15/06/2026
Alhamdulillah, Kem Silat Ahad yang lalu telah berlangsung dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jurulatih iaitu Cikgu Lia,Cikgu Danish dan Cikgu daniyah yang telah mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan kesabaran sepanjang kem berlangsung. Segala tunjuk ajar, teguran dan pengorbanan kalian amat bermakna dalam membentuk pesilat yang berdisiplin, berakhlak dan berjiwa kental.
Jutaan terima kasih juga kepada semua Jemputan iaitu Setiausaha PSSGMK Perak Puan Mas sharifah binti Mismat, Naib YDP II Cikgu Zulkifli Saleh dan Jurulatih Encik Faris Danial bin Mohd Arif Faizal kerana sudi turun memberi kata2 semangat dan panduan buat pesilat semua..Tak lupa jua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, serta kepada setiap pesilat yang hadir dengan semangat juang yang tinggi. Keringat yang dicurahkan hari ini adalah bekalan untuk kejayaan pada masa hadapan.
Buat semua pesilat, jadikan kem ini sebagai titik permulaan untuk terus memperbaiki diri. Latihan tidak berakhir di sini. Teruskan berlatih dengan disiplin, rendah hati dan semangat yang tidak pernah luntur. Kemenangan bukan sekadar meraih pingat, tetapi membuktikan usaha, kesungguhan dan jati diri seorang pesilat.
Harapan kami , semoga setiap pesilat bersedia menghadapi pertandingan yang bakal tiba dengan penuh keyakinan. Bawalah semangat Silat Gayong, junjung adab, pelihara maruah diri, dan berjuang dengan sepenuh hati. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk turun ke gelanggang dengan ilmu, adab dan semangat juang yang tinggi itulah kemenangan sebenar.
Takkan Melayu Hilang di Dunia, Selagi Adat Dijunjung, Silat Dipertahankan.
Ayuh, terus melangkah. Terus berlatih. Terus mengharumkan nama pas**an.
** **