22/08/2026
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ | ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UTM PRIHATIN dan Kelab UTM Marshall Johor Bahru melaksanakan Program Gotong-Royong Lestari@SK Taman Universiti 4 (Siri 2) pada 22 Ogos 2026, dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Program melibatkan 30 orang sukarelawan dalam kalangan staf UTM bagi memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti setempat, khususnya dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan kondusif.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menyiapkan tapak batu bagi laluan refleksologi, mengecat pintu kelas dan bilik khas serta dinding tandas. Sukarelawan turut menjalankan kerja pengemasan dan penyelenggaraan Kebun Lestari bagi memastikan kawasan tersebut terus terurus serta dapat dimanfaatkan sebagai ruang pembelajaran berkaitan kelestarian alam sekitar.
Program ini turut menjadi wadah warga UTM menyumbang tenaga, masa dan kemahiran melalui inisiatif kesukarelawanan serta tanggungjawab sosial universiti. Kerjasama antara SK Taman Universiti 4, Pusat Islam UTM, UTM PRIHATIN dan Kelab UTM Marshall Johor Bahru diharapkan dapat memberikan manfaat kepada warga sekolah serta memupuk semangat gotong-royong, kebersamaan dan kepedulian terhadap kelestarian persekitaran.
Program ini mencerminkan komitmen UTM dalam memperkasakan agenda Universiti untuk Masyarakat melalui penglibatan aktif warga universiti dalam aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.