At Taqwa Traditional Archery Club Pasir Gudang

At Taqwa Traditional Archery Club Pasir Gudang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from At Taqwa Traditional Archery Club Pasir Gudang, Sports, Masjid At Taqwa Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَي...
24/08/2026

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Marilah kita memupuk rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan menerapkan sifat-sifat mulia dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kehidupan seharian kita.

Jadilah insan yang sentiasa menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat demi keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara 🇲🇾.

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” (Hadith Riwayat Thabrani dan Daruquthni)

_SALAM MAULIDUR RASUL_
daripada
*AT-TAQWA TRADITIONAL ARCHERY CLUB 2026*

Gambar PART 2Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya meraih kemenangan dalam Pertandingan Memanah Terbuka (Fun Shoot)...
13/06/2026

Gambar PART 2

Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya meraih kemenangan dalam Pertandingan Memanah Terbuka (Fun Shoot) sempena Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Tiram.

13 JUN 2026 | SABTUJELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) DUN TIRAMAlhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya prog...
13/06/2026

13 JUN 2026 | SABTU

JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) DUN TIRAM

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Tiram yang disempurnakan oleh YB Tn. Hj Azizul Hj Bachok.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kerana memilih kelab kami sebagai salah satu checkpoint bagi program JOJ kali ini. Program ini berjaya menghimpunkan masyarakat sekitar Kota Masai dalam suasana yang penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya Pertandingan Memanah Terbuka serta cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Sambutan yang diterima daripada para peserta dan pengunjung amat memberangsangkan, sekali gus membuktikan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada YB Tn. Hj Azizul Hj Bachok serta seluruh jawatankuasa yang terlibat atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program Jelajah Orang Johor DUN Tiram ini.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan ukhuwah serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat demi kesejahteraan dan kemajuan bersama.

Gambar PART 1

Salam Aidiladha 1447H dari kami..
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H dari kami..

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU Pertandingan Memanah Peringkat PKPDK Daerah Johor Bahru21 Mei 2026 Alhamdulillah, program mem...
21/05/2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU Pertandingan Memanah Peringkat PKPDK Daerah Johor Bahru
21 Mei 2026

Alhamdulillah, program memanah sempena Sambutan Hari Guru anjuran Kelab Memanah Al Maqamul Amin PKPDK Kota Masai telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Terlihat semangat kerjasama, gelak tawa dan keberanian semua peserta sepanjang pertandingan berlangsung. Masing-masing mempunyai potensi dan kelebihan tersendiri. Insya-Allah, kalian pasti boleh berjaya.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ia menjadi kenangan indah dan pengalaman berharga buat semua.

Selamat Hari Guru kepada semua guru PKPDK. Semoga terus diberi kekuatan untuk mendidik anak-anak PKPDK dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.Telah kembali ke rahmatullah sahabat perjuangan memanah kami pada hari ini. Seorang yang ...
21/05/2026

“Innalillahiwainnailaihirojiun.

Telah kembali ke rahmatullah sahabat perjuangan memanah kami pada hari ini. Seorang yang sangat baik, sentiasa mengukir senyuman dan membawa kenangan indah buat kami semua.

Semoga Allah mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.”

JAMUAN RAYA AIDILFITRI & PANAHAN SYAWAL 2026 / 19.02.2026Tahniah kepada pemenang..Panjang umur kita raya lagi bersama ta...
21/04/2026

JAMUAN RAYA AIDILFITRI & PANAHAN SYAWAL 2026 / 19.02.2026

Tahniah kepada pemenang..
Panjang umur kita raya lagi bersama tahun depan.. In shaa Allah..

Gambar Part 2...

JAMUAN RAYA AIDILFITRI & PANAHAN SYAWAL 2026 / 19.02.2026Alhamdulillah, selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri ATTAC ...
21/04/2026

JAMUAN RAYA AIDILFITRI & PANAHAN SYAWAL 2026 / 19.02.2026

Alhamdulillah, selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri ATTAC 2026 pada sabtu lepas. Majlis turut diserikan dengan aktiviti ‘Panahan Syawal’ serta tema busana baju raya yang menceriakan suasana. Semoga setiap detik kebersamaan menjadi asbab mengeratkan ukhuwah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Gambar Part 1..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami..
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami..

Salam Ramadan 🤍
19/02/2026

Salam Ramadan 🤍

Address

Masjid At Taqwa Taman Kota Masai, Pasir Gudang
Johor Bahru
81700

Opening Hours

Friday 08:30 - 11:00
17:15 - 18:20
Saturday 08:30 - 12:00
17:15 - 18:20
Sunday 08:30 - 12:00
17:20 - 18:20

Telephone

+60137933459

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when At Taqwa Traditional Archery Club Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category