SUARA

SUARA Veni.Vidi.Vici

'Band Of Brothers'

🕊Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air🕊 Takkan rebah semangat ini, selagi keringat masih berbaki. Ya, jangankan ta...
07/05/2026

🕊Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air🕊

Takkan rebah semangat ini, selagi keringat masih berbaki. Ya, jangankan takut, duri benak banyak sikit kami dh lali.

Kejohanan Ragbi Rimau MSSPP Peringkat Negeri 2026.

Pencapaian: Ke-3 CUP

Alhamdulillah. Terima kasih pada semua pihak yang terlibat.



🕊Masih!..Alhamdulillah🕊Sejuta penghargaan dihambur pada semua terutama ibubapa, pentadbir sekolah, rakan-rakan guru dan ...
23/04/2026

🕊Masih!..Alhamdulillah🕊

Sejuta penghargaan dihambur pada semua terutama ibubapa, pentadbir sekolah, rakan-rakan guru dan semua pihak yang terlibat dalam perjalanan pasukan ini.

Maafkan dia, mereka dan sejarah lalu. Mudah-mudahan yang sendu kembali merindu, dan yang bengkok kembali lurus.



.saw.conquered.

20/04/2026

🕊Segenggam, serumpun, patah alangnya sedikit tiada beralun🕊

Nafsu pejal kental di dada disulam rapat tangan menadah pada yang esa. Cubaan mengekalkan kejuaraan berterusan, setidaknya longlai mereka-mereka mencuba.

Bakal bertempur dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSSPP Zon Pulau 2026. Berkawan di hulu, bercinta di hilir tapi tetap terpalit rencah sandiwara dunia. Moga yang indah buat semua. Kejayaan milik kita. Amin ya Rabb.🤲🤲


17/03/2026

To the brothers who have my back in every ruck: Wishing you a blessed Eid. May your hearts be full, your plates be piled high, and your recovery be swift. See you back on the pitch soon!.

🕊️IFTAR SUARA 2026🕊️"They see the game, we feel the bond. Tactics stay on the sideline, the heart comes to Iftar."Alhamd...
17/03/2026

🕊️IFTAR SUARA 2026🕊️

"They see the game, we feel the bond. Tactics stay on the sideline, the heart comes to Iftar."

Alhamdulillah, selesai sudah Iftar SUARA pada tahun ini. Seronok rasanya dapat sama2 berkumpul di bulan yang mulia ini.

Terima kasih ibu bapa dan anak² kerana menjayakan iftar kita kali ini. Semoga jalinan ukhwah kita akan kekal hingga ke syurga.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah atas sokongan terhadap pasukan ragbi selama ini.


.VIDI.VICI

🕊️Rome wasn't built in a day🕊️KEJOHANAN RAGBI BENDAHARA JACKAL 2026 AHAD | 15 FEBRUARI 2026 | SK TUNKU BENDAHARA, KODIAN...
15/02/2026

🕊️Rome wasn't built in a day🕊️

KEJOHANAN RAGBI BENDAHARA JACKAL 2026

AHAD | 15 FEBRUARI 2026 | SK TUNKU BENDAHARA, KODIANG, KEDAH

➡️PENCAPAIAN : JOHAN KATEGORI BOWL

Untuk sampai ke suatu destinasi, kadang-kadang kita perlu menggunakan banyak jalan tidak hanya tertumpu kepada satu

Tahniah anak² SUARA atas komitmen dan kemajuan yang meningkat💪🏻. Jika bukan hari ini, mungkin esok, mungkin hari lain dan seterusnya. Teruskan usaha kalian.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan.

Setinggi penghargaan kepada ibu bapa SUARA atas usaha keras kalian bersama. Tak pernah berkira dan sentiasa memudahkan urusan perjalanan anak² kecil ini.

.VIDI.VICI

🕊Focus on progress, not perfection🕊Kejohanan Ragbi PRIDES 7'S Peringkat Kebangsaan | 7 Februari 2026 | SMKA S*k & IKM S*...
07/02/2026

🕊Focus on progress, not perfection🕊

Kejohanan Ragbi PRIDES 7'S Peringkat Kebangsaan | 7 Februari 2026 | SMKA S*k & IKM S*k

Pencapaian :
SUARA U12 : Tempat Ketiga bersama kategori BOWL

SUARA U10 : Naib Johan CUP

Alhamdulillah selesai sudah kejohanan ragbi pada hari ini. Permulaan yang baharu untuk anak² SUARA pada tahun 2026. Terima kasih yang terhingga kepada ibu bapa yang membantu membawa dan menjaga anak² SUARA di S*k pada hari ini.

Tanpa semua, pasti perjalanan pada hari ini tidak akan berjalan lancar. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan.

Tidak jatuh pada hari ini tidak akan selamanya jatuh. Bangun dan teruskan langkah perjuangan kalian.

Selamat berehat. Terima kasih semua 🙏🏻🙏🏻


🕊"Don't stop when you are tired. Stop when you are done."🕊Kejohanan Merentas Desa SK Sungai Ara | 23 Januari 2026 | Kem ...
23/01/2026

🕊"Don't stop when you are tired. Stop when you are done."🕊

Kejohanan Merentas Desa SK Sungai Ara | 23 Januari 2026 | Kem Sungai Ara

Tahniah anak² SUARA yang telah berjaya mendapat nombor dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah.

Teruskan langkah kalian. Satu permulaan yang baik untuk tahun ini. Tahniah juga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong jiwa kecil anak² ini.

🕊️New Chapter, New Beginning, New Life🕊️Tahniah anak SUARA - Muhammad Fauzan Harith bin Mohd Faizal🤝🤝Pada tarikh 19 Janu...
20/01/2026

🕊️New Chapter, New Beginning, New Life🕊️

Tahniah anak SUARA - Muhammad Fauzan Harith bin Mohd Faizal🤝🤝

Pada tarikh 19 Januari 2026 bermulah langkah baharu seorang anak SUARA ke Sekolah Sukan Malaysia Terengganu. Walaupun bukan dalam sukan ragbi namun SUARA berbangga cita-cita dan impian anak muda ini ingin melangkah ke sekolah sukan akhirnya tercapai. Salah seorang anak SUARA yang tidak pernah berputus asa, hormat dan patuh kepada keluarga dan gurunya serta orang sekeliling.

Start where you are. Use what you have. Do what you can.

Ingat dan kenanglah setiap satu yang pernah kamu lakukan. Gunakan dan amalkan tidak kira di mana kamu berada. Teruskan melangkah dan berusaha to be the best version of you.💪🏻

Benih yang baik, kalau dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung, dilontar ke langit menjadi bintang.

Doakan anak SUARA ini terus berjaya dan melakar nama ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang menolong dan membantu dalam perjalanan seorang anak SUARA ini. Moga semua itu akan berbalik kepada kalian semula nanti.


🍃3S SUARA SWEET SWEAT🍃SABTU | 3 JANUARI 2025 BUKIT SUNGAI ARA🕊️Family is not always blood, it is the people who stand by...
03/01/2026

🍃3S SUARA SWEET SWEAT🍃

SABTU | 3 JANUARI 2025
BUKIT SUNGAI ARA

🕊️Family is not always blood, it is the people who stand by you unconditionally🕊️

Satu pencapaian yang membanggakan apabila pasukan yang dibina bukan atas dasar nama sahaja tetapi dibina atas dasar ikatan

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti santai kita pada hari ini.

Seronok apabila kebersamaan itu ada. Bukan kemewahan yang dicari cukuplah kenangan untuk kita kenang nanti❤️


Address

Jalan Kodiang Changlun
Jitra
06100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SUARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category