23/06/2024
WAKIL TUNGGAL PSS FOOTBALL DEVELOPMENT PROGRAM JUGA PEMAIN NFDP MALAYSIA U11 DAN PASUKAN KULAI FA U12 RAIH ANUGERAH PEMAIN TERPANTAS KEJOHANAN DI SHONAN COPA BELLMARE, KANAGAWA, JEPUN DALAM AKSI BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN NFDP MALAYSIA DARI 20 JUN 2024
Adik Mohamed Izz Zidane Zihni, 11 tahun telah mewakili Malaysia menerusi National Football Development Programme - NFDP Malaysia U11 dan berlatih bersama Akademi Tunas Johor Bahru serta pasukan kelab komuniti Prestigious Sport Society - Football Development Program yang berpengkalan di Johor Bahru.
Menerusi proses pemilihan dari beberapa siri kejohanan "NFDP Series" yang dijalankan oleh pihak National Football Development Programme - NFDP serta beberapa siri Liga Akademi Tunas Zon yang turut disertai oleh adik Mohamed Izz Zidane Zihni bersama pasukan Akademi Tunas Johor Bahru U11 dan beberapa pasukan jemputan seperti TSSX FC yang kerap memberi peluang kepada adik Zidane dalam beraksi dengan pemain pada intensiti sama dan kerjasama diantara Prestigious Sport Society - Football Development Program dan TSSX FC sejak ia ditubuhkan sudah mula membuahkan hasil yang positif.
Anugerah yang tak terjangka ini juga diperoleh dari semangat setia kawan2 dalam memberi peluang dan aksi bersama sebagai satu pasukan dan bantuan sokongan taktikal serta arahan teknikal oleh Ketua Jurulatih, Juzairi Samion serta barisan staff kejurulatihan National Football Development Programme - NFDP Malaysia U11 sangat membantu setiap seorang pemain
Terima kasih untuk setiap kenangan dan pengorbanan yang diberikan oleh semua pihak, terutama pihak sekolah SK Putra Utama, Kulai Sekolah Agama Bandar Putra 2 Rasmi, Akademi Tunas Johor Bahru dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Memori ini akan terpahat kemas dalam lipatan bukti kemenjadian program ini untuk semua lapisan dan kaedah proses kemenjadian menerusi kolaborasi bersama program elite kebangsaan dan pasukan elite kelab lainnya..
Tidak lupa kepada penaja yang pernah dan yang masih kekal bersama pasukan, baterikereta.com, AMH FC Syed Mohd Faizal & Kerry Malaysia, Hobby Collector Event, Street Crew Kulai, The Sekolah Bola, WR Fc, π±π© πΌπ΅π°π»π¬π« ππΆπΆπ»π©π¨π³π³ πͺπ³πΌπ© dan semua yang pernah membantu
Kolaborasi bersama Persatuan Bola Sepak Daerah Kulai menerusi kejohanan Piala Putera Johor Football Development Program bersama Akademi Tunas Johor Bahru U11 sedikit sebanyak memberi impak besar kepada proses ini.
Terima kasih buat semua yang pernah melatih dan membantu Mohamed Izz Zidane Zihni hingga ke hari ini.
Terima kasih dari kami di PSS football Development Program.