Ahmad Paisley

Ahmad Paisley Saja buat tempat latihan menulis.

DIMANAKAH HILANGNYA IDENTITI REKRUTMEN LIVERPOOL??Dulu era Klopp, kita ada identiti rekrutmen yang jelas.Walaupun bila m...
27/08/2026

DIMANAKAH HILANGNYA IDENTITI REKRUTMEN LIVERPOOL??

Dulu era Klopp, kita ada identiti rekrutmen yang jelas.

Walaupun bila masa transfer window buka, awalnya penuh tanda tanya tapi biasanya pengakhiran sentiasa positif.

Walaupun dengan dana tak seberapa, tapi Liverpool cari pemain dengan bijak.

Tak mengejar nama besar atau tayang duit berkepuk-kepuk.

Guna data dan statistik yang tepat, kesabaran tinggi, senyap penuh kerahsiaan.

Sedar-sedar je dah 'here we go'.

Hasilnya kita berjaya dapat pemain macam Wjinaldum, Salah, Mané, Van Dijk, Alisson, Fabinho, Diaz.

Mereka datang tanpa drama dan saga, terus jadi 'raksasa' dan perform.

Bijak dan berkesan.

​Sekarang?

Identiti rekrutmen ni macam dah hancur.

Liverpool dah macam orang hilang arah, daripada Barcola ke Minteh, tiba-tiba nak sauk Sarr p**ak pada harga yang tak masuk akal.

Urus niaga meleret jadi santapan media berbulan-bulan, pemain p**a tak masuk walaupun dah habis pra-musim.

Endingnya, pemain yang dicari terlepas.

Ini bukan strategi, ini tindakan panik yang seakan tiada pelan atau perancangan bijak.

​Dan 'watak utama' di sebalik kebodohan ini tidak lain tidak bukan, Richard Hughes.

​Masa Slot bertungkus-lumus guna skuad lama, Hughes macam acuh tak acuh.

Gagal bincang kontrak dengan Trent, Diaz yang perform dijual ke Bayern untuk beli Wirtz dan Isak yang tak perform pun.

Dan akhirnya ketika tamat musim, Slot pun dilucutkan jawatan Headcoach oleh Hughes.

Kemudian cycle yang sama seolah-olah dah berlaku musim panas ni.

Walaupun Headcoach baru Iraola dah ada.

Tapi ramai pemain senior pindah secara percuma macam Salah, Konate dan Robertson.

Pastu tinggal posisi mereka tanpa pengganti.

Padahal macam Salah tu, dari bulan 3 dia dah bagitau nak keluar.

Patutnya pengganti tu dah dicari sebelum musim tamat lagi.

Tapi tula, Hughes memang 'pantas' buat kerja....

​Nasib baiklah dia dah pasti angkat kaki ke kelab Saudi.

Cuma masalahnya, Hughes bolehlah seronok dan tenang di negara padang pasir dengan poket tebal.

Sementara Iraola pening takde pemain yang cukup.

Kelab p**a terpaksa menghadap 'tahi' yang dia tinggalkan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dibersihkan semula.

​Terima kasih banyak-banyak, Richard Hughes!

'Jasa' anda akan kami kenang!!

GW1 : LIVERPOOL NAMPAK MACAM TAK MOVE ON DARI MUSIM LEPASAtas kertas, Newcastle nampak macam lawan yang Liverpool patut ...
25/08/2026

GW1 : LIVERPOOL NAMPAK MACAM TAK MOVE ON DARI MUSIM LEPAS

Atas kertas, Newcastle nampak macam lawan yang Liverpool patut boleh telan.

Pemain-pemain utama dah ramai keluar, Manager baru tanpa pengalaman di EPL.

Pendek kata, Newcastle atas kertas banyak dengan tanda soal.

Liverpool p**a datang harapan baru, Iraola, gameplay yang lebih menyerang ala Klopp.

Tapi baru je perlawanan bermula...Elanga terus bagi Liverpool salam hasil dari counterattack pantas.

Gol macam ni banyak kali dah kena musim lepas, kalau perasan la.

Pertahanan kena serang, ruang terbuka, pemain lawan boleh berlari ke kawasan bahaya dan akhirnya...boom.

Jadi persoalannya...

Ini salah Headcoach ke salah player?

Dan untuk berlaku adil, Salah dah tak salah, dia dah move on ke Trapzonspor.

Isak, Wirtz dan Rio nampak struggle nak masuk dalam permainan, Szobo pemain terbaik musim lepas p**a dah jadi halimunan.

Isak masih macam musim lepas, selalu tak dapat bola di zon kegemaran dia.

Wirtz macam struggle untuk bermain dengan gaya serangan pantas.

Rio memang takleh main belah kanan la.

Separuh masa kedua, barulah mula nampak dengan jelas apa yang Iraola cuba buat.

Liverpool boleh pegang bola sebanyak mana yang mereka mahu, tetapi Newcastle tak bagi ruang yang mudah untuk dieksploitasi.

Dan pemain yang musim lepas selalu jadi bahan cemuhan..

Gakpo, muncul dan menjaringkan gol.

Bukan gaya gol biasa Gakpo ni, lain macam, macam gaya Szobo pun ada.

Baru je nak seronok, tak lama lepas tu Newcastle buat counterattack, defend Liverpool jadi berterabur lagi, kelam kabut lagi, boom sekali lagi.

Betul la kata Iraola lepas game, masalah Liverpool bukan takde pemain No6, tapi masalah reaksi pemain ketika transisi berlaku.

OOP Liverpool masih teruk, kaku, banyak ball watching, takut nak buat terjahan.

Liverpool terus menguasai permainan selepas itu, cuba nak comeback namun Newcastle masih bertahan dengan cukup compact.

Boleh p**ak terfikir masa tu...

"Jangan-jangan Iraola nak buat sejarah dan jadi manager yang kalah dalam game pertama selepas 12 tahun."

Akan tetapi, si Munoz rupanya belum bersedia untuk bagi Iraola masuk buku sejarah.

Dihujung-hujung perlawanan hasil gerakan dia, Liverpool akhirnya dapat baucer penalti.

Ni rare, bukan selalu Liverpool dapat baucer macam ni.

Game pertama, masa kecederaan, dalam situasi tengah nak kalah.

Kemudian pemain yang sepanjang game tadi yang macam ada tapi takde, si Szobo pun muncul untuk buktikan dia hadir dengan menjaringkan penalti.

Akhirnya kita boleh simpulkan yang Liverpool walaupun masuk musim baru dengan Headcoach yang baru pun, tetap punya masalah sama, sebijik musim lepas.

Cumanya bab masalah lemah gol set-pieces je belum teruji lagi.

Jadinya, bertabahlah wahai fans semua, kita akan ada musim yang panjang lagi kali ini.

LIVERPOOL KALAH LAGI : RILEKS LA, FRIENDLY JE KOT​Liverpool kecundang lagi dalam aksi pra-musim semalam. Baru game peman...
10/08/2026

LIVERPOOL KALAH LAGI : RILEKS LA, FRIENDLY JE KOT

​Liverpool kecundang lagi dalam aksi pra-musim semalam.

Baru game pemanas badan, dah ada ke nak ‘Iraola out’?

​Rileks la bro, benda baru nikah kot, takkan malam ni jugak nak beranak...

Taktik Iraola perlukan masa nak diserap masuk ke dalam urat saraf, otot mahupun sel-sel otak pemain.

​Dari sudut positif, Isak dan Wirtz membuktikan depa pemain elit bila mana mereka tak kekok langsung dengan gegenpressing.

Membuktikan sel otak mereka berfungsi dengan baik.

Siap ada link-up play yang menarik dan mengujakan.

Ubi muda macam Koumas, Ndukwe, dan Nyoni pun makin menyengat dan konsisten.

​Tapi tu lah, penyakit musim lepas masih tiada ubat.

Van Dijk pun masih konsisten buat 'amateur mistake'.

Dah cantik main, ada je mistake bodoh nak bagi hadiah free kat lawan.

Jangan nanti dia dengan Araujo bersaing p**ak siapa lagi banyak bagi penalti kepada lawan....haru!

Mungkin sebab sel otak dia dah makin menua.

Team p**ak, ​first half main gah, second half terus barai.

Persoalannya, adakah sebab pemain tak larat nak maintain high intensity 90 minit?

Atau sebab jurang kualiti antara skuad utama dengan skuad kedua memang jauh bezanya?

Atau sebab dua-duanya sekali?

​Perlawanan pra musim ni sememangnya pentas untuk jurulatih bereksperimentasi dengan taktikal dan pemain.

Namun, harapnya isu jurang kualiti skuad utama dengan skuad kedua dan isu 'bateri kong' ni boleh setel la cepat.

Kalau tak, jangan pelik la tengah musim nanti, ada yang akan mula maki gigi Iraola...

RONALD ARAUJO : PENYELAMAT ATAU FLOP?Sumpah terkejut giler bila keluar berita pasal transfer pasal Araujo ni! Dalam kead...
08/08/2026

RONALD ARAUJO : PENYELAMAT ATAU FLOP?

Sumpah terkejut giler bila keluar berita pasal transfer pasal Araujo ni!

Dalam keadaan kelam-kabut tu, aku berkata dalam hati...

"Siapa mamat ni, apasal aku macam pernah dengar nama tapi tak kenal dia?"

Apa lagi, sepantas kilat terus buka Google dengan YouTube nak jadi terpaling kaji siapakah gerangan mamat ini.

​Sambil tengok video kompilasi kat YouTube...

"Fuh, nampak macam power. Potong bola kemas, tackle padu, fizikal pun mantap."

Bila baca balik sejarah dia, rupanya zaman Xavi pegang Barca dulu memang dia ni antara CB paling padu kat Eropah.

Sampai Vinícius Júnior sendiri pernah akui yang Araújo ni antara CB paling susah dan paling power dia pernah hadap.

​Tapi itulah...

Dia yang dulu bukanlah yang sekarang.

Kalau dulu dia terbaik dunia, kini dia hanyalah 'Darwin Núñez versi CB'

Kata fans Barca,

"Araujo ni jenis main pakai emosi, fizikal mengagumkan, tapi tindakan refleks dia kadang-kadang boleh buat darah tinggi naik secara tiba-tiba.

​Bukan takat gopoh, kad merah pun boleh tahan kerap dapat.

Kadang-kadang elok je pasukan tengah mendominasi, tiba-tiba dia buat silap bodoh atau tackle melulu, terus jadi punca kekalahan.

Kadang power, kadang boleh buat sakit hati."

​Tapi fikir balik, kira okay sangat lah tu kan..

Sekarang kan ramai gila penyokong dok suruh kelab sign balik Darwin Nunez.

Ok la tak dapat bawa balik Nunez sebenar, dapat 'Nunez versi CB' pun jadi la kan..

​Cuma tulah, harap-harap jangan p**ak dia dengan Van Dijk pergi bersaing siapa paling banyak buat mistake bodoh musim depan...

Libang libu jadinye nanti.

UBI MUDA BAKAL JADI MUKA UTAMA SKUAD IRAOLA?​Sembang pasal ubi muda Liverpool kali ni, kita sebagai fans dah tak boleh p...
12/07/2026

UBI MUDA BAKAL JADI MUKA UTAMA SKUAD IRAOLA?

​Sembang pasal ubi muda Liverpool kali ni, kita sebagai fans dah tak boleh pandang deme sekadar skuad pelapis.

Realitinya cukup perit tapi sekarang demelah pengganti terus kepada pemain utama.

Mahu tak mahu, budak-budak ni wajib bersedia dan terus matang sebelum tirai liga bermula.

​​Pemain utama kita sekarang ni macam Van Dijk dan Bang Alli dah sangat berusia.

Manakala Mohamed Salah dan Andy Robertson dah takde.

Tambah p**a, posisi penting seperti RB yang ditinggalkan Trent dan LW yang ditinggalkan Diaz belum ada pengganti yang setaraf.

​Kelab patut kena belanja besor bawa pemain pengganti gred A yang setaraf la jika betul nak bersaing.

Tapi malangnya setakat hari ni, pasaran perpindahan kita sangat sunyi.

Tiada langsung pembelian mega yang dibuat melainkan kehadiran Victor Muñoz.

Lagi p**ak, Sporting Director Richard Hughes dijangka pindah ke Saudi.

Kemudian CEO of Football FSG, Michael Edwards yang merupakan bos Hughes pun dah hantar surat berhenti.

​Jadi, fans hanya boleh berangan jela...

Iraola nampaknya memang tiada pilihan lain melainkan deme nih.

Cuma adakah deme mampu konsisten masih jadi persoalan besar.

Oleh itu janganlah peminat letak harapan yang tinggi menggunung pada musim depan.

Musim depan sekali lagi adalah musim transisi.

Banyakkanlah bersabor dan redholah dengan realiti.

Semoga bermanfaat.


BACA ARTIKEL NI UNTUK FAHAM TRANSFER DENGAN MUDAH​Musim panas dah tiba, dan itu bermakna Transfer Window kini dibuka sec...
17/06/2026

BACA ARTIKEL NI UNTUK FAHAM TRANSFER DENGAN MUDAH

​Musim panas dah tiba, dan itu bermakna Transfer Window kini dibuka secara rasmi.

​Cerita pasal transfer ni memang terlalu banyak, sampaikan kalau kome telan je semua benda yang dibaca, kome boleh confuse.

Hari ni baca kelab nak beli bintang dunia, esok tiba-tiba kelab cuma beli pemain simpanan.

​Kalau tak pandai tapis, hari kome akan dipenuhi dengan kekecewaan dan harapan palsu.

Jadi, camna nak tapis berita transfer ni dengan agar tak kena scam?

Jom kita tapis berita macam pilih durian.

1. Gred AA macam Musang King.

Ni gred paling baguslah, biasanya berita yang dilaporkan oleh media khas pasukan, atau pun dari laman web mereka.

Kemudian berita wartawan ternama macam Fabrizio Romano.

Sebab Fabrizio biasanya memang ambil maklumat dari orang dalaman kelab.

Selalunya Fabrizio punya news lebih cepat dari yang lain.

Ketetapan transfer tu dalam 99% bagi Fabrizio, sebab kadang dia pun tersilap juga.

Sama macam Musang King, kalau beli jarang tak sedap, manis dan lemak berkrim.

2. ​Gred B macam D24.

Biasanya journalist yang ada hubungan 'kabel dalam' yang sangat kuat dengan Pengarah Sukan kelab, CEO, atau ejen utama pemain.

Cuma reputasi deme tak segah Fabrizio sebab fokus dengan maklumat dari kelab tertentu je.

Deme takkan tulis berita suka-suka sebab nak jaga kredibiliti dan portal penulisan.

Setiap kelab ada faveret journalist sendiri.

Contohnya David Ornstein (The Athletic) atau Paul Joyce untuk kelab Liverpool.

Aku tau yang Liverpool jela, pasal aku fans Liverpool, kelab lain aku taktau.

​Yang berita gred ni isi dia sedap dan manis juga tapi tak sampai tahap kesedapan Gred A.

Berita yang hampir pasti dengan kebarangkalian yang tinggi.

3. ​Gred C Durian Kampung Kahwin.

Ni berita yang biasanya dibocorkan oleh ejen pemain.

Sebabnya ejen tu konon nak bagi market terkejut, jadi ejen boleh main harga dan tinggikan harga pasaran pemain.

Atau pun untuk pancing kelab lain supaya masuk membida dengan harga yang lebih tinggi.

Berita macam ni banyak dari portal sukan macam Sky Sports, Daily Mail, Marca atau Bild.

Banyak lagi la, tapi kebanyakkannya adalah portal berita dari negara yang berkaitan dengan kelab atau pemain tersebut.

​Jenis beritanya macam durian kampung kahwin la, nampak dari luar cantik, bau pun kuat, tapi bila kopek...

Kadang isi nipis, kadang tak berapa manis, kadang pahit terlebih.

Kalau dapat yang manis dan sedap, Alhamdulillah..

Jadi ianya untuk seronok baca jela, tapi jangan letak harapan tinggi.

4. ​Gred D Durian Longgok 3 biji 10 hinggit.

​Ni gred paling rendahlah.

Biasanya dari page media sosial di Facebook tau X.

Tujuan deme keluarkan berita palsu ni untuk clickbait supaya boleh dapatkan view dan engagement je.

Taktik deme mudah, petik nama kelab yang ada penyokong paling ramai di dunia (macam Liverpool, Man Utd, Real Madrid)

Kemudian kaitkan dengan pemain yang tengah padu.

Atau pun ada Manager atau coach pernah cakap pasal pemain, buat tajuk gempak sikit, tapi rupanya deme dah cakap 4 tahun lepas.

Deme boleh buat 100 post mengarut sehari, kalau ada sebiji yang betul secara kebetulan, deme akan kata,

"Kan kami dah kata! Sumber dalaman kami memang padu!"

​Contoh paling senang, Indykaila.

​Berita dari dia sebijik macam durian yang tak laku, tangkai dah kering, isi dah macam tempoyak.

Kalau kome beli yang gred ni, sakit perutlah jawabnya.

Yang jenis ni, jika terbaca kome scroll atau ignore je.

Jadi lepas ni, bila nampak je berita transfer lalu dekat feed, jangan terus melompat kegembiraan.

​Tengok dulu siapa yang tulis, siapa yang laporkan.

Dari situ kome dah boleh tau berita tu gred Musang King atau gred tempoyak je.

​Semoga musim transfer kali ni kita semua terselamat daripada menjadi mangsa scam portal murahan.

Selamat makan durian, dan selamat melayan drama transfer!

ASTRO TAK UPDATE KE NI.Apa punya penulisan lemah ni.Kamu Astro kot, syarikat menyiaran televisyen ternama Malaysia.Takka...
14/06/2026

ASTRO TAK UPDATE KE NI.

Apa punya penulisan lemah ni.

Kamu Astro kot, syarikat menyiaran televisyen ternama Malaysia.

Takkan sebab tak ambil lesen penyiaran Piala Dunia sampai tak study dulu sebelum tulis kot.

Kata peminat rindu Astro konon..

Celah mana Morocco underdog.

Morocco tu kalau masuk kelayakan bawah Europe pun boleh lepas rasanya.

Ni bukan Morocco 10 tahun lepas.

Kalau tak kenal Morocco ada pemain muda macam Ayoub Bouaddi takpe lagi.

Tapi Morocco dah ada pemain ternama macam Asyraf Hakimi, Ibrahim Diaz, Sofyan Amrabat kot.

Takkan diorang ni kome tak kenal.

Tapi gol Ismail Sabri tu memang padu!!

Seronok je tengok, mamat jambang tu kena lemas terkapai-kapai.

JUAL QUANSAH KONON NAK BELI GUEHI. TAPI RUPANYA UNTUK BELI QUANSAH BALIK...​Dengar tajuk macam kelakar tapi itulah hakik...
11/06/2026

JUAL QUANSAH KONON NAK BELI GUEHI. TAPI RUPANYA UNTUK BELI QUANSAH BALIK...

​Dengar tajuk macam kelakar tapi itulah hakikat sebenarnya.

​Drama defend Liverpool musim ni memang dah tahap lawak sarkas.

​Konate dah takde, sebab perbincangan kontrak baru gagal.

Konon Hughes nak main tarik tali pasal gaji, last sekali Konate blah free je ke Real Madrid.

Sebelum ni dah kena dengan Trent.

Real Madrid 2, Richard Hughes 0

Ok jom cerita pasal Quansah dan Guehi p**ak.

​Sebab utama jual Quansah musim lepas adalah untuk dapatkan Guehi.

​Sebenarnya kalau pelan tu menjadi, jual Quansah dan dapat harga yang sama untuk Guehi memang boleh dikatakan satu pembelian yang bijaklah.

​Tapi malangnya Hughes gagal dapatkan Guehi pada hari terakhir transfer window musim panas lepas.

​Walaupun masa tu Fabrizio Romano dah sebut 'here we go'.

​Ada yang kata transfer gagal sebab Glasner nak merajuk lah, ada yang kata sebab Palace blok transfer saat akhir lah.

Tak kesah la yang tu.

​Yang buat lagi sakit hati, Guehi boleh p**ak terlepas ke tangan rival utama kita, Manchester City.

City p**ak yang senyum lebar dapat bek padu.

​Ok tamat kes transfer Guehi.

Sekarang cerita balik pasal Quansah.

Bila skuad dah takde defend senior yang EPL proven (plus homegrown player) baru si Hughes ni panik nak beli balik Quansah.

​Tambah lebih kelakar, dah jual Quansah tahun lepas harga madani, terpaksa panggil balik musim ni dengan harga Yahudi.

Konon sebelum ni Hughes ingat dia bijak lah sebab letak buy-back clause sebanyak 55 juta pound masa jual kat Leverkusen hari tu.

Sekali buy-back clause yang makan Hughes balik.

Leverkusen untung dapat 'loan' pemain Liverpool bukan sahaja secara percuma, siap dapat bantuan mykasih lagi doploh juta pound.

Kalau jadi transfer ni, memang hebatlah Hughes ni...

GERRARD MEMILIH SUAREZ DARI TORRESDalam satu episod rancangan The Overlap (Overlap Xtra) di mana Steven Gerrard hadir se...
10/06/2026

GERRARD MEMILIH SUAREZ DARI TORRES

Dalam satu episod rancangan The Overlap (Overlap Xtra) di mana Steven Gerrard hadir sebagai tetamu.

Ada satu soalan menarik yang ditanya oleh Neville.

Soalannya simple..

"Torres atau Suarez"

Gerrard tanpa berfikir panjang, terus menjawab.

"Selalu dah orang tanya soalan ni."

"Mereka keduanya sangat phenomenal, tapi aku akan pilih Suarez sebab mamat ni ada segalanya."

"Maksud aku, aku pernah main dengan ramai pemain handalan macam Alonso, Macherano, Torres tapi Suarez ni lain macam"

"Ketika dalam situasi apa pun, walau siapa lawan yang dihadapi, ko dapat rasa yang dia akan memenangi game tu untuk ko"

"Semua game, tak kire sapa lawan."

Gerrard cerita balik macam mana dia dan Carra rasa lepas diorang selesai training dengan Suarez.

"Ya tuhan, pemain ni ada kualiti yang sangat berbeza"

Carra pun ada cakap sesuatu macam,

"Eh, aku tak larat lah nak hadap dia setiap hari masa training, dia masa berlatih pun nak main dengan intensiti yang tinggi."

"Dia boleh malukan ko kat padang dengan gerakan yang bersahaja je."

"Dia 'ricochet merchant', dia akan rampas bola dari ko, kuasai ko, dan buli ko."

Apa yang dikatakan Gerrard tu memang nampak jelas apa yang Suarez buat di atas padang.

Ingat lagi dia dominate Old Trafford macam main kat laman rumah dia je.

Gerrard memilih Suarez.

Korang p**ak, pilih Luis Suarez atau Fernando Torres?

LORD ORIGI, LAGENDA YANG HADIR DI SETIAP KEAJAIBAN​Origi tidak pernah mengejar perhatian. Namun, impak yang ditinggalkan...
09/06/2026

LORD ORIGI, LAGENDA YANG HADIR DI SETIAP KEAJAIBAN

​Origi tidak pernah mengejar perhatian.

Namun, impak yang ditinggalkan oleh Divock Origi kekal selamanya di Anfield.

​Origi bukanlah jenis pemain cemerlang setiap game atau setiap minggu.

Dia juga bukan peledak 30 gol semusim.

Dia pun tak turun tiap game.

Tetapi setiap pengurus atau jurulatih tahu keupayaan dia di setiap masa genting.

Lord Origi adalah definisi sebenar bagi seorang yang digelar 'big game player'.

​Setiap kali Liverpool memerlukan keajaiban, Origi akan muncul.

Antara momen genting yang telah menjadi sejarah;

​Minit ke-96 vs Everton, dengan gol kemenangan pelik yang meletupkan Anfield.

​Malam Keajaiban menentang Barcelona

Dua gol dalam kebangkitan epik 4-0.

Termasuklah menyambut sepakan sudut ikonik daripada Trent Alexander-Arnold.

Jordi Alba sampai sekarang takleh move on dengan kekalahan ni.

​Final UCL.

Jaringan kemenangan dengan rembatan tajam yang mengunci trofi Liga Juara-Juara Eropah keenam buat Liverpool.

​Origi membuktikan bahawa legenda sebenar tidak perlu hadir dengan sorakan sepanjang masa.

Cukup sekadar muncul pada waktu yang tepat di setiap momen yang mampu merakam sejarah.

Walaupun dia pergi tanpa sidang media khas mahupun video perpisahan yang gah, namanya akan tetap diingati.

​Seperti kata-kata hikmah fans Liverpool

"Football is nothing without Origi."

Terima kasih untuk segala memori luar biasa, Lord Origi.

Selamat bersara, lagenda!

YNWA.

Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Paisley posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share