20/08/2026
Abdul Salim bin Hussin
Salah seorang penggiat/tokoh kriket yang disegani di kalangan komuniti kriket Malaysia telah meninggal dunia pada petang 20 Ogos 2026.
Di negeri Johor, beliau dikenang sebagai bekas jurulatih di Pusat Pembangunan Kriket Melayu Malaysia di SK Parit Jawa, Muar selama beberapa tahun.
Sebelum itu beliau terkenal sebagai penggiat pembangunan kriket di negeri Pahang, terutamanya di SMK Seri Pekan, Pahang.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah, terlalu banyak usaha dan jasa yang beliau telah tinggalkan dalam pembangunan kriket peringkat akar umbi.