25/08/2025
Pasukan bola sepak bekas pelajar tahun 2008 SMS Alam Shah (ASIS) muncul sebagai juara keseluruhan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 'Merdeka Cup 2025 SBP Class Of 2008' selepas berjaya menumpaskan pasukan ASTI BBFC (SMS Teluk Intan) dengan skor akhir 0-2.
Kedua-dua pasukan beraksi dengan cukup cemerlang dalam perlawanan akhir tersebut namun ASIS mempunyai kelebihan yang tersendiri, menyaksikan pemain lincah mereka, Hakeem Badri menjadi during dalam daging buat pasukan lawan, sekaligus dinobat sebagai 'Most Valuable Player' (MVP) kejohanan. Motivasi kemenangan 1-0 yang dimiliki ASTI BBFC ke atas ASIS dalam perlawanan peringkat kump**an gagal digunakan dalam perlawanan akhir, memaksa mereka hanya berpuas hati dengan tempat kedua.
Perjalanan ASIS Sepanjang Kejohanan
🟡Kump**an C🟡
✔️VS STJ (3-1)
❌VS ASTI BBFC (0-1)
✔️VS ASAS 0408 FC (1-0)
🟡Suku Akhir Cup🟡
✔️VS PPC FT (3-1)
🟡Separuh Akhir Cup🟡
✔️VS SDAR (2-0)
🟡Akhir Cup🟡
✔️VS ASTI BBFC (2-0)
Pasukan tuan rumah dan juga penganjur, East Wing SC (MCKK) yang menjuarai kejohanan edisi pertama beberapa tahun yang lalu p**a tersungkur di pentas suku akhir kepada ASTI BBFC melalui penentuan sepakan penalti, walaupun telah merekodkan keputusan cemerlang dengan 2 kemenangan dan 1 seri dalam saingan awal peringkat kump**an.
🏆Keputusan Penuh🏆
✓Kategori Cup✓
1. ASIS (SMS ALAM SHAH)
2. ASTI BBFC (SMS TELUK INTAN)
3. SDAR (SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK)
4. LEGENDZ FC (SBPI BATU RAKIT)
✓Kategori Plate✓
1. ASHURA CHRONICLES (SMS HULU SELANGOR)
2. FARISIAN 0408 FC (SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA)
3. X SABER FC (SBPI SABAK BERNAM)
4. ASAS 0408 FC (SEKOLAH ALAM SHAH)
Kejohanan ini pada awalnya dimulakan dengan kejohanan 4 penjuru (MCKK, SEMASHUR, SDAR, SAS), sebelum dijenamakan dan disusun semula dengan penambahan pasukan lain yang kini disertai oleh 15 pasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ditahun 2008.
Menurut Pengarah Kejohanan Taufik Jamain, beliau sangat gembira dengan kejayaan penganjuran ini walaupun persiapan yang dilakukan mengambil masa yang cukup singkat.
"Kami gembira dan berbangga kerana berjaya menganjurkan kejohanan yang boleh dikatakan agak besar untuk pelajar SBP tahun 2008 ini. Namun masih ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian untuk penambahbaikan bagi kejohanan edisi akan datang, insyaallah. Walaupun sedikit kecewa dengan kekalahan pasukan kami di peringkat suku akhir, namun semua objektif kejohanan berjaya dicapai," ujarnya dalam sidang media ringkas selepas penyampaian hadiah kejohanan.
Sementara itu, pasukan Ashura Chronicles (SEMASHUR) dinobat sebagai juara kategori 'Plate' selepas berjaya menewaskan pasukan Farisian 0408 FC (SMS Tengku Muhammad Faris Petra) dengan skor akhir 1-0.