Ipoh Muay Thai Stadium

Ipoh Muay Thai Stadium A communal Muaythai gym that builds talents for IFMA, WMC and ONE Championship fight cards.

23/08/2026

Maka berakhirlah acara Sukan Muaythai SUKMA 2026. Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, para penyokong, jurulatih, atlet, pegawai serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.

Segala sokongan, semangat dan usaha yang diberikan amat kami hargai. Tahniah kepada semua atlet-atlet dari semua negeri-negeri yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh.

Dengan segala hormatnya, kami menjemput atlet-atlet amatur dari semua peringkat umur untuk menyertai kejohanan terbuka i...
19/08/2026

Dengan segala hormatnya, kami menjemput atlet-atlet amatur dari semua peringkat umur untuk menyertai kejohanan terbuka ini. Yuran akan dimaklumkan kemudian dan tarikh tutup permohonan adalah 1hb Sept 2026. Untuk pemohonan, sila isi pautan Google Form: https://forms.gle/2DvaaPpMGT8mb9x78

15/08/2026

Ucapan kepada semua jurulatih, pengadil dan atlet di seluruh Malaysia. Semoga segala usaha, pengorbanan dan latihan persediaan yang dijalankan membuahkan hasil yang membanggakan di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. Jumpa di Selangor nanti.

Gambar kenangan di Gym Samingprai, Phattalung, Thailand, bersama barisan jurulatih dan atlet-atlet pasukan SUKMA Negeri ...
08/08/2026

Gambar kenangan di Gym Samingprai, Phattalung, Thailand, bersama barisan jurulatih dan atlet-atlet pasukan SUKMA Negeri Perak. Semoga segala pengalaman manis dan pahit yang dilalui menjadi bekalan berharga untuk menghadapi cabaran menanti. Pasukan akan berangkat pulang ke tanahair hari ini untuk meneruskan latihan sebagai persiapan terakhir menghadapi SUKMA.

Ucapan selamat maju jaya juga kami tujukan kepada semua jurulatih and pasukan negeri-negeri lain yg sedang membuat persediaan. Semoga dipermudahkan segala urusan.

07/08/2026

We are building the next generation slowly, but surely.
Champions are built together, because they spar and sharpen each other, just as iron sharpens iron.

Video credit: Tiktok

Send a message to learn more

Latihan intensif pasukan Muaythai negeri Perak kini sedang giat dijalankan di Samingprai Muay Thai Gym, Phatthalung, Tha...
29/07/2026

Latihan intensif pasukan Muaythai negeri Perak kini sedang giat dijalankan di Samingprai Muay Thai Gym, Phatthalung, Thailand, sebagai persediaan menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026. Ahli pasukan telah berada di Phatthalung utk latihan sejak awal bulan Julai dan akan kembali ke tanahair di awal Ogos.

Sesi latihan intensif dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, Dr. Arjarn Bernard Radin, dengan dibantu oleh Kru Bao, Kru Omnoi dan Kru Umar. Barisan kejurulatihan memberi tumpuan kepada aspek teknikal, taktikal, kecergasan serta persediaan mental bagi memastikan setiap atlet berada pada tahap terbaik menjelang temasya.

Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Ruzana yang telah muncul juara di kategorinya pagi tadi di Kejohanan Amateur Combat ...
26/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Ruzana yang telah muncul juara di kategorinya pagi tadi di Kejohanan Amateur Combat Fight Championship. Kejohanan tersebut berlangsung 25-26hb Julai 2026 di Dewan Taboh Naning Jaya, Alor Gajah, Melaka.

Kami menrakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan gym lawan yang sudi berkongsi pentas ring, serta kepada pihak penganjur atas usaha dan komitmen dalam menjayakan acara yang begitu menarik dan penuh semangat kesukanan ini.

Sedutan upacara penutupan rasmi Kem Belang Tarung Tiga Warna 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak.Kem ini...
08/07/2026

Sedutan upacara penutupan rasmi Kem Belang Tarung Tiga Warna 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak.

Kem ini telah berlangsung di White Resort Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang, dari 6 hingga 8 Julai 2026, dan menghimpunkan atlet-atlet Muaythai dan sukan-sukan lain dari negeri Perak yang sedang membuat persiapan akhir bagi menghadapi SUKMA XXII Selangor, yang akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026.

Semoga segala usaha, disiplin dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang kem ini menjadi bekalan untuk membawa pulang kejayaan buat Negeri Perak.

Address

7, Jalan Watson
Ipoh
30350

Opening Hours

Monday 17:30 - 21:30
Tuesday 17:30 - 21:30
Wednesday 17:30 - 21:30
Thursday 17:30 - 21:30
Friday 17:30 - 21:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipoh Muay Thai Stadium posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share