Empayar Bolasepak Harimau Selatan - Johor

Empayar Bolasepak Harimau Selatan - Johor Empayar Bolasepak Harimau Selatan - Johor United & Johor Darul Takzim FC
Menghimpunkan Penyokong, M

GAMBAR-GAMBAR PENYOKONG BERSAMA PEMAIN JDT SELEPAS TAMAT LATIHAN DI PADANG SERI GELAM PADA 10/12/2013.
10/12/2013

GAMBAR-GAMBAR PENYOKONG BERSAMA PEMAIN JDT SELEPAS TAMAT LATIHAN DI PADANG SERI GELAM PADA 10/12/2013.

29/11/2013

Piala FA 2014 - Round 1

Bye : JDT I
1 ) T Team lawan UiTM FC
2 ) Kuala Lumpur lawan Kedah
3 ) Melaka United lawan Perlis
4 ) PBAPP FC lawan Cebagoo FC
5 ) PDRM lawan SPA Putrajaya
6 ) Lions XII lawan DRB Hicom FC ( POS )
7 ) Perak lawan Pahang

Bye : Kelantan
8 ) Kuantan FA lawan Sabah
9 ) PKNS lawan JDT II
10 ) Terengganu lawan Shahzan Muda
11 ) Sime Darby FC lawan Tentera
12 ) Negeri Sembilan lawan Felda Utd
13 ) Harimau Muda C lawan Selangor
14 ) Sarawak lawan Pulau Pinang

Johor Bahru: Selepas mengadakan beberapa rundingan, bekas pemain Boca Juniors, Luciano Figueroa bersetuju diikat selama ...
29/11/2013

Johor Bahru: Selepas mengadakan beberapa rundingan, bekas pemain Boca Juniors, Luciano Figueroa bersetuju diikat selama dua tahun untuk beraksi bersama Johor Darul Tazim (JDT) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kehadiran Figuero bakal memantapkan lagi barisan serangan skuad Harimau Selatan dalam pemburuan sekurang-kurangnya satu piala sama ada Liga Super atau Piala FA untuk mencari slot beraksi di Piala AFC 2015.

Figueroa dijangka tiba Sabtu ini (esok) dan akan bersama skuad JDT menjalani latihan bagi persiapan menghadapi musim baru Liga Super yang bermula 18 Januari ini, katanya ketika menyaksikan latihan skuad Harimau Muda A di Padang Polo di sini, semalam.

Langkah JDT mengikat Figueroa selama dua tahun selepas pemain import sebelum ini, Braulio Nobrega Rodriguez dari Sepanyol diserapkan dalam skuad Johor Darul Ta'zim II (JDT II) untuk mengharungi kempen Liga Perdana.

Sumber : Berita Harian

Sepatutnya pemain perlu berhati-hati dan tidak terlalu terburu membuat keputusan dalam menandatangani kontrak. Dalam isu...
28/11/2013

Sepatutnya pemain perlu berhati-hati dan tidak terlalu terburu membuat keputusan dalam menandatangani kontrak. Dalam isu berkaitan, Nazri Ahmad jelas tidak memahami atau sengaja mengundang padah tentang risiko yang akan dihadapi sekiranya berlaku perkara seperti ini. Walau apapun kami berharap bakat dan karier Nazri Ahmad tidak sewenangnya 'dilacurkan' oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam menunjukkan ketelusan pentadbiran mereka.

19/11/2013
"Setelah mengambil kira pelbagai faktor, PBNJ telah membuat keputusan untuk menurunkan harga tiket perlawanan di Stadium...
02/09/2013

"Setelah mengambil kira pelbagai faktor, PBNJ telah membuat keputusan untuk menurunkan harga tiket perlawanan di Stadium Larkin sebagaimana yang asal iaitu RM20 bagi tiket grandstand dan RM10 bagi tiket terbuka. Keputusan ini akan kekal berkuatkuasa selama mana DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memegang jawatan sebagai Presiden PBNJ. Sekian, harap maklum."

Daripada PBNJ menanggung subsidi tiket atau menurunkan harga tiket lebih baik PBNJ buat sesuatu untuk menarik penonton kembali ke stadium.
Siapa setuju kalau PBNJ buat cabutan bertuah untuk penyokong yang datang ke Stadium Larkin?? Sila Share & Like banyak-banyak..

24/07/2013

Pablo Aimar Twitter :

"El club Johor Darul Tazkim juega en la Super Liga de Malasia, competición más importante del país asiático."

"Kelab Johor Darul Tazkim bermain dalam Liga Super Malaysia persaingan yang paling penting di negara Asia."

-------------------------------------------------------------------------

Disebabkan kesungguhan TMJ untuk menaikan bolasepak pasukan JDT serta sokongan penyokong yang tidak berbelah bagi dan penuh semangat untuk memburu kejuaraan menyebabkan Pablo Aimar berminat untuk menyertai pasukan ini.

Terima Kasih Tunku Mahkota Johor..

RESPECT...
05/07/2013

RESPECT...

Boys Of Straits under Ultras Malaya make Germany Hockey player dance with them.

03/07/2013
Di Stadium Bukit Jalil nanti...Adakah sorakkan padu dari Boys Of Straits (BOS) dan peyokong Johor yang berada dikeduduka...
11/06/2013

Di Stadium Bukit Jalil nanti...

Adakah sorakkan padu dari Boys Of Straits (BOS) dan peyokong Johor yang berada dikedudukan belakang pintu gol akan menyebabkan barisan pemain pertahanan dan penjaga gol akan hilang tumpuan?? Adakah sorakkan Johor juga dapat menaikkan semangat kepada pasukan lawan yang akan menyerang kearah pintu gol pasukan Johor??

Dari penelitian saya sendiri.. sekiranya didapati kawasan gawang gol JDT berhampiran dengan sorakkan yang dinyanyikan oleh BOS, ianya juga boleh menaikkan semangat kepada pasukan lawan ketika menyerang ke pintu gol pasukan Johor Darul Takzim.

Lagu-lagu sorakkan BOS memang terbukti dapat membangkitkan semangat kepada pemain kedua-dua pasukan dan penyokong kerana paduan suara BOS yang mudah untuk dinyanyikan bersama.

Sekadar Pandangan Sahaja.

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Empayar Bolasepak Harimau Selatan - Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category