Hidup Kekal Sihat

Hidup Kekal Sihat Hai. Jom sihat bersama-sama.

19/08/2022

Hai. Selamat Petang.

21/07/2022

Garam- musuh utama
Rokok - Racun utama

Pantang bermaksud suatu larangan atau tegahan, tidak boleh dilakukan dan perlu dielakkan.

1 dari 3 rakyat Malaysia mempunyai tekanan yang tinggi dari paras normal.

Boleh cuba amalkan amalan pantang ini selama beberapa minggu, memang terkejut doktor melihat bacaan tekanan darah anda menjadi lebih cantik!

Owh ya, ubat jangan lupa ya

18/07/2022

Pelbagaikan sumber protein anda kerana protein memainkan peranan yang penting dalam membantu membaiki semula tisu yang rosak, membantu dalam pembentukan sistem imuniti badan (antibodi) dan memberikan tenaga. Namun, kandungan protein dalam setiap makanan adalah berbeza-beza dan ianya tidak bergantung kepada harga makanan tersebut. Makanan seperti kekacang, tempe dan telur juga merupakan sumber protein yang BAIK untuk keperluan badan.

Walaupun harga setiap sumber protein berbeza-beza, tetapi nutrien di dalamnya adalah hampir sama.




06/07/2022

Ada yang gemar menikmati organ dalaman lembu dan haiwan
lain sebagai hidangan makanan namun ada juga yang berasa
tidak selesa dengan hidangan sedemikian. Organ dalaman
yang biasa dimakan adalah seperti hati, jantung, limpa, usus,
otak, dan telur ikan.

Tahukah anda bahawa pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat di dalam badan dan ianya perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik. Selain itu,
organ dalaman juga tinggi dengan kandungan purin yang
mampu meningkatkan kadar asid urik yang menjadi punca
utama serangan gout.

Bagi mereka yang s**a akan hidangan tersebut, penting untuk diingatkan bahawa pengambilannya perlulah dihadkan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu




16/06/2022

Penat. Terlalu penat. Rasa nak give up. Rehat dan cuti panjang pun masih tak hilang kepenatan ini. Esok dah la nak kerja. Adakah anda mengalami masalah sebegini?

03/06/2022

🚨Jaga kebersihan persekitaran untuk mencegah HFMD.

✔️ Bersihkan lantai, ruang mainan, tandas dan lain-lain ruang rumah dan premis menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin.

11/05/2022

Memang risau jika lihat bagaimana produk rokok elektronik jenis pakai buang (disposable) ini di pasarkan. Bersepah sepah di pasar ramadhan, kaunter kedai runcit pun ada letak sebelah gula gula. Seorang selebriti lelaki terkenal pun sedang “hard selling” mempromosikan rokok elektronik ni.

Musim perayaan ini, anak anak dapat duit raya. Setakat nak beli satu pod memang boleh sebab harganya sangat murah, mudah di sorok dan mudah di beli di kedai kedai.

Address

Ayer Keroh
Kampong Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hidup Kekal Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category