10/02/2018
Menghilangkan lemak adakalanya mudah dan adakalanyan susah. Kena banyak bersabar, latih diri dan tabah untuk mendapatkan hasil. Kadang-kadang kita terbuat sesuatu yang menyebabkan matlamat untuk kurus menjadi susah. Dan kita tak tahu pun yang kita sedang melakukan kesilapan tersebut! Ayuh baca dan periksa jika anda sedang melakukan kesilapan-kesilapan ini.
ADAKAH ANDA SEDANG MELAKUKAN KESILAPAN-KESILAPAN INI?
Jika kadar kehilangan lemak badan anda masih tidak memberangsangkan, anda mungkin sedang melakukan kesilapan-kesilapan berikut:
1. Makan terlalu banyak: Duhhh… Ini memang jelas, kan? Tapi inilah yang selalunya terjadi. Bila ditanya tentang nutrisi makanan seharian, ramai akan menjawab ‘Saya makan secara sihat’, tapi mereka tidak menyukat jumlah kalori yang mereka makan. Anda mesti berada dalam zon defisit kalori untuk menghilangkan lemak. Jadi, makan secara sihat dengan kadar yang banyak tidak akan membantu anda langsung. Jadi s**atlah kalori harian anda bermula dari sekarang.
2. Mendapatkan kalori dengan cara yang salah: Applikasi dalam fon anda akan menyukat kalori anda dengan senang. Tapi ia tidak bermakna nilai kalori yang tertera di fon anda itu betul. Hmmm… Applikasi dalam fon secara umumnya tidak tepat. Nilai kalori dalam applikasi tersebut mungkin jauh lebih tinggi daripada nilai kalori yang anda sedang gunakan. Jangan kira kalori yang anda sedang gunakan supaya anda boleh ‘topup’ dengan makanan nanti. Tapi, lakukanlah sebaliknya…s**at kalori daripada pemakanan seharian. Makanlah apa yang anda s**a tapi jangan berlebihan.
3. Bergantung kepada penyelesaian segera: Pernah dengar tentang skim cepat kaya? Hey, itu analogi sahaja. Jangan marah ye. Tidak ada penyelesaian segera di atas dunia ni. Tiada jalan pintas dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Syarikat yang menjual produk-produk mahu anda rasa ada jalan pintas, tapi simpan duit anda. Mengarut je semua tu. Belanjakan pada makanan-makanan yang sihat. Kerja keras dan amalan konsisten ialah jawapan kepada jalan pintas anda.
4. Terlalu fokus kepada senaman kardio: Betul. Senaman kardio sangat sempoi dan merupakan senaman yang selalu dilakukan dalam program menguruskan badan. Tapi, jangan jadikan senaman kardio fokus yang utama. Senaman kardia tidak akan membantu membina otot seperti senaman kekutana (strength training). Bersenam untuk membina otot akan membolehkan tubuh anda membakar kalori dengan lebih cepat. Jadi, buatlah senaman kardio dan otot.
5. Protein tidak mencukupi: Protein merupakan raja segala-segalanya (maksud saya, ketika menguruskan badan) - Ia akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangka masa yang panjang, membakar kalori dengan lebih cepat, dan ia amat enting untuk membina otot.
6. Kurang sabar: Menguruskan badan memakan masa. Susah untuk melihat perubahan dalam masa yang singkat. Tapi, cubalah lihat perkembangan penurunan berat badan dengan cara yang lebih baik. Lihatlah bagaimana baju dan seluar anda sekarang yang semakin longgar, ukur lilit pinggang anda dan bandingkan gambar anda sekarang dengan gambar sebelum anda melakukan perubahan atas diri sendiri.
Soalan? Tulis sahaja di ruangan komen. Sila ‘share’ apa yang saya sampaikan.