01/12/2025
Jenama raket Hundred semakin kerap menghiasi kejohanan badminton di kaca tv kita dan ada juga yang menghiasi kejohanan akhir.
Jom kita cerita sikit pasal jenama raket ni. Ini adalah iklan ‘tidak berbayar 😄’
Jenama raket Hundred mempunyai pelbagai model seperti Atomic X, Battle, Nitrix, Ioniq, dan Shadow Lite. Jenama ini menghasilkan pelbagai jenis raket untuk pemain yang berbeza, termasuk raket yang direka untuk kelajuan, kuasa, dan kawalan.
Model raket Hundred seperti Atomic X: Contohnya ialah Atomic X 100 Pro dan Atomic X Dark Sword.
Battle: Model ini termasuk Battle 900 dan Battle 700.
Nitrix: Model seperti Nitrix 70 Venom dan Nitrix Thunder terdapat dalam pelbagai varian.
Ioniq: Model terkenal ialah Ioniq 100, yang mempunyai ciri-ciri seperti titik keseimbangan ‘head heavy’ dan kerangka box frame. Biasanya ciri raket seperti ini lebih cenderung untuk kegunaan pemain perseorangan.
Shadow Lite: Model ini direka untuk pemain yang mengutamakan ketepatan dan kuasa dengan kemasan metalik.
PrimeArmour: Model PrimeArmour 800 direka untuk meningkatkan prestasi raket melalui pembinaan kerangka nano.
Ciri-ciri utama, kelajuan dan kawalan: Banyak raket Hundred, terutamanya yang ringan, direka untuk kelajuan dan memudahkan pergerakan tangan, menjadikannya pilihan yang baik untuk pemain yang memerlukan masa tindak balas yang cepat dan pantas terutama meibatka pemain beregu.
Kuasa: Beberapa model, seperti IONIQ 100 dengan power beam system, direka khas untuk menjana kuasa tambahan.
Fleksibiliti: Beberapa raket mempunyai ciri flexible shaft yang membolehkan raket melentur lebih banyak untuk menghasilkan lebih banyak kuasa pada pukulan.
Ketegangan: Sesetengah model boleh menahan ketegangan yang tinggi, contohnya raket IONIQ 100 boleh ditarik hingga 34 lbs.