30/04/2026
𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓
Kepada kalian yang telah lama di medan rawatan,
yang telah melihat pelbagai ragam gangguan,
yang mungkin merasakan diri sudah cukup.
Cukup ilmu.
Cukup guru.
Cukup pengalaman.
Namun jujurlah bertanya pada hati…
benarkah semua persoalan telah terjawab,
atau kita sekadar sudah biasa hidup dengan tanda tanya?
Ramai perawat tidak lemah kerana kurang ilmu,
tetapi kerana ilmu tidak tersusun,
gerak tidak kembali kepada Tauhid,
dan amal berjalan tanpa kefahaman makrifat.
Di sini bukan tempat menambah kehebatan,
tetapi tempat meleraikan simp**an
yang selama ini kita sangka sudah selesai.
Bukan semua orang perlu datang,
tetapi bagi yang masih mencari jawapan
yang tidak ditemui di mana-mana guru sebelumnya,
mungkin…
jawapan itu ada di sini.
Yang cukup, biarlah dia tenang.
Yang masih mencari, pintu tidak pernah ditutup.
Perawat kepada perawat.
Ilmu kepada yang sedia memikul amanah.
Jazakallah
TGR Daeng
🔴🟡⚫️