Silver Retro

Silver Retro "Bola Itu keramat....Perak itu jiwa"

PIALA PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH KAMPAR 2026/2027➡️Syarat pertandingan & Borang Penyertaan : https://drive.goo...
25/08/2026

PIALA PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK DAERAH KAMPAR 2026/2027

➡️Syarat pertandingan & Borang Penyertaan : https://drive.google.com/drive/folders/1Yr1pn_vxolGY3zM8sELGoxMOnzSrMgab?usp=sharing

☎️ Untuk maklumat lanjut atau tempahan slot penyertaan, hubungi:

📞Fazdhli : 019-380 1186
📞Hadi Azman : 011-1162 8815

Siapa cepat, dia dapat! Hanya 12 slot disediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Juara Piala Presiden Liga Kampar 2026/2027!

HABUAN ISTIMEWA BAKAL MENANTI SKUAD BOLASEPAK SUKMA PERAKIPOH : Kejayaan merangkul ibu segala pingat dalam Sukan Malaysi...
19/08/2026

HABUAN ISTIMEWA BAKAL MENANTI SKUAD BOLASEPAK SUKMA PERAK

IPOH : Kejayaan merangkul ibu segala pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-22 yang sedang berlangsung di Selangor akan menjadi sumbangsih paling berharga buat Menteri Besar Perak ke-13 Dato' Seri Saarani bin Mohamad.

Mula menjawat jawatan tersebut pada tahun 2020, skuad bolasepak Perak gagal dalam dua edisi SUKMA di Lembah Klang 2022 dan Sarawak pada 2024. Kali terakhir Perak merangkul emas adalah ketika menjadi tuan rumah SUKMA 19 setelah menewaskan Kedah 2-1 dalam perlawanan penuh emosi dan mendebarkan itu.

Mengikut rekod, Perak pernah merangkul pingat emas sebanyak 4 kali pada tahun 2002 dan tiga edisi berturut-turut 2014, 2016 dan 2018. Lebih menarik penolong jurulatih pasukan bolasepak SUKMA edisi kali ini Shahrul Nizam Mustafa adalah antara kumpulan pemain pada edisi berkenaan (2002).

Bolasepak Negeri Perak bagaikan hilang dari dunia kemeriahan sukan itu setelah terkuburnya Perak FC dan tiada lagi gempita dapat didengari di stadium keramat Stadium Perak. Stadium yang ditutup kerana proses menanam rumput baru, mungkin mengambil masa 2 tahun lagi untuk dibuka semula.📏

Perak akan turun menentang pasukan Johor dalam aksi separuh akhir 2 di Stadium MBPJ pada jam 8.30 malam Khamis (20 Ogos 2026) dan terlebih dahulu pada sebelah petang berlangsung separuh akhir 1 yang akan menemukan tuan rumah Selangor menentang Pahang di Stadium UiTM Shah Alam

Semoga kejayaan milik pasukan Negeri Perak
Doa & Sokongan untuk pasukan Perak !

Ubi Kita💪


Kredit Gambar : Perak FA

"Innalillahi wainna ilaihi rajiunSilver Retro menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga arwahyarham Lagenda ...
15/07/2026

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun

Silver Retro menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga arwahyarham Lagenda Bolasepak Negara Rosle Md Derus.

Semoga tabah menghadapi dugaan ini, didoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan الله dikalangan orang² yang beriman"
In Shaa Allah

Kredit Gambar : Penang Football Club

06/07/2026

Khabar Angin yang mengaitkan bekas Presiden FAM dengan perlantikan Ketua Jurulatih baru Perak FA

Selamat datang Selenger

27/06/2026

PENGENDALI LUAR MUNGKIN
PILIHAN PERAK FA

IPOH : Persatuan Bolasepak Perak dijangka bakal mengikat pengendali luar untuk saingan Liga A1 musim baharu bagi pasukan Perak FA setelah syarat terbaru yang dikeluarkan Amateur Football League (AFL) tidak memungkinkan untuk pasukan mengekalkan pengendali yang sedia ada.

Dengan kemampuan kewangan yang sederhana dan situasi negara yang akan menghadapi pilihanraya atau mungkin tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang boleh berubah kelak. Pemilihan anak negeri yang berkelayakan sebagai jurulatih dilihat cadangan yang lebih baik perlu diteliti persatuan.

Kehadiran Jurulatih yang suam² dikala Perak sedang dalam prestasi yang agak baik pada saingan lalu bukan lah sesuatu yang menarik sebagai daya tarikan penonton dalam usaha mengembalikan sokongan penyokong dan peminat setia bolasepak negeri ini.

Persatuan yang dipimpin oleh jawatankuasa baru perlu lebih berkeyakinan dalam senario keluar masuk pemain dan pegawai pasukan agar 'penyakit' lama tidak kembali tular sehingga penyokong boleh membezakan isi persatuan yang lama dan yang baru.

Walau bagaimana pun ini hanyalah khabar angin yang belum disahkan. Semoga Perak FA terus cemerlang dalam persiapan pasukan bagi musim baharu Liga Semi-Pro A1 Malaysia.

11/06/2026

Angin perubahan seperti di IFC seakan bakal melanda Perak

Bardhan Cup Edisi Ke 86PERAK KENDURI GOL Perak mengintai peluang untuk mara ke peringkat Separuh Akhir dalam Kejohanan B...
18/04/2026

Bardhan Cup Edisi Ke 86
PERAK KENDURI GOL

Perak mengintai peluang untuk mara ke peringkat Separuh Akhir dalam Kejohanan Bardhan Cup 2026 setelah bernafsu membelasah Pulau Pinang 4-0 pada perlawanan yang berakhir sedikit lewat ekoran hujan lebat di bandaraya Ipoh petang tadi

Perak yang akan membuat penentuan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Perlis dilihat menguasai perlawanan dan Pulau Pinang hanya sesekali berjaya melepasi benteng terakhir Seladang.

Beberapa pemain muda Perak yang mempunyai potensi turut mendapat perhatian dan tepukan gemuruh setiap kali pasukan tuan rumah itu melancarkan serangan ke kawasan pertahanan pelawat.

Paling mencuri perhatian adalah pemain tengah menyerang pasukan Perak Karunagaran a/l Kumar yang sentiasa menjadi duri dalam daging buat pertahanan pasukan lawan. Berusia 25 tahun pemain yang mewakili Kelab YIR FC itu pastinya menjadi sandaran ketika Perak bertandang ke Pulau Pinang bagi pertemuan menentang Perlis kelak.

LUTFI KELAB GENDANG PERAK DALAM KENANGANInnalillahiwainnalillahirajiun‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن ''Dari A...
24/01/2026

LUTFI KELAB GENDANG PERAK DALAM KENANGAN
Innalillahiwainnalillahirajiun

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
''Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali

Kami di Silver Retro dukacita memaklumkan Presiden Kelab Gendang Perak KGP Muhammad Lutfi Abd Halim telah kembali ke rahmatullah lewat petang semalam di Hospital HRPB Ipoh

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn

AlFatihah .
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Terima kasih Lutfi atas persahabatan ini😭
🤍💛🖤

S E K I L A STerima Kasih YB Ustaz Hafez Sabri sumbangan  jersi edisi 'Away' buat pasukan Pilihan Ex PerakJasa mu kami k...
22/12/2025

S E K I L A S
Terima Kasih YB Ustaz Hafez Sabri sumbangan jersi edisi 'Away' buat pasukan Pilihan Ex Perak

Jasa mu kami kenang

Arena ADTEC IPOH

PERLAWANAN PERSAHABATAN 3 PENJURUPilihan Ex PerakMBI DragonTeam Media PerakAntara yang hadir termasuklah1. Ahmad Shahrul...
20/12/2025

PERLAWANAN PERSAHABATAN 3 PENJURU
Pilihan Ex Perak
MBI Dragon
Team Media Perak

Antara yang hadir termasuklah
1. Ahmad Shahrul Azhar Soffian
2. Syamsul Mohd Saad
3. Chan Kok Heng
4. Chee Wan Hoe
5. Guna Perayannan
6. Nantha Kumar
7. Danial Fadzly Ths
8. Chan Wing Hoong
9. Shahrul Nizam Mustafa
10. Shahril Nizam
11. Noor Hazrul Mustafa
12. G. Saravanan Kumar
13. Rajini kajendran
14. Shahrizal Saad
15. Khairul Amri Salehuddin
16. Nurridzuan Abu Hassan Saari
17. Fauzi Ariffin

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silver Retro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share