22/12/2020
BODY GUARD EKSEKUTIF
(PENGIRING RAPAT)
Merancang dan melaksanakan keselamatan ke atas orang yang dilindunggi dalam menjalankan aktivitinya, samaada bersikap peribadi atau rasmi di semua lokasi dan dalam apa juga situasi.
DEFFINSI = MELINDUNGGI
Deffensi rancangan dan langkah-langkah yang diambil semasa menjangka, menhalang, mencegah, menghadkan tindakan atau keadaan yang mungkin merbahaya atau memalukan orang yang dilindunggi.
DEFFENSI PENGIRING RAPAT DALAM KONTEKS (PDRM)
Pegawai polis yang ditugaskan untuk menentukan keselamatan peribadi orang kenamaan dari sebarang kemungkinan ancaman atau sebarang serangan fizikal.
DEFENSI ORANG KENAMAAN
Mengikut perintah tetap KPN A134. Seseorang yang dengan sebab, taraf dan jawatan yang mesti dilindunggi dari sebarang kemungkinan ancaman dari anasir yang tidak bertangungjawab.
KONSEP PENGIRING RAPAT
Menjangkakan (andaian)
Mengelakan
Mengurangkan
Menghalang
Mententeramkan (tenangkan keadaan)
PEMILIHAN PENGIRING RAPAT @ BODYGUARD
Berpengetahuan dalam Body Gandy
Agrasif
Berhubung dan boleh bercakap dengan semua orang di semua peringkat
Boleh bergaul selesa di situasi sosial
Boleh membuat keputusan (dalam 1-2 saat)
Pantas berfikir
Berminat dengan tugas
TUGAS-TUGAS PENGIRING @ BODYGUARD
Pengiring peribadi hendaklah menumpukan perhatian dan berada dalam keadaan bersedia bila menjalankan tugas sebagai pengiring.
Pengiring peribadi adalah bertanggungjawab bagi menentukan keadaan sekeliling adalah selamat sebelum kenderaan bergerak, pengiring hendaklah memberi amaran kepada orang yang diiring tentang sebarang kecurigaan sebelum bertindak.
Pengiring peribadi hendaklah menjalankan tugas pada jarak yang dekat dan elakkan daripada mendapat perhatian umum atau orang luar.
Pada setiap masa pastikan orang yang diiringi sentiasa kelihatan, sekiranya keadaan tidak memungkinkan tumpukan perhatian pada tempat terakhir yang dimasuki, dalam tempoh masa yang patut, periksa kedudukan dan keadaan keselamatan orang yang diiringgi.
Waspada terhadap sebarang cubaan orang lain untuk menghampiri orang yang diiringgi atau sebarang pergerakan orang lain yang mencurigakan.
Tidak perlu menolong membawa barang-barang atau bergerak kesana kesini, ini akan menjejaskan pergerakan untuk mengeluarkan senjata api serta mengurangkan tumpuan pemerhatian terhadap orang yang diiringgi.
Pengiring peribadi merangkap pemandu hendaklah memastikan orang yang diiringgi tidak perlu melintas jalan untuk ketempat yang dituju selepas keluar dari kenderaan, anda perlu sentiasa memastikan keselamatan orang yang diiringgi terebut.
Pengirng peribadi atau merangkap pemandu ditegah sama sekali daripada meninggalkan tempat berkenaan sehinggalah diberi tahu untuk berbuat demikian, anda dinasihatkan tidak membuat andaian tanpa kebenaran semasa tugas mengiring.
Pengirng peribadi atau merangkap pemandu hendaklah lebih berhati-hati apabila ditugaskan mengiring wanita dan kanak-kanak.
Adalah menjadi tanggingjawab setiap pengawal peribadi untuk sentiasa mengikuti orang yang diiringgi sehinggalah diarah untuk berhenti atau selamat sampai kerumah.
Bertukar peranan semasa bertugas mengiring adalah tidak dibenarkan.
Pengiring peribadi hendaklah menepati masa bila melapur untuk bertugas.
Pengiring peribadi hendaklah saling memahami, bekerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan, sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian akan ditamat perkhidmatanya.