31/12/2017
Mereka Senyum Gembira,
Hati Kami Lapang & Lega.
23 Rabiulakhir 1439 H / 31 Disember 2017,
Program Bermula Jam 3.00 pm & Selesai Jam 10.30 pm :
Program Ziarah Mahabbah Back To School Anjuran Kelab Sepak Takraw Permai (KSTP) Telah Sempurna Di Laksanakan.
Selepas Sahaja Melaksanakan Kejohanan Sepak Takraw Amal 2.0 - Back To School,Dengan Misi & Visi Kejohanan Tersebut,Kini Telah Di Sempurnakan Oleh Ahli Kelab Sepak Takraw Permai.
Terima Kasih Kepada Penaja,Penyumbang & Perserta Kejohanan Sepak Takraw Permai 2.0 Kerana Sudi Menghulurkan Bantuan Amal Bagi Anak-anak Yang Masih Bersekolah Tetapi Sangat Memerlukan Bantuan Peralatan Persekolahan,Baju Sekolah,Seluar Sekolah & Keperluan Makanan Asas Bagi Golongan Anak Yatim,Fakir,Miskin & Orang Kurang Upaya.
Bagi Menutup Tirai Tahun 2017,Inilah Program Yang Kami Mampu Untuk Cuba Menghulurkan Bantuan & Menjalankan Amanah Penyumbang-penyumbang Seikhlas Hatinya.
9 Keluarga Yang Kami Ziarah Pada Hari Ini,Semuanya Mendoakan Penyumbang-penyumbang Sentiasa Di Limpahkan Rezki Yang Melimpah Ruah,Di Berikan Kesihatan & Sentiasa Di Rahmati dan Di Berkati Allah.Mereka Mengucapkan Jutaan Terima Kasih.
Barokallahufikum,
Mudah-mudahan Allah Berkati Kamu Semua Di Atas Segala Sumbangan & Infaq Yang Telah Di Berikan Dapat Kami Manfaatkan Untuk Keperluan Persekolahan & Makanan Asas Anak Yatim,Fakir & Miskin.Allah Sahaja Yang Balas Jasa Baik Semua Penyumbang Yang Ikhlas Hatinya.Terima Kasih Kerana Buat Mereka Tersenyum & Gembira.
Abd Haffizd Bin Abd Karim
Penaung & Exco Kebajikan,
Kelab Sepak Takraw Permai
(KSTP).