16/09/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾
Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti pembentukan Malaysia serta menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Hari Malaysia menjadi wadah untuk kita mengenang sejarah pembentukan Malaysia, menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara serta terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan maju.
🇲🇾 Ayuh kita terus memperkukuh semangat perpaduan dan bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan serta kemakmuran Malaysia.
“𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶”
Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad
Ketua Pengarah Kastam
serta Seluruh Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia
𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡 • 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 • 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦
©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 | 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀