Sihat Bertenaga

Sihat Bertenaga Halaman ini bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak info kepada masyarakat

07/05/2021

Inilah punca menyebabkan kes jangkitan kita sukar untuk surut, terlalu ambil mudah pasal SOP di tempat kerja.

Kita masih dalam tempoh pandemik, mohon patuh SOP di tempat kerja

Cc
Ministry of International Trade and Industry, Malaysia

06/05/2021
03/05/2021

Pecahan kes baharu tempatan mengikut kategori, 2 Mei 2021. Saringan kontak rapat masih mendominasi kes baharu hari ini dengan 1,930 kes atau 57%.


30/04/2021

Kadar insiden kes di Malaysia bagi setiap 100,000 penduduk mengikut kump**an umur dari 1hb Januari hingga 27hb April 2021. Golongan berumur 20-39 tahun iaitu mereka yang aktif keluar bersosial dan bekerja merupakan golongan yang paling banyak dijangkiti.

29/04/2021

Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam daripada warga kerja KKM.

Semoga kita dapat melipat gandakan lagi ibadat kita pada bulan yang mulia ini dengan membaca kitab al-quran.

24/04/2021

Hampir 229 juta manusia dijangkiti Malaria setiap tahun di seluruh dunia.

Dan daripada jumlah itu, lebih 400,000 kematian dilaporkan setiap tahun.

Jom ambil tahu mengenai trivia kedua yang disediakan dalam infografik seperti berikut.

24/04/2021

Sila perhatikan peralatan memasak anda di rumah. Sekiranya ada peralatan yang telah rosak, terlalu lama dan sudah mula ada tanda tanda kerosakan , sila tukarkan kepada peralatan yang lebih selamat.
Seorang kanak kanak lelaki dikejarkan ke jabatan kecemasan setelah meraung raung di rumah kerana kesakitan di tekak.

Kejadian tersebut berlaku secara tiba tiba semasa sekeluarga sedang makan. Pemeriksaan mendapati terdapat serpihan kayu yang tertusuk di rongga tekak kanak kanak malang tersebut.

Kes di rujuk kepada doktor ENT untuk tindakan segera. Serpihan selumbar kayu yang berukuran hampir 11 milimeter berjaya dikeluarkan.

Rupa rupanya ia adalah serpihan sudip kayu yang digunakan di dapur yang telah mencemari makanan. Kanak kanak lebih berisiko kerana mereka tidak mahir merasa bendasing dalam makanan.

⚠️ Elakkan menggunakan peralatan memasak yang telah rosak
⚠️ Pilih peralatan yang berkualiti. Jangan terlalu murah
⚠️ Utamakan keselamatan makanan

23/04/2021

"Bulan puasa kali ini cukup mencabar. Jam baru 11 pagi. Perut terasa sangat pedih. Kadangkala, terasa asid tiba-tiba naik ke tekak. Tekak p**a terasa pedih."

Anda alami perkara ini? Anda mungkin ada penyakit gastrik dan gerd.

Dalam Islam, memang Rasulullah sudah mengajar cara nak mengelaknya. Sains membuktikan, teknik ini boleh membantu kita menghadapi gastrik sewaktu ramadhan. Kami ringkaskan tips ini dalam bentuk infografik. Semoga berkesan untuk anda.

P/s. Jika gejala berlarutan dan semakin teruk, pastikan anda berjumpa doktor tau.

Address

Kampong Ayer Keroh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sihat Bertenaga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sihat Bertenaga:

Share

Category