Lian Padukan G. Kajang, Selangor, Malaysia

Lian Padukan G. Kajang, Selangor, Malaysia "Lian Padukan merupakan sejenis buah pukul yang tiada unsur bunga." Guru semasa gelanggang ini ialah Cikgu Rizal atas kesinambungan pimpinan dari Cikgu Amy.

Secara ringkasnya, cara permainan ini cukup praktikal bagi menghadapi situasi diserang musuh. Ia juga bergantung kepada fikiran dan tindakan pemakai (individu) sekiranya dalam situasi sebenar. "No pain no gain." p/s: Kalau ada pembetulan sila maklumkan ya :) terima kasih.


___SECANGKIR CERITA LIAN PADUKAN___

Lian Padukan adalah sejenis seni beladiri yang berasal dari Yunan, China. Maka, ianya bu

kanlah seratus peratus silat Melayu. Ia dibawa ke Singapura oleh seorang pedagang Arab dari Yunan bernama Syed Abdul Rahman Yunani pada kurun ke-18. Beliau berketurunan Saidina Semaun Al-Radzi, pengasas sebenar aliran Buah Pukul yang kini masyhur di selatan Semenanjung Malaysia. Dalam sejarah, tercatat satu insiden di pelabuhan Singapura di mana Syed Abdul Rahman bertempur dengan 8 orang penarik lanca akibat perselisihan faham. Akhirnya, Syed Abdul Rahman dengan mudahnya mengalahkan mereka. Berita itu sampai ke pengetahuan istana Johor ketika itu, lalu pengawal peribadi baginda Datuk Awang bin Ali (Awang Daik) menyiasat kehebatan Syed Abdul Rahman. Menurut firasat Awang Daik pula, beliau tidak mampu menewaskan Syed Abdul Rahman berseorangan, lalu beliau meminta sahabatnya, Pak Long Muhammad Yasin Yunus yang merupakan Ketua Polis Muar ketika itu untuk bersama-sama menguji kehebatan Syed Abdul Rahman. Ketika kedua-duanya bertemu dengan pedagang Arab itu, dan setelah berkali-kali diumpan menunjukkan kebolehannya, akhirnya Syed Abdul Rahman terpaksa bertempur dengan mereka dan kedua-duanya Awang Daik dan Pak Long tewas di tangan Syed Abdul Rahman. Untuk menebus kekalahan mereka, kedua-dua pendekar Johor itu berguru dengan Syed Abdul Rahman Yunani. Ketika itu, Stamford Raffles tidak membenarkan apa jua seni beladiri dipelajari di Singapura, maka Syed Abdul Rahman dijemput mengajar di Mersing, Johor, di mana Awang Daik merupakan Pesuruhjaya Tinggi daerah itu. Mulai saat itulah, kaedah beladiri itu dikenali sebagai Buah Pukul Mersing, di mana banyak dari golongan kerabat diraja, bangsawan dan pendekar yang turut sama menuntut. Antara orang yang mempelajari seni ini adalah Isa Sulaiman dan Yaakob Tera dan dikembangkan lagi kepada Pak Teh Muhammad Yasin bin Kubong, seorang anak watan Mersing. Kemudian, seni ini diperturunkan kepada Abdul Rahman bin Awang Chik (Cu Aman) yang mewariskannya kepada Mohamed bin Chik (Pak Mat Kedidi).

22/09/2023
15/09/2023

32.7K likes, 798 comments. “Anda Berani ?🎙🎶 !!! Korang berani tak nak cuba ?? Jom lawan dengan Hoondoo 😎😎”

08/09/2023

13K likes, 506 comments. “MAJLIS ERATKAN TAUTAN BERSAMA ANAK ANAK KEDAH DI MESIR #”

03/09/2023

5647 likes, 369 comments. Check out Atokchini's video.

16/08/2023

20.4K likes, 2016 comments. “ ”

15/08/2023

8309 likes, 615 comments. Check out pejuang WALAUN's video.

24/07/2023

3942 likes, 142 comments. “CREDIT TO YOUTUBE: AL-KAHFI PRODUCTION”

23/07/2023

53.3K likes, 439 comments. “[Part 1] Teknologi dulu lebih maju dari kita”

23/07/2023

88K likes, 1270 comments. “[Part 2] Teknologi zaman Nabi Nuh”

Pandai cakap Tamil..hebat
22/07/2023

Pandai cakap Tamil..hebat

8534 likes, 272 comments. “We have two Radio Announcers from China Radio Station (Tamil Channel) in studio onboard with in”

20/07/2023

10.3K likes, 1372 comments. “Suku suku melayu di malaysia yang tanpa korang sedar mereka pun melayu juga. Suku suku dalam video komenlah tanda hadir!”

20/07/2023

3224 likes, 259 comments. “ ”

Address

Taman Pangsapuri Prima Cempaka
Kajang

Opening Hours

21:00 - 23:00

Telephone

+60172987268

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lian Padukan G. Kajang, Selangor, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lian Padukan G. Kajang, Selangor, Malaysia:

Share