Perak The Bos Gaurus

Perak The Bos Gaurus Perak The Bos Gaurus KEJOR YOB SKOR

Perak The Bos Gaurus ( PTBG )
Email me at : [email protected]

Perak The Bos Gaurus penjenamaan semula pasukan Seladang yang baru pada tahun 2014.

KELANTAN RED WARRIOR FC BAKAL BERAKSI DALAM LIGA SUPER 2026-2027Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan kel...
16/07/2026

KELANTAN RED WARRIOR FC BAKAL BERAKSI DALAM LIGA SUPER 2026-2027

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan kelab Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior FC bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2026-2027 berikutan keputusan penarikan diri PDRM FC.

Kelantan Red Warrior FC yang menduduki tangga ke-4 Liga A1 musim lalu itu sebelum ini telah melengkapkan segala dokumen bagi kriteria kewangan untuk dipromosikan ke Liga Super.

Kelab yang berpangkalan di Kota Bharu itu dilihat lebih bersedia berbanding UM Damansara United FC (ke-6 Liga A1) dan Bunga Raya FC (ke-12 Liga A1) yang turut mengemukakan permohonan selepas mendapat Lesen Kebangsaan Luar Biasa daripada FIB.

Bagaimanapun, satu lagi kelab Liga A1, Armed Forces FC tidak memohon untuk bertanding dalam Liga Super 2026-2027.

PDRM FC telah menghantar surat rasmi penarikan diri kepada MFL semalam dengan mengambil kira faktor mahu memberi fokus kepada penstrukturan semula pengurusan kelab.

Kehadiran Kelantan Red Warrior FC menggantikan PDRM FC melengkapkan jumlah 12 kelab yang akan bertanding bagi Liga Super 2026-2027 iaitu juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC yang sebelum ini dikenali sebagai Imigresen FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC dan Melaka FC.

-27

RASMI: 12 kelab bakal berentap dalam Liga Super 2026/27!Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan sebanyak 12...
11/07/2026

RASMI: 12 kelab bakal berentap dalam Liga Super 2026/27!

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan sebanyak 12 kelab akan bersaing merebut kejuaraan Liga Super 2026-2027 yang bakal membuka tirai pada 21 Ogos ini.

Kelab yang telah mengesahkan penyertaan adalah juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC yang sebelum ini dikenali sebagai Imigresen FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC dan Melaka FC.

Keputusan FIB ke atas status PDRM FC ini juga akan turut diambil pertimbangan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL yang akan melihat secara menyeluruh tahap kesediaan dan kelangsungan kelab itu untuk menguruskan operasi sepanjang musim 2026-2027.

Sekiranya PDRM FC gagal dalam penyerahan maklumat berkenaan, slot satu lagi pasukan Liga Super 2026-2027 bakal diisi kelab Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior FC.

Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara Liga Super, JDT dan naib juara Kuching City FC dalam Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada 21 Ogos 2026.

Perlawanan ini juga adalah aksi pertama Liga Super 2026-2027 dengan keputusan perlawanan akan dikira dalam saingan liga yang akan berakhir pada 23 Mei 2027.

21/06/2026
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PADA 17 JUN 2026.
17/06/2026

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PADA 17 JUN 2026.

17/06/2026
Perlawanan mana pilihan komer..
16/06/2026

Perlawanan mana pilihan komer..

Kesemua perlawanan hari ini berakhir dengan keputusan seri 🌍🏆
16/06/2026

Kesemua perlawanan hari ini berakhir dengan keputusan seri 🌍🏆

Address

PERAK STADIUM
Ipoh
31400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perak The Bos Gaurus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perak The Bos Gaurus:

Shortcuts

Share

Category