Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UNITEN - OFFICIAL.

Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UNITEN - OFFICIAL. pssgmuniten

HEY UNITENIANS! Semester baru dah bermula, dan sekarang masa terbaik untuk join sesuatu yang bukan saja fun tapi juga be...
18/09/2025

HEY UNITENIANS!
Semester baru dah bermula, dan sekarang masa terbaik untuk join sesuatu yang bukan saja fun tapi juga bermanfaat.

Silat Gayong UNITEN kini membuka New Intake Semester 1, 2025/2026!

Apa yang menanti?
✨ Seni bela diri warisan bangsa
✨ Latihan untuk ketahanan fizikal & mental
✨ Aktiviti & event menarik sepanjang semester
✨ Komuniti yang supportive dan mesra

Tak kira berpengalaman atau beginner, semua dialu-alukan.
📲 Imbas QR code pada poster untuk mendaftar.

Mari bersama-sama membina semangat, disiplin dan kekuatan di gelanggang pssgm UNITEN. 💥

HEY UNITENIANS! Semester baru dah bermula, dan sekarang masa terbaik untuk join sesuatu yang bukan saja fun tapi juga be...
18/09/2025

HEY UNITENIANS!
Semester baru dah bermula, dan sekarang masa terbaik untuk join sesuatu yang bukan saja fun tapi juga bermanfaat.

Silat Gayong UNITEN kini membuka New Intake Semester 1, 2025/2026!

Apa yang menanti?
✨ Seni bela diri warisan bangsa
✨ Latihan untuk ketahanan fizikal & mental
✨ Aktiviti & event menarik sepanjang semester
✨ Komuniti yang supportive dan mesra

Tak kira berpengalaman atau beginner, semua dialu-alukan.
📲 Imbas QR code pada poster untuk mendaftar.

Mari bersama-sama membina semangat, disiplin dan kekuatan di gelanggang pssgm UNITEN. 💥

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih diberi peluang menyambut 31 Ogos sebagai tanda keramat lahi...
31/08/2025

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih diberi peluang menyambut 31 Ogos sebagai tanda keramat lahirnya sebuah negara merdeka. Kemerdekaan ini adalah amanah, hasil daripada perjuangan dan pengorbanan para pejuang bangsa yang berlandaskan semangat cinta tanah air dan keyakinan kepada Allah SWT. Sebagai anak muda dan generasi penerus, marilah kita menjaga kemerdekaan ini dengan menegakkan ukhuwah, mempertahankan nilai-nilai Islam, serta terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga Malaysia sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah, menuju Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur. Dari kami, Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UNITEN (PSSGM UNITEN), Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-68.

🔥 MAJLIS PENYAMPAIAN BENGKUNG BATCH SEM 1 24/25 💪🏻Alhamdulillah telah selesai pada 29 April lalu, sesi penyampaian bengk...
03/05/2025

🔥 MAJLIS PENYAMPAIAN BENGKUNG BATCH SEM 1 24/25 💪🏻

Alhamdulillah telah selesai pada 29 April lalu, sesi penyampaian bengkung bagi ahli yang berjaya mara ke peringkat seterusnya pada semester yang lalu. Berikut merupakan bilangan ahli yang naik ke peringkat bengkung masing-masing:

Pelangi Hijau ke Merah Kosong - 7 pesilat (3 lelaki, 4 perempuan)
Awan Putih ke Pelangi Hijau - 4 pesilat lelaki
Hitam Kosong ke Awan Putih - 8 pesilat (6 lelaki, 2 perempuan)

Tahniah buat semua penerima! Semoga dengan kenaikan ini menjadi pembakar semangat di samping menyedarkan kita untuk lebih menghargai dan memelihara mutiara ilmu yang diberi!💪🏻

Alhamdulillah, bermula dengan Karnival Raya PLKU yang penuh semangat dan keceriaan, kami teruskan ke Open House Cg Aqtar...
02/05/2025

Alhamdulillah, bermula dengan Karnival Raya PLKU yang penuh semangat dan keceriaan, kami teruskan ke Open House Cg Aqtar untuk lebih meriah lagi! Dua acara, satu hari, penuh dengan ukhuwah dan kenangan indah. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyemarakkan suasana.

Semoga ikatan silaturrahim terus terjalin dan diberkati Allah SWT.

Salam Aidilfitri 1446H! 🌙✨ Raya bukan sekadar perayaan, tapi juga tanda kemenangan dalam menundukkan hawa nafsu. Rasulul...
30/03/2025

Salam Aidilfitri 1446H! 🌙✨ Raya bukan sekadar perayaan, tapi juga tanda kemenangan dalam menundukkan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari raya, dan hari raya kita adalah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha." (HR Bukhari & Muslim)

Di hari yang mulia ini, marilah kita raikan dengan penuh kesyukuran, mengeratkan silaturahim, dan memohon kemaafan sesama kita. Maaf zahir dan batin! 🤲💛

"Nuzul Al-Quran: Cahaya dan Kekuatan"Hari ini kita memperingati Nuzul Al-Quran, kitab yang jadi panduan hidup dan sumber...
18/03/2025

"Nuzul Al-Quran: Cahaya dan Kekuatan"

Hari ini kita memperingati Nuzul Al-Quran, kitab yang jadi panduan hidup dan sumber kekuatan umat Islam. Dalam silat, Al-Quran mengajar kita tentang keberanian, disiplin, dan keadilan.Nilai yang penting dalam setiap gerak dan langkah.

Semoga kita terus berpegang pada ajaran-Nya, bukan sekadar di medan silat, tapi dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah,Syukur keHadrat Illahi pada 22 Februari 2025 yang terlaksana mandi minyak yang bertempat di PLKU Kajang Ut...
01/03/2025

Alhamdulillah,Syukur keHadrat Illahi pada 22 Februari 2025 yang terlaksana mandi minyak yang bertempat di PLKU Kajang Utama,diketuai oleh Cikgu Akhtar.

Mandi minyak bertujuan untuk pengubatan dan menyihatkan badan. Semoga dengan ini para pesilat semakin bersemangat serta dengan izinNya latihan silat berjalan lancar .

Alhamdulillah,Syukur keHadrat Ilahi pada 22 Februari 2025 telah terlaksana mandi minyak yang bertempat di PLKU Kajang Ut...
01/03/2025

Alhamdulillah,Syukur keHadrat Ilahi pada 22 Februari 2025 telah terlaksana mandi minyak yang bertempat di PLKU Kajang Utama,diketuai oleh Cikgu Akhtar.

Mandi minyak bertujuan untuk pengubatan dan menyihatkan badan. Semoga dengan ini para pesilat semakin bersemangat serta dengan izinNya latihan silat berjalan lancar .

ATTENTION❗✨ Mohon maaf atas segala kesulitan! Disebabkan masalah teknikal yang tidak dijangka, kami tidak dapat menjalan...
27/02/2025

ATTENTION❗

✨ Mohon maaf atas segala kesulitan! Disebabkan masalah teknikal yang tidak dijangka, kami tidak dapat menjalankan jualan secara langsung seperti yang dirancang. Namun, jangan risau! Kami secara rasmi membuka PREORDER sekarang! ⚡️💫

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda—stay tuned untuk info lanjut! 💖 "

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Wednesday 17:00 - 23:00
Thursday 21:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 11:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UNITEN - OFFICIAL. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia UNITEN - OFFICIAL.:

Share