30/08/2026
BILA ORANG YANG BANYAK BERJASA PUN CUMA MAHU SATU BENDA: KEJELASAN.
Isu antara Datuk Azizulhasni Awang dan Majlis Sukan Negara sebenarnya menarik untuk dilihat bukan sekadar sebagai isu s**an.
Sebab di sebalik pertikaian tentang program, bajet dan persediaan menuju Olimpik Los Angeles 2028, ada satu perkara yang sangat relatable dengan dunia pekerjaan.
Clarity.
Azizulhasni telah memberikan sebahagian besar hidupnya kepada s**an negara.
Bertahun-tahun berlatih.
Bertanding di pentas dunia.
Menang pingat.
Melalui kecederaan, pembedahan dan tekanan yang mungkin s**ar kita bayangkan.
Selepas semua itu, persoalannya bukan semata-mata,
“Berapa banyak duit saya akan dapat?”
Tetapi lebih asas.
Adakah negara masih mahukan saya untuk LA28?
Kalau ya, apakah perancangannya?
Apakah sokongan yang akan diberikan?
Apa yang perlu saya lakukan selepas ini?
Daripada penjelasan Azizulhasni, beliau merasakan terlalu lama menunggu kepastian mengenai hala tuju tersebut.
MSN p**a menjelaskan bahawa beberapa perbincangan telah dibuat dan sokongan terhadap program beliau memang sedang diusahakan, termasuk permintaan supaya pelan serta bajet dikemukakan untuk dimuktamadkan.
Jadi mungkin masalahnya bukan semudah mengatakan satu pihak betul dan satu pihak salah.
Kadang-kadang dua pihak sebenarnya mahu menuju destinasi yang sama.
Tetapi communication gap di tengah-tengah boleh menyebabkan masing-masing merasakan mereka tidak didengari.
Dan perkara seperti ini bukan berlaku dalam s**an sahaja.
Ia berlaku di pejabat.
Di hospital.
Di sekolah.
Di syarikat.
Di mana-mana organisasi.
Ada pekerja yang tidak kisah diberi kerja berat.
Mereka sanggup bekerja lebih.
Sanggup belajar.
Sanggup memikul tanggungjawab.
Tetapi perkara yang perlahan-lahan memenatkan mereka ialah apabila mereka tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Hari ini kata A.
Esok kata B.
Tunggu keputusan.
Tunggu mesyuarat.
Tunggu kelulusan.
Tunggu arahan.
Bulan berganti bulan.
Akhirnya seseorang yang masih mempunyai tenaga untuk bekerja mula kehilangan tenaga kerana menunggu.
Dalam pengurusan manusia, uncertainty itself can be exhausting.
Pekerja sebenarnya boleh menerima banyak perkara, termasuk keputusan yang mereka tidak s**a, jika keputusan itu disampaikan dengan jelas, jujur dan pada waktunya.
Yang lebih s**ar ialah hidup terlalu lama dalam keadaan tidak pasti.
Tidak tahu sama ada masih diperlukan.
Tidak tahu apa hala tuju.
Tidak tahu apa yang organisasi harapkan.
Tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
Dan lebih tinggi prestasi seseorang, lebih penting perkara ini.
High performers biasanya sudah tahu bagaimana hendak bekerja.
Mereka tidak perlukan micromanagement setiap hari.
Tetapi mereka perlukan satu perkara daripada organisasi:
direction.
Beritahu apa sasaran.
Beritahu apa resources yang ada.
Beritahu apa yang tidak boleh diberikan.
Beritahu timeline.
Jika belum ada keputusan, beritahu bila keputusan akan dibuat.
Kadang-kadang ayat,
“Kami belum ada jawapan sekarang, tetapi kami akan beri keputusan sebelum tarikh ini,”
jauh lebih baik daripada membiarkan seseorang terus menunggu tanpa kepastian.
Kejelasan juga satu bentuk penghormatan.
Terutamanya kepada seseorang yang sudah lama memberi sumbangan kepada organisasi.
Kita mungkin tidak mampu memenuhi setiap permintaan mereka.
Tetapi kita masih boleh mendengar.
Kita masih boleh menjelaskan.
Kita masih boleh berkomunikasi dengan baik.
Dan jika akhirnya jawapannya adalah “tidak”, sampaikanlah dengan hormat.
Sebab kadang-kadang orang tidak meninggalkan organisasi kerana kerja terlalu banyak.
Mereka pergi selepas terlalu lama tertanya-tanya,
“Adakah tempat ini masih menghargai apa yang saya lakukan?”
Bukan semua orang meminta ganjaran besar.
Kadang-kadang mereka cuma mahu hala tuju yang jelas, komunikasi yang jujur dan rasa dihormati.
Kadang-kadang yang paling melelahkan bukan kerja itu sendiri.
Tetapi menunggu kepastian.