28/08/2026
𝙏𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙋𝙖𝙙𝙖 𝘿𝙞𝙧𝙞 ?
Segala-galanya bermula dengan pilihan dan refleksi diri sendiri. Coach atau jurulatih ada di sana sebagai pemandu arah, penunjuk jalan, dan penyedia sistem untuk membina potensi kita.
Namun, pemandu terbaik sekalipun tidak akan ke mana-mana jika penumpangnya tidak tahu arah tuju.Sebagai pelatih, kita perlu jujur dengan diri sendiri tentang apa yang kita mahukan.
𝙈𝙚𝙣𝙜𝙖𝙥𝙖 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙋𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙏𝙖𝙝𝙪 𝘼𝙥𝙖 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙉𝙖𝙠 ?
Penentu Komitmen:
Tanpa matlamat jelas, kita mudah putus asa apabila latihan menjadi sukar.
Sinergi dengan Coach:
Apabila kita tahu apa kita nak, coach boleh bina pelan yang tepat dan efektif.
Ukuran Kejayaan:
Kita tahu sama ada kita sedang berkembang atau sekadar meluangkan masa.
𝘾𝙪𝙗𝙖 𝙏𝙖𝙣𝙮𝙖 𝘿𝙞𝙧𝙞 𝟯 𝙎𝙤𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙄𝙣𝙞
Sebab Utama:
Mengapa aku mulakan latihan ini pada mulanya?
Sasaran Sebenar:
Adakah aku mahu keputusan jangka pendek (sekadar lepas syarat) atau perubahan jangka panjang (gaya hidup/kerjaya)?
Tahap Pengorbanan:
Sejauh mana aku sanggup melaburkan masa, tenaga, dan emosi untuk membina diri?
Zer09 Academy sentiasa ambil tahu ,tahap kemampuan pelatih.
Kami ada Di johor Bahru.
゚