Empayar Darul Takzim - EDT

Empayar Darul Takzim - EDT Empayar Darul Ta'zim (EDT) adalah laman penyokong siber Harimau Selatan yang berpengkalan di Johor Bahru & Kuala Lumpur.

Welcome to Johor ,Dani Bolt !JDT terus meningkatkan tahap kekuatan skuad musim ini , kali ini merekrut bintang Right Bac...
31/08/2026

Welcome to Johor ,

Dani Bolt !

JDT terus meningkatkan tahap kekuatan skuad musim ini , kali ini merekrut bintang Right Back asal Brazil berusia 27 tahun iaitu Dani Bolt.

JDT dilihat memiliki barisan pertahanan yang sangat mantap musim ini dengan barisan pemain2 elit seperti Israfilov , Glauder , Medina , Raul Parra , Brad Tapp , Akapo , Johnathan Silva , Jon Irazabal dan Dani Bolt.

Masa penuh di SSI:JDT 7-0 Star CityAlhamdulillah 3 mata berjaya diraih malam ini dalam aksi ke-3 Liga Super selepas mene...
29/08/2026

Masa penuh di SSI:

JDT 7-0 Star City

Alhamdulillah 3 mata berjaya diraih malam ini dalam aksi ke-3 Liga Super selepas menewaskan Star City dengan skor 7-0.

Gol2 kita dijaringkan Bergson (3), Zahedi, Marcos, Medina dan Akapo.

Kemenangan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan kita di puncak liga dengan 9 mata.

Tahniah JDT !

Ayuh Johor!

Kesebelasan utama JDT malam ini di SSI dalam aksi Liga Super menentang Star City
29/08/2026

Kesebelasan utama JDT malam ini di SSI dalam aksi Liga Super menentang Star City

Man of the Match :ZAHEDIPenggempur terbaru JDT ini semakin mempamerkan taring apabila meledak 4 gol malam ini di SSI.Zah...
26/08/2026

Man of the Match :

ZAHEDI

Penggempur terbaru JDT ini semakin mempamerkan taring apabila meledak 4 gol malam ini di SSI.

Zahedi bijak mencari ruang untuk diri beliau menjaringkan gol selain menunjukkan ketajaman di depan gawang lawan.

Selepas hanya 2 perlawanan liga , Zahedi kini telah mencipta 5 gol & muncul penjaring terbanyak setakat ini.

Masa penuh di SSI :JDT 9-0 Kelantan RWAlhamdulillah kemenangan berjaya diraih malam ini di SSI dalam aksi kedua Liga Sup...
26/08/2026

Masa penuh di SSI :

JDT 9-0 Kelantan RW

Alhamdulillah kemenangan berjaya diraih malam ini di SSI dalam aksi kedua Liga Super 2026/2027 selepas JDT berjaya menewaskan Kelantan RW dengan skor 9-0 sebentar tadi.

Gol2 kita malam ini dijaringkan Zahedi (4) , Jairo , Nahuel , Israfilov, Arif Aiman dan satu gol sendiri .

Tahniah JDT !

Ayuh Johor!

Kesebelasan utama JDT malam ini di SSI
26/08/2026

Kesebelasan utama JDT malam ini di SSI



Gadis asal Johor menyinar di IndonesiaSeorang pemain bolasepak kebangsaan B-17 mencuri perhatian terutama di media sosia...
26/08/2026

Gadis asal Johor menyinar di Indonesia

Seorang pemain bolasepak kebangsaan B-17 mencuri perhatian terutama di media sosial seluruh Asia baru baru ini. Lim You , 14 tahun mencipta sensasi apabila mempamerkan kemampuan meledak gol2 jarak jauh dalam kejohanan Srikandi Merdeka Cup di Indonesia dan turut muncul pemenang bagi anugerah Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan (7 gol).

Kedua dua ibu bapa Lim You adalah warga Malaysia kelahiran Tangkak , Johor. Lim You dilahirkan di Taiwan tapi dibesarkan di USA.

Lim You memilih untuk mewakili Malaysia kerana cintanya kepada negara ini.

Terus menyinar , Lim You !

Kejayaan JDT III muncul juara SUKMA membuktikan sistem latihan yang diterapkan di peringkat akar sejak beberapa tahun la...
24/08/2026

Kejayaan JDT III muncul juara SUKMA membuktikan sistem latihan yang diterapkan di peringkat akar sejak beberapa tahun lalu berjaya membuahkan hasil .

Bakat2 muda di Johor berjaya dieksploit ke tahap tinggi menerusi sistem latihan & penjagaan pemain yang rapi. Selain itu dapat kita lihat mentaliti juara juga berjaya ditanam & diterjemahkan skuad junior ini.

Dalam aksi final semalam , Johor beraksi dengan tenang tapi agresif dengan corak2 serangan yang dijana dengan baik di sepanjang permainan sekaligus berjaya membutirkan emas pertama bolasepak SUKMA (Lelaki) buat negeri Johor.

Kesebelasan utama pilihan admin untuk aksi Liga Super menentang Kelantan RW Rabu ini di SSI
24/08/2026

Kesebelasan utama pilihan admin untuk aksi Liga Super menentang Kelantan RW Rabu ini di SSI



Johor Juara SUKMA 2026 !!Alhamdulillah skuad junior Johor berjaya bergelar juara bolasepak SUKMA 2026 selepas menewaskan...
22/08/2026

Johor Juara SUKMA 2026 !!

Alhamdulillah skuad junior Johor berjaya bergelar juara bolasepak SUKMA 2026 selepas menewaskan Selangor menerusi penentuan penalti 4-2 di Stadium MBPJ sebentar tadi selepas masa sebenar berakhir 1–1.

Kemenangan ini sekaligus menghadiahkan pingat emas buat mereka.

Tahniah anak2 muda !

Ayuh Johor !

Syabas juga buat skuad Selangor yang meraih pingat perak.

Address

Southkey
Johor Bahru
80150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Empayar Darul Takzim - EDT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category