24/04/2026
Assalamualaikum w.b.t
BERITA SEMASA PSSCM UITMPG :
ALUMNI PSSCM UiTM PASIR GUDANG
Alhamdulillah,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Saudara Muhammad Danial Iman bin Azmi atas pelantikan beliau sebagai Tenaga Pengajar PSSCM di kelas latihan PSSCM UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam / Puncak Perdana.
Pihak persatuan amat berbangga dan menghargai pencapaian serta perkembangan beliau sebagai seorang alumni yang terus komited menyumbang tenaga dan kepakaran, di samping kekal aktif dalam memperkasa kelangsungan seni Silat Cekak Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang akademik dan kokurikulum, serta menjadi inspirasi kepada warga mahasiswa lain untuk terus berbakti dan memartabatkan warisan bangsa.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.