MyLamoc CLUB Malaysia

MyLamoc CLUB Malaysia UNITE AND STAND TOGETHER
KITA RIDER TIADA BEZA

25/06/2026

MOTOSIKAL CHINA KINI BERADA DALAM KELOMPOK TOP 9 ASIA 🔥

Tahniah diucapkan kepada pelumba Voge AS25 Racing Team, #92 Muzakkir Mohamed, yang berjaya menamatkan saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) Pusingan 3 sambil menambah kutipan mata berharga buat pasukan.

Walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan-pasukan terbaik Asia, semangat juang dan usaha yang dipamerkan sepanjang perlumbaan membolehkan pasukan terus mengutip mata dalam kempen musim ini.

Setiap mata yang diraih amat penting dalam perjalanan pasukan untuk terus bersaing di pentas antarabangsa serta membuktikan kemampuan jentera Voge di arena perlumbaan Asia.

Teruskan berjuang dan jumpa lagi di pusingan seterusnya! 👏

Wakil Jupiter Club Indonesia hadir bercuti ke Malaysia sempat bertemu mata bersama wakil MyLamoc CLUB Malaysia Tuan Fais...
05/04/2026

Wakil Jupiter Club Indonesia hadir bercuti ke Malaysia sempat bertemu mata bersama wakil MyLamoc CLUB Malaysia Tuan Fais di Kuala Lumpur...
Semoga Jalinan hubungan antara Rider² Yamaha Jupiter Indonesia & Lagenda Malaysia terus bersilaturrahim selalu...


Kita Rider Tiada Beza

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN BUAT SEMUAShare la gambar Raya Korang,Lama tak bersua muka sahabat²..
21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN BUAT SEMUA

Share la gambar Raya Korang,
Lama tak bersua muka sahabat²..

26/02/2026

Boon Siew Honda Bagi Harga Istimewa Gongxi Raya — RSX & RSX Winner Dari RM8,498! 🔥

Sempena kempen Gongxi Raya, Boon Siew Honda tampil dengan tawaran harga istimewa untuk kapcai ‘Super’ mereka — Honda RSX & Honda RSX Winner (2026) kini bermula serendah RM8,498 (asas)!

Promo fasa kedua ini berlangsung 3 Februari hingga 31 Mac 2026, sempena dua musim perayaan besar — Tahun Baharu Cina & Aidilfitri. Masa paling tepat untuk upgrade jentera dengan deal lebih padu 💥

Kalau dah lama aim RSX, inilah timing dia. Singgah pengedar Impian X & Honda Select Shop seluruh Malaysia sebelum peluang terlepas!

📸 Boon Siew Honda



🔥CubPrix Pusingan 8 – Jempol! 🔥📅 27 & 28 September 2025📍 Dataran Seri Jempol, N. SembilanShare kat kawan² Hadir ke sana....
27/09/2025

🔥CubPrix Pusingan 8 – Jempol! 🔥
📅 27 & 28 September 2025
📍 Dataran Seri Jempol, N. Sembilan

Share kat kawan² Hadir ke sana..
# Kita Rider Tiada Beza #

HARGA PETROL | Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 September 2025 hingga 10 September 2025 ditetapkan seperti be...
03/09/2025

HARGA PETROL | Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 September 2025 hingga 10 September 2025 ditetapkan seperti berikut:

RON95: RM2.05 / liter
RON97: RM3.16 / liter
Diesel (Semenanjung Malaysia): RM2.88 / liter
Diesel (Sabah, Sarawak & Labuan): RM2.15/ liter

🤣

03/09/2025
03/09/2025

Qabil Irfan Kekal Mendahului Kejuaraan ESBK Talent.

Qabil Irfan mengekalkan konsistensi serta kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan kategori ESBK Talent meskipun perlumbaan 2 di Circuito de Navarra terpaksa ditamatkan awal susulan bendera merah (Red Flag).

Qabil memulakan hujung minggu perlumbaan dengan baik apabila menamatkan sesi latihan bebas di kedudukan kedua dan ketiga, sebelum menempah petak keempat pada sesi kelayakan dengan hanya 0.327 saat di belakang pelumba tuan rumah, Enzo Zaragoza.

Dalam perlumbaan 1, Qabil bermula cemerlang dengan segera naik ke kedudukan kedua sebaik sahaja perlumbaan bermula. Beliau kekal bersaing rapat dengan tiga pelumba lain sepanjang perlumbaan dan mencatatkan lap terpantas, 1:56.094 saat, pada empat lap terakhir. Namun, beliau menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat selepas pertarungan sengit sehingga ke garisan penamat.

Perlumbaan 2 p**a berakhir dengan insiden pada lap ke-13 yang memaksa perlumbaan dihentikan. Sebelum bendera merah dikibarkan, Qabil berjaya mendahului pada dua lap terakhir selepas memulakan aksi agresif dari kedudukan keempat. Bagaimanapun, keputusan rasmi ditentukan berdasarkan kedudukan pada lap ke-12, yang menyaksikan Qabil diisytiharkan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Meskipun berdepan sedikit kekecewaan, keputusan itu sudah memadai untuk mengekalkan Qabil di tangga teratas keseluruhan ESBK Talent dengan 202 mata, 32 mata mengatasi pencabar terdekat, Arnold Alessio.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Estoril, Portugal pada 13 dan 14 September, sementara Qabil dijadual menjalani latihan intensif di Barcelona sebagai persediaan menjelang saingan tersebut.

Ikuti MMM Garage untuk berita dunia sukan permotoran anda.

Racing Boy Penaja Rasmi Qabil Irfan https://s.shopee.com.my/3qAv4xeexx

03/09/2025
03/09/2025

Address

Jempol

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyLamoc CLUB Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category