Cergas Itu Nikmat

Cergas Itu Nikmat Page ini adalah bertujuan untuk memberi tips tips kepada masyarakat diluar sana untuk kekal sihat

08/01/2021
07/01/2021

Setakat 6 Januari 2021, jumlah kumulatif kes COVID-19 dunia menghampiri 87 juta berikutan pertambahan 748,062 kes baharu dilaporkan dalam 24 jam yang lepas. Jumlah kes kematian juga kini 1.88 juta kes iaitu peningkatan 15,435 kes.

Angka kes positif di Amerika Syarikat p**a telah melepasi 21 juta kes. Ini diikuti India, Brazil dan Rusia. Negara-negara yang mencatatkan kes melebihi 2 juta kes adalah UK, Perancis, Turki dan Itali. Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Aftrika Selatan, Ukraine dan Peru p**a merekodkan kes positif melebihi 1 juta kes. Botswana p**a negera terbaharu yang mencatatkan kes melebihi 15 ribu.

Di ASEAN, jumlah kes positif di Indonesia makin menghampiri 80 ribu kes diikuti Filipina dan Myanmar. Malaysia p**a kini di atas Honduras iaitu ke-71 dunia.

06/01/2021

Petugas kesihatan antara kump**an berisiko tinggi dijangkiti .

Jika ramai petugas kesihatan dijangkiti virus ini, perkhidmatan kesihatan akan terjejas.

Justeru, jika anda mengalami gejala sistem pernafasan, bersikap jujur dan maklumkan sejarah perjalanan anda.

05/01/2021

Jaga jarak sosial anda sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

05/01/2021

Setiap tahun kita berazam untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana kesihatan adalah adalah satu anugerah yang tidak ternilai.

Minggu pertama tahun 2021 ini, mulakan dengan gaya hidup sihat dan jadikan ia amalan setiap hari ini.

Jom sihat!

Sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

04/01/2021

Setakat 3 Januari 2021, angka kes positif COVID-19 dunia telah mencecah 85.02 juta kes dengan jumlah kematian sebanyak 1.84 juta kes. Namun, kadar kematian akibat COVID-19 terus menurun kepada 2.16%.

Amerika Syarikat terus kekal menjadi negara paling teruk terjejas akibat COVID-19 dengan jumlah kes baharu menghampiri 21 juta kes. UK p**a terus mencatatkan pertambahan kes harian yang tinggi hari ini iaitu 57,724 kes disebabkan oleh varian baru yang pantas merebak. Algeria merupakan negara terbaharu yang merekodkan jumlah kes baharu melebih 100 ribu kes.

Malaysia p**a terus mencatatkan perkembangan yang baik di tahun 2021 dengan bilangan kes sembuh melebihi kes baharu untuk hari ketiga berturut-turut. Teruskan berdoa dan sama-sama kita terus patuh pada SOP. Kita pasti menang!

31/12/2020

Sehingga 30 Disember 2020, jumlah kumulatif kes positif -19 kini melepasi 82 juta kes iaitu pertambahan sebanyak lebih 650 ribu kes. Begitu juga angka korban akibat -19 yang lebih tinggi berbanding semalam dengan pertambahan 15,482 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1.78 juta kes.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara yang paling teruk terjejas dengan jumlah kes positif -19 sebanyak 19.78 juta kes. Ini diikuti India, Brazil dan Rusia. Itali, Turki, UK dan Perancis p**a mencatatkan kes positif melebihi 2 juta kes. Peru, Afrika Selatan, Ukraine, Iran, Poland, Mexico, Argentina, Columbia, Jerman dan Sepanyol p**a melaporkan lebih 1 juta kes positif.

Di kalangan negara ASEAN, Indonesia merekodkan kes baharu positif tertinggi harian.

Malaysia p**a kini berada di kedudukan ke-73 di atas Bosnia Herzegovina.

28/12/2020

Kebaikan sayur brokoli kepada kesihatan.

Amalkan makan sayur setiap hari (3 hidangan setiap hari) kerana sayur mempunyai khasiat semulajadi yang diperlukan badan kita.





Infografik WebMD

Address

Kompleks Niaga Melaka Perdana, Ayer Keroh, Melaka
Kampong Ayer Keroh
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cergas Itu Nikmat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category