04/03/2026
Alhamdulillah, sejarah tercipta sekali lagi.🏉🏉🏉
Hari ini menyaksikan satu lagi langkah penting dalam pembangunan ragbi akar umbi apabila Tamuri Otter Rugby Club secara rasmi memeterai kerjasama rakan strategik bersama SMK Mutiara Rini (SMKMR) melalui pemeteraian Note of Understanding (NOU).🦦
Kerjasama ini membuka satu laluan pembangunan ragbi yang lebih tersusun daripada peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah, sekaligus menyediakan platform kepada bakat-bakat ragbi di sekitar zon Skudai untuk terus berkembang dan mengasah potensi mereka.
Bagi Tamuri Otter Rugby Club, kejayaan sebenar bukan sekadar diukur melalui kemenangan trofi atau kejuaraan di padang. Kejayaan yang lebih bermakna adalah apabila kita mampu membina ekosistem pembangunan yang memberi peluang kepada anak-anak untuk terus melangkah ke peringkat seterusnya.
Melalui kerjasama strategik ini, diharapkan lebih ramai bakat muda ragbi akan dapat dibimbing, diperkasa dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, komuniti dan negeri Johor pada masa hadapan.
Terima kasih kepada pihak SMK Mutiara Rini atas kepercayaan dan komitmen dalam membangunkan sukan ragbi bersama-sama. Terima kasih kpd Tuan Hj Mohd Faruze yg membuka laluan & sentiasa percaya kpd TORC.
InsyaAllah, ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada satu perjalanan yang lebih besar.