menunjukkan skala peratusan sebenar yang digunakan bagi membina sel didalam badaann bagi tujuan pertumbuhan seperti 0t0t,kulit,organ dan sebagainya.
Semakin tinggi nilai BV , Semakin mudah 0t0t anda mendapat keperluan asid amino yang cukup bagi membantu pertambahan saiz dan j***m 0t0t!
Sekiranya anda aktif workout di gym atau bers**an , Mesotropin HydroWhey adalah jawapannya!
Badaann anda sangat memerlukan asid amino yang penting bagi membantu pemulihan 0t0t dengan pantas .
Selain itu,dengan pengambilan Mesotropin HydroWhey juga dapat membantu anda membakar lemaaak disamping meningkatkan kadar metabolisma badaann anda.Keadaan ini juga dapat membantu anda mengurangkan pengambilan kalori berlebihan yang menjurus kepada keadaan kenyang akibat pengambilan protein dari sumber whey protein.
Bagaimana Cara Untuk Mengoptimumkan Penambahan Saiz Dan J***m 0t0t Anda?
Melalui pengambilan Mesotropin HydroWhey,anda akan dapat membantu proses pemulihan dan pembinaan ot0t dalam masa yang sangat singkat.
Walaubagaimanapun, bagi meningkatkan tenaga dan fokus ketika latihan sedang berjalan,anda perlukan booster yang boleh menjanaaa testosterone sedia ada didalam badaann anda.
Dengan menggunakan M-sotropin sebagai makanan tambahan ‘pre workout’, penjanaan hormon testosteron sedia ada didalam badaann dapat membantu anda membina saiz dan j***m 0t0t disamping dapat mencegah penguraian 0t0t selepas berakhirnya sesi latihan dimana ianya dipanggil proses katabolisma.
Bahan-bahan utama M-sotropin p**a ialah terdiri daripada BCAA,Tribulus dan juga Tongkat Ali.
Dalam ertikata lain, M-sotropin ialah supplement untuk ‘pre workout’ manakala HydroWhey p**a adalah supplement ‘post workout’ yang diambil selepas workout.

p/s: dapatkan pek kombo Hydro-whey & Msotropin sekarang dengan harga diskaun. Tawaran TERHAD sehingga AHAD (19 jun) pukul 11 malam sahaja..

DAPATKAN SEKARANG!!!
---> Whatsapp kod “KOMBO” ke 013-2184748
---> Whatsapp kod “KOMBO” ke 013-2184748
---> Whatsapp kod “KOMBO” ke 013-2184748

5 SENAMAN DENGAN MENGGUNAKAN BERAT BADANSenaman yang efektif tidak semestinya mahal. Kita boleh jadikan badan kita sebag...
11/06/2016

5 SENAMAN DENGAN MENGGUNAKAN BERAT BADAN

Senaman yang efektif tidak semestinya mahal. Kita boleh jadikan badan kita sebagai gim kita. Jadi tiada alasan untuk anda tidak bersenam. Penting untuk kita bersenam. Bila kita bersenam, kita akan menjadi lebih sihat dan dapat menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit. Senaman yang disenaraikan di bawah adalah dengan hanya menggunakan berat badan anda sahaja.

Berikut adalah 5 senaman menggunakan berat badan sebagai medium untuk bersenam :
1. Power Skip
Manfaat skipping:
• Kesihatan kardiorespiratori meningkat.
• Memperbaiki koordinasi
• Meningkatkan keseimbangan badan
• Membina tulang
• Membentuk peha
2. Stair Climb
Dengan menaiki tangga, anda dapat membakar kalori dengan lebih cepat dan lebih banyak kalori akan terbakar. Ini kerana kita memerlukan lebih tenaga untuk menaiki tangga berbanding menaiki lif yang kurang pergerakan.
Manfaat Stair Climb :
• Mempercepatkan penurunan berat badan
• Mengurangkan risiko sakit jantung, strok, kanser, obesiti dan diabetes tahap 2.
• Sistem musculoskeletal yang lebih kuat
• Kecergasan kardiovaskular yang lebih baik
3. High Knees
Manfaat High Knees :
• Meningkatkan Kuasa Kaki
• Meningkatkan Kekuatan Otot
• Manfaat Aerobik
• Meningkatkan Stamina dan Ketahanan
• Meningkatkan Keupayaan Melompat
4. Butt Kicks
Manfaat Butt Kicks :
• Menguatkan jantung
• Mengurangkan risiko penyakit jantung
• Mencegah diabetes
• Menguatkan tulang dan otot
• Meningkatkan kekuatan dan keadaan quads, hamstring dan calves anda.
• Meningkatkan kelajuan, agiliti, dan koordinasi anda
5. Alternate Leg Bounding
Manfaat Alternate Leg Bounding :
• Meningkatkan kelajuan anda.
• Membina otot di bahagian pinggul, pangkal paha, pergelangan kaki dan quadriceps.
• Menguatkan bahagian kaki
• Meningkatkan kekuatan otot

Itu adalah lima senaman yang menggunakan berat badan yang boleh anda buat sendiri tanpa membeli sebarang alatan. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk bersenam. Walaubagaimanapun, bagi meningkatkan tenaga dan fokus ketika latihan sedang berjalan,anda perlukan booster yang boleh menjanaaa testosterone sedia ada didalam badaann anda.
Dengan menggunakan M-sotropin sebagai makanan tambahan ‘pre workout’, penjanaan hormon testosteron sedia ada didalam badaann dapat membantu anda membina saiz dan j***m 0t0t disamping dapat mencegah penguraian 0t0t selepas berakhirnya sesi latihan dimana ianya dipanggil proses katabolisma.
Bahan-bahan utama M-sotropin p**a ialah terdiri daripada BCAA,Tribulus dan juga Tongkat Ali.
Dalam ertikata lain, M-sotropin ialah supplement untuk ‘pre workout’ manakala HydroWhey p**a adalah supplement ‘post workout’ yang diambil selepas workout.

p/s: dapatkan pek kombo Hydro-whey & Msotropin sekarang dengan harga diskaun. Tawaran TERHAD sehingga AHAD (19 jun) pukul 11 malam sahaja..

DAPATKAN SEKARANG!!!
---> Whatsapp kod “KOMBO” ke 013-2184748
---> Whatsapp kod “KOMBO” ke 013-2184748
---> Whatsapp kod “KOMBO” ke 013-2184748

5 KELEBIHAN KHASIAT BUAH PISANGBuah pisang adalah buah yang mudah didapati di Malaysia. Salah satu makanan harian yang p...
09/06/2016

5 KELEBIHAN KHASIAT BUAH PISANG

Buah pisang adalah buah yang mudah didapati di Malaysia. Salah satu makanan harian yang pop**ar adalah pisang goreng yang dimakan pada waktu petang. Pisang mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang bagus untuk badan kita. Khasiat buah pisang amat bagus untuk kesihatan kita.

Khasiat dan Kebaikan Pisang

1. Meningkatkan Tenaga Harian
Kandungan karbohidrat dalam buah pisang bagus sebagai sumber tenaga untuk tubuh. Pengambilan 2 biji pisang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menambah tenaga untuk keperluan seharian. Gula dan karbohidrat yang terdapat dalam pisang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan dalam darah. Ini menyebabkan orang yang memakan pisang cepat mendapat sumber tenaga dan boleh bertahan lebih lama dari gula. Vitamin B kompleks dalam pisang berfungsi untuk membina tenaga.

2. Membantu Melancarkan Peredaran Darah
Pisang memiliki kandungan potasium yang baik untuk melancarkan peredaran darah. Kandungan kalium p**a membantu mengawal tekanan darah. Hal ini akan mengurangkan risiko strok daripada gejala penyakit jantung. Kandungan serat dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) dikatakan boleh membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan.

3. Membantu Proses Pencernaan Usus
Pisang mengandungi serat yang sangat baik untuk mengurangkan risiko sembelit. Pengambilan buah pisang sudah cukup untuk mengurangkan sembelit tanpa perlu mengambil ubat. Campuran buah pisang dengan segelas susu, ia membantu mengurangkan risiko penyakit pada usus yang berbahaya seperti kanser usus besar.

4. Menjaga Kesihatan Mata
Buah Pisang membantu menjaga kesihatan mata. Pisang mengandungi vitamin A yang mudah larut dalam lemak dan sangat penting untuk melindungi mata. Vitamin A mengurangkan risiko buta dan menjaga penglihatan setiap hari.

5. Menyihatkan Tulang
Kandungan mangan yang tinggi dalam buah pisang membantu menyihatkan tulang. Badan akan menyerap kalsium daripada buah pisang dengan lebih baik. Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Oleh itu, pisang amat berguna untuk menguatkan tulang manusia.

7 Makanan Bina Otot Tanpa WorkoutKebiasaannya kalau sebut pasal bina otot atau bina badan je… mesti kite terbayangkan ka...
07/06/2016

7 Makanan Bina Otot Tanpa Workout

Kebiasaannya kalau sebut pasal bina otot atau bina badan je… mesti kite terbayangkan kalau nak besarkan otot mesti kena wat senaman kat gym ngan minum susu protein kan?
Sebenarnya makanan seharian yang kita ambil juga boleh membantu pembinaan dan juga tumbesaran otot secara semula jadi..!
So kali ni admin nak kongsikan tujuh makanan yang boleh bantu korang untuk bina dan besarkan otot.

1-Daging
Terdapat pelbagai zat dan unsur –unsur lain yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina dan juga mengekalkan j***m otot badan kita. Daging mempunya protein yang berkualiti tinggi, zat besi, vitamin B dan juga zink.
2-Ayam
Mungkin ramai dikalangan kita s**a maakn ayam kan? Hari-hari kalau waktu makan tengah hari atau malam rasa tak sah kalau tiada ayam. Ayam juga mengandungi protein yang berkualiti tinggi serta membantu menguatkan tulang. Tapi ingat…amalkan makan ayam tanpa kulit dan lebih baik kalau kita goring atau bakar sahaja kerana nilai kalorinya akan menjadi rendah dan tidak menyumbang kepada pembetukan lemak yang tidak diingini.
3-Telur
Dalam telur terdapat kandungan nutrisi yang tinggi. Telur mengandungi zink (yang bermanfaat untuk kuku dan juga rambut). Selain itu dalam telur juga terdapat karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin iaitu unsur yang selalu terdapat dalam vitamin A. Di dalam telur jug aterdapat vitamin D untuk melindungi jantung dan penyakit kanser, Terdapat juga lecithin untuk tingkakan leupayaan otak dan juga pencernaan lemak.
Jangan risau tentang kolestrol sebab memang sudah ada kajian mengatakan yang sebenarnya telur tidak memberi kesan buruk kolestrol ke[ada tubuh kita. Sebenarnya yang menaikkan kolestrol dalam darah ialah makanan yang di proses, mengandungi lema trans dan juga lemak terhidrogen.
Selain itu boleh jadi seseorang itu memang sedia ada kolestrol yang tinggi di dalam badan.
Boleh jadi juga ada di kalangan kita kena kurangkan mengambil telur kerana mungkin anda sensitif kepada sejenis asid dalam telur, iaitu asid arakidonik(arachidonic acid) sejenis asid lemak, yang akan menaikkan tahap kolesterol dalam darah (ini khusus kepada yang mengalami alergi, asma, dan kulit merah rashes).
4-Ikan
Ya…! Ikan juga mempunyai protein yang sangat tinggi, berkualiti, serta mempunyai kandungan asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk meningkatkan kupayaan tubuh untuk metabolisme lemak dengan cepat. Di dalam ikan terdapat lemak yang sihat sepertimana terdapat pada sayuran hijau, kekacang, minyak zaitun, dan avocado. Asalkan makanan ini tidak di masak bergoreng dan penih garam.
5-Oat dan Bijirin
Kalau dahulu masyarakat kita lebih biasa dengan coco crunch dan cornflakes, kini kita mulai terdedah dan biasa juga dengan oat dan juga bijiran lain yang mempunyai karbohidrat kompleks yang mudah dan sihat. Makanan seperti ini boleh membnatu pembakaran lemak. Selain itu roti gandum dan nasi perang juga merupakan antara sumber yang terbaik.
6-Buah-buahan dan sayuran
Selalu kalau kita makan berat mesti ada sedikit sayur dan akhirnya selepas makan kita makan buah. Kalau ikut sunnah ramai yang mengamalkan memakan buah sebelum makan makanan berat. Sebenarnya kedua-dua makan ini mempunyai nutrisi yang sungguh tinggi kandungan antioksidanya. Selain itu terdapat juga fiber untuk kita detoks kotoran dan juga lemak dengan efektif.
7-Yogurt Yunani
Haa…..Unik bukan…? Yoghurt Yunani adalah sebuah jenis yoghurt tradisional yang tebal, lembut dan sangat beraroma. Satu-satunya yang membezakan yoghurt “normal” dan yoghurt Yunani ialah yoghurt Yunani tidak menggunakan air yang banyak. Yogurt ini bermula dari sumber yang sama iaitu susu. Ianya mempunya protein dan juga karbohidrat yang tinggi. Perbandingan yogurt yunani dan yang biasa antaranya ialah dalam satu cawan yogurt yunani mempunyai lebih 20g protein dan 9g karbohidrat berbanding yogurt biasa.
Tak tahu yogurt yunani tu macam mana…? Google jer…..hehehe

Orait….harap perkongsian ni BEST untuk korang. Jangan lupe lak SHARE okay….! Biar ramai lagi boleh dapat tahu info-info macam ni…!

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHANPuasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Ianya wajib dilakukan oleh sem...
06/06/2016

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Ianya wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Terdapat banyak hikmah yang boleh kita dapat daripada berpuasa selain daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga. Berpuasa di bulan Ramadhan mempunyai kelebihan yang bagus untuk kesihatan kita.

Di sini terdapat beberapa kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan:

1. Menurunkan Berat Badan
Dengan berpuasa, anda dapat turunkan berat badan. Kenapa? Kerana anda hanya makan sewaktu berbuka dan bersahur. Malah, pengambilan jumlah makanan tidak sama dengan bulan selain Ramadhan. Semasa anda berbuka, jumlah makanan yang sedikit sudah memadai untuk memberikan rasa kenyang. Anda lebih memerlukan air ketika berpuasa.
2. Ubah Gaya Hidup
Bulan puasa adalah masa yang sesuai untuk mengubah tabiat buruk seperti merokok, makan berlebihan dan sebagainya. Ia adalah masa yang sesuai bagi perokok tegar untuk perlahan-lahan meninggalkan tabiat merokok yang tidak bagus untuk jantung individu tersebut malah mampu memberi penyakit kepada individu yang terhidu asap rokok.
3. Rehat yang Cukup
Badan juga perlukan rehat. Ini penting. Kehidupan sekarang yang segalanya memaksa kita sibuk dan tak hiraukan kesihatan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Gunakan bulan puasa sebaiknya untuk merehatkan badan dari aktiviti fizikal dan minda yang terlalu berat.
4. Ingatan Lebih Kuat
Ketika usus dan perut melakukan proses pencernaan, otak tidak mampu berfungsi dengan baik kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Ketika puasa tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Sebab itu otak akan berfungsi lebih baik dan sangat sesuai belajar ketika berpuasa.
5. Mengurangkan Segala Penyakit Perut
Perut adalah gudang bagi segala penyakit. Oleh itu, dengan berpuasa anda dapat merehatkan perut daripada bekerja untuk menghadamkan makanan di waktu siang. Anda juga akan lebih sihat dan terhindar daripada penyakit.
6. Membuang Segala Toksik
Ketika berpuasa, perut akan mengeluarkan segala bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan dari proses detoksifikasi. Banyak toksik yang kita dapat melalui pemakanan yang tidak seimbang. Jadi bulan puasa inilah masa yang sesuai untuk membuang toksik secara semula jadi.

SALAM RAMADHAN KAREEM :)

Address

Kampong Baharu Nilai
71800

Telephone

0132184748

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MSC STORE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share