21/08/2021
*PPV PANDU LALU OKU SENTRAL AKUATIK ARENA LARKIN MBJB*
*Khas buat OKU, Penjaga OKU dan Warga Emas di Negeri Johor*
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Persatuan OKU Sentral dengan kerjasama MOSTI ,KKM dan Kerajaan Negeri Johor akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Pusat Akuatik Arena Larkin MBJB dalam masa terdekat ini. Ini adalah sebahagian usaha bagi memudahkan dan memastikan golongan rentan yang berisiko tinggi iaitu OKU dan warga emas mendapat vaksin secepat mungkin serta tidak tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Untuk makluman, PPV ini hanya dikhaskan buat individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di negeri Johor sahaja. Pihak kami juga akan memberi vaksin kepada 3 orang penjaga/ahli keluarga OKU. Mohon mengisi maklumat OKU dan 3 orang penjaga/ahli keluarga OKU dengan lengkap.
Pendaftaran dibuka sehingga 25 Ogos 2021 jam 11.30 malam. Berikut merupakan pautan pendaftaran:
*https://forms.gle/gVXk6jeAeo8Pru1v6*
Pastikan anda mengisi segala maklumat dengan tepat dan betul terutamanya bahagian no kad pengenalan, no telefon dan ID Mysejahtera bagi memudahkan proses pemberian temujanji. Mohon hanya isi sekali sahaja bagi keseluruhan permohonan.
Sekian, terima kasih.
Lindung Diri, Lindungi Semua.
YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi
If you are the developer of this app, ensure that your Dynamic Links domain is correctly configured and that the path component of this URL is valid.