19/05/2026
JOHOR BUKAN NEGERI ‘SEMALAM’ – ASAS EKONOMI TELAH DIBINA SEJAK ERA LAMA, BUKAN SEKADAR SLOGAN POLITIK
JOHOR BAHRU – Johor tidak bermula semalam dan bukan sekadar hasil slogan politik baharu, sebaliknya telah lama membina asas ekonomi kukuh melalui perancangan jangka panjang melibatkan pelaburan mega, pembangunan industri dan infrastruktur bertaraf antarabangsa.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Syed Mohd Hafiz, Johor sejak sekian lama muncul sebagai antara negeri paling agresif dalam pembangunan ekonomi moden di Malaysia, dipacu kedudukan strategik bersebelahan Singapura yang menjadikannya pintu perdagangan penting serantau.
Antara projek utama ialah Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006, menjadi pemangkin pembangunan bandar moden seperti Nusajaya, Medini, Gelang Patah dan Johor Bahru serta menarik pelaburan asing dari Singapura, China dan Timur Tengah.
Forest City yang diperkenalkan sekitar 2014 turut menjadi simbol pembangunan bandar pintar dan hijau bertaraf dunia, meskipun berdepan cabaran ekonomi global.
Dalam sektor logistik, Pelabuhan Tanjung Pelepas kekal antara pelabuhan kontena terpenting di Asia, manakala Johor Port di Pasir Gudang terus menyokong industri berat dan petrokimia negeri.
Senai International Airport serta Senai Airport City p**a memperkukuh ekosistem logistik, e-dagang dan teknologi, menjadikan Johor antara negeri awal membangunkan rangkaian industri moden secara menyeluruh.
Dari segi infrastruktur, Lebuhraya PLUS, Second Link dan rangkaian jalan industri mengukuhkan hubungan Johor–Singapura serta mempercepat pergerakan ekonomi negeri.
Sektor perindustrian di Pasir Gudang, Tebrau, Kulai, Senai dan Pontian terus berkembang pesat dalam elektronik, pembuatan, petrokimia dan logistik, sekali gus memperkukuh asas ekonomi negeri.
Secara keseluruhan, kemajuan Johor dilihat bukan berlaku secara mendadak, tetapi hasil dasar jangka panjang yang konsisten dan berterusan. Sehubungan itu, kestabilan politik perlu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan tanpa gangguan demi manfaat Bangsa Johor.
baru-baru ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew F**k berkata ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, baru-baru ini.
Projek RTS Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura disifatkan antara pencapaian terbesar kerajaan hari ini dalam memacu pembangunan strategik Johor.
projek pengangkutan yang hampir 90 peratus siap dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.
Menurut beliau, walaupun projek berkenaan dimulakan pada 2018 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN), banyak isu utama masih belum diselesaikan apabila Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya pada 2022.
Katanya, antara masalah yang diwarisi termasuk isu tanah, kontraktor serta kelewatan pelaksanaan sehingga projek itu hampir terbengkalai.
“Dalam tempoh tiga tahun kerajaan hari ini mentadbir Putrajaya, projek ini berjaya dipulihkan dan dipercepatkan pelaksanaannya hasil sokongan penuh Perdana Menteri serta kerjasama pelbagai kementerian,” katanya.
MyJohor