26/08/2025
"๐๐๐ ๐๐ฌ๐ข ๐ญ๐๐ค ๐ฉ๐๐ซ๐ง๐๐ก ๐๐ข๐ฆ๐๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐๐ง. ๐๐ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฃ๐ข๐ฐ๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ."
Izinkan abang kongsikan satu perspektif berbeza, bukan semata-mata atas dasar sentimental, tetapi atas dasar realiti yang lebih luas dari sekadar dokumen dan lesen.
Ya, dalam bola sepak moden, lesen dan pengiktirafan dari badan induk seperti FAM, MFL, AFC dan FIFA memang penting untuk struktur pertandingan. Namun, jangan kita keliru antara entiti korporat dan entiti sejarah. Lesen boleh bertukar tangan, syarikat boleh muflis, slot liga boleh berpindah, tetapi legasi dan identiti sesuatu kelab tidak boleh dijual beli.
Perak FA yang lama tidak โdihapuskanโ, ia dipaksa berevolusi melalui penswastaan.
Dan apabila entiti itu gagal (yakni XOX dan Perak FC), adakah kita harus menyatakan legasi 1921 telah mati hanya kerana lesen tidak lagi wujud di tangan mereka? Jika begitu, adakah kita akan kata Rangers FC di Scotland juga telah mati semata-mata kerana entiti syarikat mereka ditutup dan diganti oleh pemilik baru?
Bola sepak tidak pernah hanya soal lesen. Ia tentang komuniti, penyokong, identiti negeri, dan jati diri. Perak FA yang kini ditubuhkan semula oleh PAFA bukan pasukan โbaruโ dari segi semangat dan misi. Ia adalah kelangsungan, satu bentuk penjenamaan semula untuk menghidupkan kembali apa yang telah diruntuhkan oleh kegagalan pengurusan lampau.
Perak FA tidak perlukan lesen Perak FC untuk menyambung legasi.
Kerana legasi bukan terletak pada dokumen, ia hidup dalam jersi putih kuning hitam, dalam semangat penyokong setia, dan dalam sejarah yang tidak pernah padam walaupun diswastakan.
Jika kita mengukur legasi semata-mata berdasarkan lesen, maka bola sepak bukan lagi milik rakyat, tapi milik fail dan kertas.
Jadi bagi abang, Perak FA hari ini adalah waris sah semangat 1921. Bukan kerana lesen, tetapi kerana mereka memilih untuk meneruskan perjuangan yang orang lain tinggalkan.