02/06/2026
📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN ACARA‼️
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peserta serta ibu bapa yang dihormati.
Dimaklumkan bahawa acara Pushbike Challenge yang telah dijadualkan sebelum ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu berikutan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuk perubahan jadual yang berkaitan dengan perkembangan semasa di Negeri Johor.
Pihak penganjur kini sedang menyusun semula perancangan dan berusaha mendapatkan tarikh yang paling sesuai. Buat masa ini, acara dijangka akan dijadualkan semula pada hujung bulan Jun 2026. Tarikh rasmi akan diumumkan sebaik sahaja segala urusan dimuktamadkan.
Bagi peserta yang telah membuat pendaftaran, penyertaan anda akan dikekalkan secara automatik ke tarikh baharu. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat peserta yang tidak dapat menyertai acara pada tarikh yang akan diumumkan nanti, sila hubungi pihak admin untuk tindakan lanjut.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran serta sokongan yang diberikan oleh semua pihak. InsyaAllah, tempoh penangguhan ini akan dimanfaatkan untuk melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikan acara yang lebih meriah, teratur dan menyeronokkan buat semua peserta
Terima kasih atas kefahaman dan sokongan berterusan anda.
"Setiap cabaran hanyalah persinggahan sementara, garisan penamat tetap menanti." 🚴♂️🏁💪🏼
-Pihak Penganjur Pushbike Challenge-