Persatuan Hoki Hilir Perak

Persatuan Hoki Hilir Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Hoki Hilir Perak, Hockey Arena, Ipoh.

πŸ‘πŸ§§ SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 πŸ§§πŸ‘Persatuan Hoki Daerah Hilir Perak ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada sel...
16/02/2026

πŸ‘πŸ§§ SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 πŸ§§πŸ‘

Persatuan Hoki Daerah Hilir Perak ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kemakmuran dan kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Diharapkan juga semangat perpaduan, hormat-menghormati dan keharmonian antara kaum terus kukuh selaras dengan semangat kesukanan.

Gong Xi Fa Cai 🧧
Semoga tahun ini dipenuhi dengan rezeki yang melimpah, kegembiraan berpanjangan dan kejayaan yang gemilang.

Ikhlas daripada,
Persatuan Hoki Hilir Perak πŸ‘βœ¨

Piala Hoki Sirkit Akhir Pembangunan MSSPKPerempuan Bawah 12 Tahun (P12)πŸ“… Isnin | 26 Januari 2026πŸ“ SSN SMK Gunung Rapat, ...
03/02/2026

Piala Hoki Sirkit Akhir Pembangunan MSSPK
Perempuan Bawah 12 Tahun (P12)
πŸ“… Isnin | 26 Januari 2026
πŸ“ SSN SMK Gunung Rapat, Ipoh

Pasukan Hoki Hilir Perak Bawah 12 Tahun (U12) telah menyertai kejohanan ini dengan hanya 1 pasukan yang layak ke sirkit akhir, iaitu BLACK WATER yang beraksi dalam Kumpulan Diamond.

πŸ”₯ Keputusan Perlawanan Pasukan BLACK WATER

β€’ πŸ†š SK Selama β€” Seri 0–0
β€’ πŸ†š Sekaseh HT β€” Menang 2–0
β€’ πŸ†š KS β€” Menang 3–1
β€’ πŸ†š Puteri Kerian β€” Seri 0–0
β€’ πŸ†š Bakapian Angels β€” Menang 1–0
β€’ πŸ†š ST Paul β€” Menang 2–0

πŸ† Perlawanan Akhir
BLACK WATER sekali lagi bertemu Sekaseh HT dan berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2–1, seterusnya mengesahkan gelaran JUARA KESELURUHAN DIAMOND.

πŸ₯‡ Pencapaian Akhir: JOHAN (Pingat Emas)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan atas komitmen tinggi, disiplin yang mantap serta semangat juang luar biasa sepanjang kejohanan ini. Kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan hoki akar umbi di daerah Hilir Perak.

πŸ–€πŸ’› MAJULAH HOKI, MENGGEMILANGLAH HILIR PERAK πŸ’›πŸ–€

Piala Hoki Sirkit Akhir Pembangunan MSSPK Lelaki Bawah 12 Tahun (L12)Tarikh: Ahad, 25 Januari 2026Tempat: SSN SMK Gunung...
29/01/2026

Piala Hoki Sirkit Akhir Pembangunan MSSPK Lelaki Bawah 12 Tahun (L12)
Tarikh: Ahad, 25 Januari 2026
Tempat: SSN SMK Gunung Rapat, Ipoh

Pasukan Hoki Hilir Perak Bawah 12 Tahun (U12) telah menyertai Piala Hoki Sirkit Akhir Pembangunan MSSPK L12 dengan menghantar dua pasukan, iaitu BLACKIES (Kumpulan Platinum) dan IDRISIAN MAVERICKS (Kumpulan Diamond).

Keputusan Pasukan BLACKIES (Platinum)

Pasukan BLACKIES telah menghadapi persaingan sengit dalam Kumpulan Platinum dan mencatatkan keputusan seperti berikut:
β€’ Menang ke atas SK Seri Iskandar (2–0)
β€’ Seri menentang Ipoh HC Boys (1–1)
β€’ Tewas kepada SB Panthers A (0–2)
β€’ Tewas kepada Sekaseh HT (0–2)
β€’ Tewas kepada Badang AR (1–2)
β€’ Tewas kepada Kerian Thunderbolts (0–6)
β€’ Menang ke atas SKPTLDM Sharks (3–0)
β€’ Seri menentang Elite Raptors (0–0)
β€’ Seri menentang Kerian Warriors (1–1)

Secara keseluruhan, pasukan BLACKIES berjaya menamatkan kejohanan di kedudukan ke-7 dalam Kumpulan Platinum.

Keputusan Pasukan IDRISIAN MAVERICKS (Diamond)

Pasukan IDRISIAN MAVERICKS menunjukkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan dengan keputusan berikut:
β€’ Seri menentang Sekebun Thunderstick (0–0)
β€’ Seri menentang Orca White (0–0)
β€’ Menang ke atas Speedy Raptors (1–0)
β€’ Seri menentang St. Paul (1–1)
β€’ Menang ke atas Dendang Boys (2–0)
β€’ Seri menentang Seri Cempaka B (1–1)
β€’ Menang ke atas Best 4 (3–0)
β€’ Menang ke atas KS (1–0)
β€’ Menang ke atas Kejaya (1–0)

Hasil daripada pencapaian tersebut, pasukan IDRISIAN MAVERICKS berjaya menduduki tempat ke-3 keseluruhan dalam Kumpulan Diamond dan seterusnya memenangi pingat gangsa.

Pihak Persatuan Hoki Hilir Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan atas komitmen, disiplin serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan ini.

πŸ–€πŸ’› MAJULAH HOKI UNTUK HILIR PERAK πŸ’›πŸ–€

PERSIAPAN PASUKAN HOKI HILIR PERAK U12 (L12 & P12).Pasukan hoki daerah Hilir Perak L12 & P12 kini giat menjalani persiap...
24/01/2026

PERSIAPAN PASUKAN HOKI HILIR PERAK U12 (L12 & P12).

Pasukan hoki daerah Hilir Perak L12 & P12 kini giat menjalani persiapan di SK Ayer Hitam bagi menghadapi Sirkit Akhir Pembangunan MSSPK dan Piala Guru Besar SKBPJ Sungai Petani.

Gabungan pemain-pemain terbaik & terpilih daripada 8 buah sekolah, bersatu membawa harapan dan semangat juang demi nama Hilir Perak.

πŸ‘ Sirkit Akhir Pembangunan MSSPK
πŸ“ SSN SMK Gunung Rapat, Ipoh
πŸ“… 25 & 26 Januari 2026

πŸ† Piala Guru Besar SKBPJ (U12)
πŸ“ Turf MPSPK, Sungai Petani
πŸ“… 31 Januari & 1 Februari 2026

Kami daripada Persatuan Hoki Hilir Perak mendoakan dan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada para jurulatih, pegawai serta adik-adik pasukan hoki Hilir Perak U12. Berjuanglah hingga ke titisan terakhir.

Semoga usaha ini menjadi langkah awal melahirkan pemain berkualiti yang mampu mewakili Perak dan Malaysia di masa hadapan.

πŸ–€πŸ’› MAJULAH HOKI UNTUK HILIR PERAK πŸ’›πŸ–€

BARISAN JAWATANKUASA BAHARU PERSATUAN HOKI DAERAH HILIR PERAK BAGI PENGGAL 2025-2027.YANG DI PERTUA : KHAIRUL AUFA BIN M...
14/01/2026

BARISAN JAWATANKUASA BAHARU PERSATUAN HOKI DAERAH HILIR PERAK BAGI PENGGAL 2025-2027.

YANG DI PERTUA : KHAIRUL AUFA BIN MOHAMED YUSOF
NAIB YANG DI PERTUA I : ZAIN AZRAAI BIN ABU BAKAR @ YUSOF
NAIB YANG DI PERTUA II : WAFDI BIN MOHD RAMLI
SETIAUSAHA : AFIQ BIN NAZARUDDIN
PENOLONG SETIAUSAHA : HISHAM BIN ALI
BENDAHARI : AMIN BIN HAMZAH

AJK : NOOR FADHILAH BINTI BAKRI
AJK : JAMSYAIRIL AZDEE BIN LOPE AHMAD
AJK : MUHAMMAD NUR FADZLI BIN HAMZAH
AJK : MOHAMAD AZWAN BIN MOHAMAD KHAIRUDDIN
AJK : KHAIRUL EFFIZAL BIN ZAINAL HASNAN
AJK : HILMI BIN AHMAD ZOLKIPLEY
AJK : MOHD AZHARI BIN MOHD BUZI
AJK : MUHAMMAD AKMAL BIN SAAD
AJK : KAMARUL AZHAR BIN MUSA
AJK : SURAYA BINTI JAMALUDIN
AJK : MOHAMMAD AFIF FAHIM BIN HAIRANI

JURUAUDIT I : RUZIDAN BIN SENAWI
JURUAUDIT II : HAIRY BIN ABDULLAH



✨ SELAMAT TAHUN BARU 2026 ✨Salam Tahun Baharu 2026 daripada Persatuan Hoki Daerah Hilir Perak πŸ‘Semoga tahun 2026 hadir m...
01/01/2026

✨ SELAMAT TAHUN BARU 2026 ✨

Salam Tahun Baharu 2026 daripada Persatuan Hoki Daerah Hilir Perak πŸ‘

Semoga tahun 2026 hadir membawa semangat baharu, azam yang lebih kuat dan kejayaan yang lebih gemilang buat seluruh keluarga hoki Hilir Perak. Terima kasih atas sokongan, komitmen dan kebersamaan semua pemain, jurulatih, pengadil, ibu bapa serta penyokong yang sentiasa berdiri teguh bersama kami.

Ayuh kita terus melangkah ke hadapan, bersatu hati, mengorak langkah lebih jauh dan mengharumkan nama hoki Hilir Perak di persada yang lebih tinggi.

Jumpa di padang. Teruskan berjuang. Demi Hoki Hilir Perak! πŸ’›πŸ–€

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Hoki Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category