10/08/2026
ISNIN | 3 OGOS 2026
🇲🇾📚 SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN KEMERDEKAAN 📚🇲🇾
Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Bulan Bahasa dan Kemerdekaan peringkat sekolah dengan penuh meriah dan semangat patriotik.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem iaitu Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi & Komunikasi Digital, yang turut menyampaikan amanat dan menyemarakkan semangat cintakan bahasa, bangsa dan negara dalam kalangan warga sekolah.
Sambutan ini menjadi wadah untuk memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu, menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan serta menyemai semangat patriotisme dan jati diri dalam kalangan murid.
Semoga program yang dilaksanakan sepanjang Bulan Bahasa dan Kemerdekaan ini dapat memberikan pengalaman bermakna dalam kalangan warga sekolah.
🇲🇾 “Bahasa Jiwa Bangsa, Merdeka Jiwa Malaysia!” 🇲🇾