Info Untuk Sihat

Info Untuk Sihat Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

06/04/2021

Gelisah. Tekak rasa penuh dan s**ar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Ingatkan lepas makan nasi tadi akan hilang gejala ini. Malam ini kalau tak hilang juga mesti s**ar nak tidur malam.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Ini adalah gejala GERD(reflux asid perut). Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena. Yang s**a makan lewat malam pun sama.

Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik p**a kedai jauh dan dah tutup malam- malam ini. Macam mana nak cegah dan atasinya?

Ubahlah diet anda.

Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.

1) dada ayam - kalau boleh panggang

2) air putih - air gula tak bagus untuk GERD

3) Teh halia. Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD

4) Tembikai - buah yang kurang berasid dan penuh dengan air. Ini bagus untuk mengurangkan tahap asid di dalam perut. Jangan gatal makan oren. ☺️

5) nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.

6) oat- sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama

7) kentang - panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik

8. minyak zaitun. Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun

9) sayur salad. Sangat baik. Kurang angin.

Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. ☺️

05/04/2021

Posisi mencangkung sememangnya lebih baik untuk kesihatan namun ada alternatif yang dapat membantu pengguna tandas duduk. Letakkan kerusi pendek dan letakkan kaki seperti posisi mencangkung.

Jangan p**a duduk mencangkung di atas tandas duduk! Rosak penutup tandas dengan kesan tapak kaki.

02/04/2021

Jika anda sering alami masalah kembung & berangin ia merupakan antara tanda sistem penghandaman yang TIDAK SIHAT.

01/04/2021

Kebenaran untuk kuarantin di tempat kediaman dan pengecualian kuarantin di stesen kuarantin bagi pengembara yang tiba dari luar negara bergantung kepada penilaian risiko oleh KKM.

Sejak 1 Jan - 27 Mac 2021, hanya 409 daripada 2,743 permohonan diluluskan.

31/03/2021
30/03/2021

Pecahan kes baharu mengikut negeri, 29 Mac 2021.

29/03/2021

Terkejut melihat gambar perkahwinan baru baru ini yang bergambar mesra sehingga berpelukan. Nak kata duduk serumah memang tidak mungkinlah.

Itu adalah contoh bagaimana kes**aran untuk mengawal SOP semasa majlis sosial seperti perkahwinan.

Ingat, kita masih di tempoh pandemik... 🙏🏻

* jangan lupa mendaftar untuk vaksinasi.

27/03/2021

"Akibat tidak tekan luka, udara masuk ke dalam salur darah dan naik ke atas otak."

Seorang remaja telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Beliau hanya cedera dekat satu tempat sahaja, iaitu di bahagian leher.

Mangsa masih lagi sedar sewaktu itu. Beliau boleh bangun, berjalan, dan duduk di tepi bahu jalan.

Pendarahan masih berlaku, tapi tekanan tidak diberikan di luka tersebut. Beliau pengsan selang beberapa minit selepas duduk.

Luka tersebut sebenarnya agak dalam. Yang telah memotong bahagian salur darah vena. Sewaktu duduk, udara dari luar masuk ke dalam salur darah vena dan naik ke atas otak (secara berlawan arus) disebabkan udara lebih ringan berbanding darah.

Gambar yang ditunjukkan ini adalah sebahagian gambar otak yang menunjukkan gelembung udara di dalam salur darah. Ianya dipanggil embolisme udara. Ianya menyebabkan strok dan seterusnya menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Jika anda berhadapan dengan situasi ini, pastikan anda menekan bahagian luka tersebut. InsyaAllah dengan kaedah ini si mangsa boleh diselamatkan.

Kredit
Ashraf Ibrahim.

25/03/2021

Perbezaan antara kontak rapat
dengan kontak kasual.

23/03/2021

Pecahan kes baharu (1,116)

22/03/2021

Pecahan kes baharu (1,327)

18/03/2021

Pecahan kes baharu (1,219)

Selangor
100 kluster sedia ada
156 kluster baharu (Meranti Jaya, Subang Dua, Jalan Lada Suloh)
150 saringan kontak rapat
93 lain-lain saringan

Sarawak
32 kluster sedia ada
4 kluster baharu
142 saringan kontak rapat
47 lain-lain saringan

Johor
72 kluster sedia ada
41 kluster baharu (Jalan Hang Tuah, Kayu Gading, Andromeda)
37 saringan kontak rapat
19 lain-lain saringan

P.Pinang
31 saringan kontak rapat
38 lain-lain saringan

KL
5 kluster sedia ada
19 saringan kontak rapat
27 lain-lain saringan
3 import

N.Sembilan
9 kluster sedia ada
24 kluster baharu (Jalan Perdana, Tembok Muhasabah)
8 saringan kontak rapat
5 lain-lain sairngan

Perak
15 kluster sedia ada
12 saringan kontak rapat
9 lain-lain saringan

Sabah
2 kluster sedia ada
4 kluster baharu (Taman Ria Enam)
17 saringan kontak rapat
8 lain-lain saringan

Kedah
2 kluster sedia ada
18 saringan kontak rapat
6 lain-lain saringan

Melaka
16 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
1 lain-lain sairngan

Kelantan
6 kluster sedia ada
7 kluster baharu (Banggol Lepah dan Jalan Long Yunus)
3 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Terengganu
13 kluster sedia ada
2 lain-lain saringan

Putrajaya
5 saringan kontak rapat

Pahang
3 lain-lain saringan

Labuan
1 lain-lain saringan

Perlis
1 kluster sedia ada

Address

Kompleks Niaga Melaka Perdana, Ayer Keroh, Melaka
Kampong Ayer Keroh
75450

Telephone

+602315799

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Untuk Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category