09/05/2026
🌹 SEMINAR KEIBUBAPAAN 2026 🌹
Alhamdulillah, telah berlangsungnya Seminar Keibubapaan anjuran SRI ABIM Unit Kajang dengan tajuk:
📚 “Ibu Bapa Hebat, Anak Berakhlak”
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan penglibatan ibu bapa amat penting dalam membentuk anak-anak yang cemerlang dari segi akhlak, adab dan ilmu. 🌷
Antara perkongsian yang sangat memberi kesan daripada penceramah hari ini:
✨ “Ada 3 waktu jangan menasihati anak:”
1️⃣ Ketika anak lapar
2️⃣ Ketika anak mengantuk atau penat
3️⃣ Ketika anak sakit
Kerana pada waktu-waktu ini, emosi dan keadaan anak tidak stabil untuk menerima teguran dengan baik. Didiklah anak dengan hikmah, kelembutan dan kasih sayang 🤍
Semoga segala ilmu yang dikongsikan hari ini menjadi manfaat buat semua ibu bapa dalam membina keluarga yang penuh sakinah dan melahirkan generasi soleh solehah yang berakhlak mulia.
Terima kasih juga kepada penceramah atas pengisian yang penuh inspirasi dan menyentuh hati 🌸