18/09/2025
Kejohanan Sepaktakraw MSSM 2025.
13 - 18 September 2025
Institut Penilaian Negara (INSPEN) & Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya
Alhamdulillah, Tahniah & Syabas kepada kontinjen MSS Johor dalam kejohanan sepaktakraw MSSM tahun ini. Berjaya mengekalkan konsistensi ranking pasukan.
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada pihak JPN Johor dan MSS Johor atas kepercayaan dan kerjasama yg diberikan kepada Kontinjen Sepaktakraw MSS Johor menggalas tugas dalam Kejohanan MSSM kali ini.
Terima Kasih kepada semua Pegawai² pasukan Ketua Kontinjen PPD Batu Pahat dan PPD Muar, menyantuni anak² kontinjen MSS Johor semasa hari kejohanan. Terima Kasih pegawai² pasukan yg diketuai Encik Rosman bin Sidek, PTPS Sepaktakraw Johor, Pengurus² Pasukan, barisan Jurulatih pasukan dan pemain² sepaktakraw MSS Johor.
Terima Kasih penaja jersey pasukan, jenama Firstball, jenama tempatan yg popular di kalangan peminat² sepaktakraw Johor. Terima Kasih Tuan Abd Razak. Didoakan jenama Firstball terus cemerlang di persada sepaktakraw Johor.
Terima Kasih juga kepada Hazrul Chicken Rice Shop atas penajaan baju dan jersey pasukan. Sokongan padu pihak Tuan kami hargai sepenuhnya. Terima Kasih Tuan² semua.
Terima Kasih Ibubapa, Penjaga pemain² sepaktakraw Mss Johor yang sentiasa menyokong pasukan Johor sepanjang hari perlawanan berlansung, sokongan padu yg tidak berbelah bahagi. Terima Kasih Ultras MSS Johor. Kita sentiasa yg Terbaik.
Terima Kasih pemain² Sepaktakraw MSS johor terutama sekali, usaha dan kebolehan kamu semua menjadi nadi utama pasukan. Kejayaan kamu semua kejayaan milik bersama. Tahniah kepada pemain² yg menjadi Johan, Naib Johan, tempat keempat dan layak ke Suku Akhir dalam semua acara berpasukan, regu, beregu dan quadrant. Kita berjaya mengekalkan kedudukan kelima terbaik keseluruhan. Teruskan semangat, teruskan berlatih dan fokus kembali kepada akademik demi masa depan kamu semua. Kejayaan pasti milik kamu yg berusaha sebaiknya. Nama Kontinjen Sepaktakraw MSS Johor sentiasa digeruni pihak lawan.
Terima Kasih kepada semua pihak secara lansung atau tidak lansung. Sokongan semua sangat² dihargai. Kepada Allah kita berserah. Alhamdulillah...