SK NANGA KEDUP, JULAU.

SK NANGA KEDUP, JULAU. MEMAPARKAN PERKONGSIAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN DAN DISERTAI OLEH WARGA SEKOLAH.

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 โœจ๐ŸŒ™Ikhlas daripada warga staf SK Nanga Kedup.Semoga Aidiladha kali ini membaw...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 โœจ๐ŸŒ™

Ikhlas daripada warga staf SK Nanga Kedup.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim sesama kita. ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„

Salam Aidiladha daripada kami semua! ๐Ÿ’š

Selamat bercuti murid-murid! Pssss! Cuti-cuti juga.. kerja rumah yang dibekalkan jangan lupa diselesaikan sebelum habis ...
22/05/2026

Selamat bercuti murid-murid! Pssss! Cuti-cuti juga.. kerja rumah yang dibekalkan jangan lupa diselesaikan sebelum habis cuti ya!

Pesanan kepada ibu bapa, pantaulah aktiviti dan kerja rumah anak-anak di rumah. Kami guru pass baton seketika. ๐Ÿคญ

๐ŸŽ“โœจ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga pendidik SK Nanga Kedup yang berjaya menamatkan serta memperoleh peng...
22/05/2026

๐ŸŽ“โœจ Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga pendidik SK Nanga Kedup yang berjaya menamatkan serta memperoleh pengiktirafan Google Certified Educator (GCE) Level 1 & Level 2 serta Gemini Certified Educator.

Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi warga sekolah dalam memperkasa pendidikan digital, menguasai teknologi masa kini, dan membudayakan inovasi dalam PdP demi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan yang lebih kreatif, dinamik dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke-21.

๐ŸŒŸ โ€œPendidik Berinovasi, Pendidikan Berkualiti.โ€
๐Ÿš€ โ€œMelangkah Digital, Memperkasa Generasi.โ€

Tahniah diucapkan kepada adik Clynson Mangka Anak Rolland Lanying di atas kejayaan yang cemerlang dalam acara Lompat Tin...
20/05/2026

Tahniah diucapkan kepada adik Clynson Mangka Anak Rolland Lanying di atas kejayaan yang cemerlang dalam acara Lompat Tinggi L11TKB sempena Kejohanan Olahraga MSSD Julau! Lompatan cemerlang adik Clynson telah membolehkan beliau untuk menggenggam pingat Emas dan ini merupakan sejarah tercipta untuk sekolah apabila buat julung kalinya mendapat pingat Emas untuk acara ini dalam olahraga!

Sekalung tahniah buat jurulatih Cikgu Mason, Cikgu Syevester, Cikgu Ben dan Cikgu Abang Mohd Ali di atas penat lelah dalam melahirkan murid yang berdaya saing!

Selamat maju jaya untuk adik Clynson dalam mewakili Daerah Julau ke MSSB Sarikei pada bulan Jun nanti! Semoga ada kejayaan lagi yang ditempa!

Guru Bitara Nadi NegaraSekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Mason Maur di atas pencalonan sebagai penerima Anugerah K...
15/05/2026

Guru Bitara Nadi Negara

Sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Mason Maur di atas pencalonan sebagai penerima Anugerah Khas Pendidikan: Guru Gigih Pedalaman sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2026.

Guru ini telah dicalonkan oleh PPD Julau untuk mewakili daerah Julau di Peringkat Negeri Sarawak. Setelah melalui proses tapisan dan penilaian, Cikgu Mason telah berjaya mengenepikan saingan guru pedalaman lain dalam negeri Sarawak yang turut menghantar pencalonan untuk Kategori Guru Gigih Pedalaman.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah memilih dan mencalonkan guru ini untuk berentap bersama dengan 13 orang guru dari seluruh Malaysia untuk merebut Anugerah Guru Gigih Pedalaman sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan! Apa pun, warga sekolah berasa bangga dan menghargai segala usaha cikgu ini dalam mengharumkan nama PPD, Sekolah dan juga Negeri Sarawak! Walaupun tidak menang di Peringkat Kebangsaan, cikgu Mason tetap menang di mata kami! Ongsoi cikgu!

Selamat Hari Guru!

๐Ÿ“Œ Pertandingan Bintang Irama Malaysia (Duo)๐Ÿ“SK Nanga Entabai, Julau.๐Ÿ—“๏ธ 06.05.2026Pencapaian:Tempat Ke-4 DuoTahniah diuca...
06/05/2026

๐Ÿ“Œ Pertandingan Bintang Irama Malaysia (Duo)
๐Ÿ“SK Nanga Entabai, Julau.
๐Ÿ—“๏ธ 06.05.2026

Pencapaian:
Tempat Ke-4 Duo

Tahniah diucapkan kepada adik Qashmilla Jelendang Anak Jornes Kevin dan adik Addriela Sulai Ardi di atas pencapaian yang begitu membanggakan! Terima kasih juga turut diucapkan kepada dua orang guru pembimbing, Cikgu Syevester dan Cikgu Mason di atas curahan tenaga dan bimbingan kepada artis cilik sekolah kita! Tahun depan kita buat lagi hebat okay?!

๐Ÿ“Œ Pertandingan Bintang Irama Malaysia (Solo P & L)๐Ÿ“SK Nanga Entabai, Julau.๐Ÿ—“๏ธ 05.05.2026Pencapaian:Tempat Ke-5 Solo Lela...
05/05/2026

๐Ÿ“Œ Pertandingan Bintang Irama Malaysia (Solo P & L)
๐Ÿ“SK Nanga Entabai, Julau.
๐Ÿ—“๏ธ 05.05.2026

Pencapaian:
Tempat Ke-5 Solo Lelaki
Penyertaan Solo Perempuan
Anugerah Busana Terbaik Kategori Lelaki

Tahniah diucapkan kepada adik Clynson Mangka Anak Rolland Lanying di atas pencapaian yang begitu membanggakan! Tahniah juga diucapkan kepada adik Christina Maria anak Gregory Jatan di atas keberanian untuk berdiri di atas pentas untuk menyampaikan lagu beliau. Terima kasih juga turut diucapkan kepada dua orang guru pembimbing, Cikgu Syevester dan Cikgu Mason di atas curahan tenaga dan bimbingan kepada artis cilik sekolah kita!

Tahniah Adik Xavier Marceil Das dari Kelas Tahun 4 atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bicara Buku P...
05/05/2026

Tahniah Adik Xavier Marceil Das dari Kelas Tahun 4 atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Bicara Buku Peringkat Daerah Julau. Sekalung tahniah juga buat guru pembimbing adik Xavier, Cikgu Suraya dengan dibantu oleh Cikgu Ben Paukin. Semoga Kedup terus cemerlang!

๐Ÿ“Œ Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan          2026๐Ÿ“Wilayah Persekutuan Labuan๐Ÿ—“๏ธ 23 April - 26 April 2026Pencap...
26/04/2026

๐Ÿ“Œ Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan
2026
๐Ÿ“Wilayah Persekutuan Labuan
๐Ÿ—“๏ธ 23 April - 26 April 2026

Pencapaian:
Gabriel Edel
Pingat Gangsa (Ke-3/80) Lelaki 12TKB

Michael Raphael
Penyertaan (Ke-43/80) Lelaki 12TKB

Syukur! Atlet SK Ng Kedup tidak pulang dengan tangan kosong! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua pelajar atas usaha gigih dan larian yang cemerlang semasa kejohanan. Kejayaan ini pastinya tidak hadir dengan mudah tanpa pengorbanan masa, tenaga dan usaha.

Sekalung terima kasih turut diucapkan kepada jurulatih mereka iaitu Cikgu Mason dan Cikgu Syevester atas pengorbanan masa, tenaga dan wang dalam memastikan kemenjadian murid pada tahap yang cemerlang. Tanpa kalian berdua cikgu, ianya pasti tidak akan lahir atlet yang hebat. Atlet hebat lahirnya daripada jurulatih yang hebat! Tahniah diucapkan!

Akhir sekali, ucapan terima kasih turut diberikan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa murid di atas sokongan dan dorongan yang diberikan!

Good luck esok! Peluh hari ini, kemenangan esok! ๐Ÿ’ฏBuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Teruskan berjua...
24/04/2026

Good luck esok!

Peluh hari ini, kemenangan esok! ๐Ÿ’ฏ
Buktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Teruskan berjuang hingga ke garisan penamat! ๐Ÿ”ฅ

Atlet
1. Gabriel Edel
2. Michael Raphael

Jurulatih
1. Cikgu Mason
2. Cikgu Syevester

Address

D/A PPD JULAU
Julau
96600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK NANGA KEDUP, JULAU. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share